Connect with us

Motivasi

12 Tanda-Tanda Bahawa Lelaki Ini Memang Sayang Wanita Macam BFF, No 8 Yang Paling Senang Wanita Nak Detect

Published

on

12 Tanda-Tanda Bahawa Lelaki Ini Memang Sayang Wanita Macam BFF, No 8 Yang Paling Senang Wanita Nak Detect

Sebelum kahwin, bila dengan sahabat baik (BFF), selalunya kepala kita gila-gila. Bila sudah berumahtangga, mungkin kena ‘control‘ ayu sedikit. Malu dengan suami. Namun ada yang beruntung, suami dia pun tak berubah. Sama-sama saling melayan macam BFF. Apakah tanda suami sayang isteri macam BFF?

Ini antara petanda suami sayang isteri macam BFF:

1. Lagi ‘best‘ lepak dengan dia

Anda lebih rela bersantai bersama suami anda daripada keluar bersama-sama rakan perempuan anda. Bersantai tanpa berbuat apa-apa dengan dia dirasakan lebih baik dari benda lain. Baring sama-sama atas sofa, sambil silangkan kaki atas kaki dia.

2. Tiada rahsia antara kita

Dia benar-benar memberitahu anda segalanya. Anda akhirnya mendengar segala rahsia untuk “lelaki sahaja” kerana dia tidak mahu menyorokkan apa-apa dari anda. Jarang nak jumpa lelaki yang pandai gossip.

3. Minat yang sama

Anda dan dia mempunyai hobi yang sama. Cinta Awak 200% adalah waktu istimewa yang anda kongsi dan tiada sesiapa pun yang boleh berkata-kata ketika menontonnya. Semua kena diam dan layan dengan penuh perasaan! Bila rancangan bolasepak pula, anda sanggup bersengkang mata teman suami, walaupun di kedai mamak.

4. ‘Tapau‘ makanan tanpa beritahu

Anda saling memesan makanan untuk dimakan bersama. Jika anda memesan Mi Goreng dalam perjalanan pulang ke rumah, anda tidak perlu bertanya pada dia apa yang dia mahu (mi goreng mamak atau mi goreng basah atau Maggi goreng). Dia sudah tahu citarasa anda. Itulah cinta sejati.

5. Bila dekat, gaduh

Anda tidak perlu bersama-sama setiap saat tetapi anda lebih suka jika dia ada dekat dengan anda. Namun bila dekat, mesti ada benda nak gaduh. Dia mesti akan sakat anda sampai terjeritjerit.

6. Bila jauh, rindu

Bila dah berjauhan, mulalah merindu. Jika anda keluar tanpa bersamanya, anda sering terkir. Kalau dia ada, mesti kita gelak bersama-sama. Agak-agaknya dia tengah kirkan aku atau pandang perempuan lain? Mulalah nak cari alasan untuk gaduh bila dia balik nanti.

7. Buat lawak bodoh

Anda mempunyai sangat banyak jenaka yang orang lain tidak faham. Kadang-kadang, orang sekeliling tidak dapat menangkap apa yang anda cuba katakan apabila anda dan suami ada bersama kerana anda sering ketawa pada perkara yang orang lain rasa biasa.

8. Boleh baca fikiran dia

Anda akan memandang dia dan anda tahu apa yang dia fikirkan. Begitu jua dengannya. Macam ada kuasa ‘psikik‘ la gitu. Macam tahu-tahu sahaja apa dalam kepala masing-masing. Apabila anda menghantar satu pandangan pada dia, dia tahu telah tiba masanya untuk meninggalkan sesuatu majlis. Tak perlu kuit kaki, pandang sahaja sudah tahu.

9. Bila ‘travel‘, tak pernah rasa bosan

Anda selalu mempunyai pengembaraan yang menarik bersama dia. Bila naik kereta bersama, mulalah terpekik terlolong menyanyi bersama-sama, ikut lagu dalam radio. Perjalanan berjamjam jadi pendek kerana tak putus-putus berborak.

10. Saling nasihat-menasihati

Anda selalu mendapat nasihat antara satu sama lain. Dia tahu segala krisis yang anda hadapi dan begitu jua dengan anda. Bukan itu sahaja, malah dia turut mendengar masalah tersebut kerana anda berdua adalah seperti satu pasukan. Tapi nasihat macam nak gaduh. Bila seorang lontarkan idea, mungkin akan tolak mentah-mentah dahulu. Esok barulah terima. Biasalah.

11. Susah senang bersama

Anda berdua telah mengalami waktu-waktu yang sukar bersama-sama. Setiap perhubungan sudah tentu membahagiakan ketika dipuncaknya, tetapi anda juga telah bertahan dalam beberapa situasi yang sukar. Pada saat itu, anda tahu dia tidak akan pergi ke mana-mana kecuali harungi bersama-sama. Lawak-lawak juga, tapi bila serius, kena betul-betul serius.

12. Belum habis cakap, dia dah sambung

Anda saling menyudahkan apa yang bakal diperkatakan. Pelan dan strategi dia sudah ada alam tangan anda. Anda sudah tahu apa yang dia nak buat.

Akhir kata, Bertuahlah bagi sesiapa yang mempunyai pasangan hidup yang bukan sekadar suami isteri, malah bagaikan kawan baik. Semoga kepala gila-gila akan terus menyinari kehidupan berumahtangga. Cuma bila sudah ada anak nanti, kena tunjukkan nilai-nilai murni juga. Jangan asyik nak tunjuk kepala gila!

Yang penting, biarlah nampak tanda BFF, bukan nampak tanda suami curang

Motivasi

Jiran Lelaki Pelawa Masuk Rumah, Ajak Main Hempap², Masa Tu Aku Masih Tak Faham Apa yg Dia Cuba Nak Buat, Hingga Satu Hari Ini Yang Terjadi

Published

on

Hi, semua. Aku harap confession aku ini diterima, atas dasar dijadikan pengajaran atas apa yang terjadi kat aku. Aku terdetik nak buat confession ni lepas baca confession bertajuk:

Pentingnya Batas Pergaulan Dengan Adik-Beradik (link dibawah). Aku nak bagitau kat confessor, semoga tabah. Terutama adiknya yang serba sikit terkesan em0sinya dan trauma kepada lelaki.

Aku boleh relate dengan kejadian yang menimpa adiknya itu termasuk confessor sekali. Aku sebenarnya sasaran. Kejadian sewaktu masih tadika, dengan jiran lelaki.

Sekarang aku berumur awal 30 an, tak pernah bercinta walau dengan seorang lelaki pun.

Kenapa? Dulu aku jijik kat lelaki pastu ia berubah kepada takut.

Kejadian terjadi masa aku masih tadika, aku jenis anak kecil yang suka main kat luar rumah, kadang kadang main sampai rumah jiran.

Aku tinggal di kawasan perkampungan so hubungan dengan jiran jiran tu agak rapat.

Suatu hari seorang jiran aku ni, lelaki, dia panggil aku masuk rumah.

Apalah sangat dengan pemikiran sorang budak kecik, ingatkan nak ajak main ke apa ke rupanya kenaifan aku yang dipermainkan…

Dibawa main hempap-hempap dalam rumah.

Aku pergi masuk rumah abang tu, masa tu dia sorang je dalam rumah. Family dia keluar dah kot.

Abang tu kalau tak silap maybe dalam lingkungan umur 20 an kot masa tu. Dia bawa aku masuk bilik, dia baringkan aku dan dia hempap badan kecil aku.

Sehabis meronta pun aku takkan dapat lepas. Apa je daya budak kecik. Dia cakap dia bawa main hempap hempap jer. Ok habis kat situ jer.

Kali kedua, hari lain aku tewas juga, aku kena umpan masuk rumah dia. Dia buat benda sama.

Syukur sangat dia tak buat benda tak senonoh ke apa just hempap je tapi masa tu serious aku tak paham apa permainan dia ajak aku main ni?

Yang pasti aku rasa pelik lah.

Masuk sekolah rendah, mula trauma.

Fast forward aku masuk sekolah rendah, aku jadi nakal. Tapi akademik aku OK cuma aku slow slow jadi pendiam.

Pendiam yang bisu, susah sangat nak bercakap, dan aku memang membesar dalam keadaan moody dan ber-mood swing (aku rasa ini adalah sejenis trauma atau kesan mental)

Dan imej abang tu hempap aku bermain balik kat kotak fikiran aku.

Pada usia tu aku pernah tengok movie macam something yang soft benda tak senonoh lah macam kissing, hugging

Tapi tu OK lagi tak trigger apa apa tapi it seems weird bagi aku masa tu.

Parents aku memang jaga aku betul betul sebagai anak perempuan. Dorang sanggup berkorban semata mata nak aku habiskan belajar sampai universiti sekalipun.

Even aku dah 30 an ni pun oleh sebab aku solo, aku acah acah nak sambung belajar pun dorang still bagi galakan.

Hanya kawan2 senasib tahu rahsia ini.

Aku tak pernah rahsiakan apa apa pada parents aku.

Dorang tau cerita aku dari A to Z, malah aku dapat rasa akulah yang akan jaga dorang sampai bila bila since adik beradik aku semua dah berkahwin. Kecuali kisah abang tu lah satu satunya rahsia yang aku tak ceritakan.

Ada few kawan yang tahu kisah aku. Semua kami budak perempuan yang pernah jadi sasaran, ada yang kena sentuh dengan cikgu, ada yang kena buka baju etc.

So kitorang can relate to each other. Pada pendapat aku, selain mengadu kepada Tuhan, knowledge adalah satu jalan keluar untuk tak terus hanyut dalam perasaan yang kau pernah kena ‘gangguan’ macam ni.

Ilmu ajar kami untuk berfikiran waras, melupakan kisah lama walaupun parut tu masih ada.

Kitorang decide untuk memaafkan pelaku, cuma serahkan segalanya pada Tuhan.

Bagi muka benci bila bersua.

Untuk pengetahuan, agama aku dan abang tu berlainan. Aku seorang Kristian, dia Muslim.

Agama bukan menjadi soal menentukan baik burok seseorang tu tapi keperibadian, attitide seseorang – itulah yang menentukan siapa kau sebenarnya.

Sekarang aku dah tak tinggal kat kampung. Oh ya, memang kampung kitorang jiran jiran semua berbilang bangsa.

So, bila aku terserempak dengan abang tu, dah nampak dia berusia, aku bagi muka benci dan dia TAHU.

Dia selalu melarikan pandangan dia dari aku. Dia ada anak bini. Aku tengok dia takda anak lelaki, semua anak perempuan. Hmmm.

Pernah termuntah tengok laki shirtless atau tersentuh kulit.

Kalau nak cerita hal trauma tu memang peritlah. Bukan kena sentuh je perit weh, sekadar kena hempap macam tu pun traumanya aku bawa sampai sekarang ni.

Aku takut dengan lelaki. Sampaikan aku pernah termuntah tanpa sebab kalau tengok lelaki shirtless atau tersentuh kulit dengan dorang sekalipun.

Peluh dingin tengahari menitik tiap kali aku kena berhadapan dengan lelaki, tergesel sikit pun aku rasa nak terajang jer.

Masa kat U, dua orang budak lelaki konon meluah perasaan kat aku tapi aku bukan saja saja buat bongok dan reject dorang tapi lebih kepada takut.

Aku tak tau nak expect apa. Lagipun aku rasa masatu macam tak sesuai nak bercinta bagai.

Underwear pun beli pakai duit PTPTN nak bercinta konon.

Dah bekerja, acah-acah jual mahal.

Masuk kerja, aku boleh dah terima lelaki malah aku mudah mesra, mesra yang bermaruah.

Aku jenis jaga pergaulan sebab aku tak nak dipermainkan dan diperlekehkan.

Takda orang lain boleh protect aku kalau bukan diri aku sendiri. Biar ada yang cuba bagi hint nak memulakan sesuatu pun aku tepis.

Aku buang perasaan tu jauh jauh. Kalau aku jumpa crush pun aku acah acah jual mahal padahal dalam hati

Tuhan je tahu betapa aku nak rasa mencintai dan dicintai.

Aku cuma akan extra friendly jumpa kawan yang biasa, kalau orang tak kenal aku dia akan fikir aku flirty padahal kalau dengan orang yang aku suka.

Aku akan jadi takut nak bagitau, peluh dingin mula menitik.

Selagi dia tak mulakan langkah, memang taklah aku bergerak, dok keras situ ja.

Anggap ianya satu hikmah.

Sesungguhnya, apa yang terjadi kat aku masa kecik aku anggap itu sebagai satu hikmah.

Sebab untuk aku sentiasa menjaga pergaulan sebagai seorang perempuan. Sebab yang menjaga ‘kunci’ ni kita, kita saja yang boleh decide nak bagi ‘kunci’ tu kat siapa.

Apa apa jadi, perempuan boleh jadi sasaran, boleh jadi yang dipersalahkan walaupun hakikatnya kita tak salah, apatah lagi kalau kita memang di pihak yang bersalah.

Syed Azmi antara orang yang lantang memperjuangkan nasib sasaran and I adore him for that.

Benda macam ni taboo bagi masyarakat kita. Ada yang tahu tapi buat buat tak tahu.

Boleh semak kes ni kat negara kita ni, bukan benda kecik. Cuma masyarakat banyak yang pandang pakai tepi mata jer.

Benda tak jadi kat diri sendiri kan… Dan kalau ditanya pandangan aku terhadap lelaki, aku dah boleh terima dorang seadanya.

Masalahnya aku jenis tak nak main2, kalau serious, kena serious.

Masing masing kena bersama menjayakan sesebuah hubungan. Aku jenis alpha female dan biasanya aku memandang lelaki yang alpha male juga.

Aku tak sempurna dan aku juga tak mencari yang sempurna, cukuplah sekadar saling melengkapi.

Kalau kau bawa aku sembang kosong kedai kopi, kau akan tahu aku jenis buka topik macam mana.

Aku tak suka sembang kari, sembang bab1 boleh terbang. Aku sembang benda berilmiah.

Sekali kena perlekeh, aku diam terus dah malas dah nak cakap dengan kau.

Nasihat. Dan kepada ibu bapa, jangan dedahkan anak dengan smartphone terlalu awal.

Aku tengok sekarang budak kecik dah tau pa benda kissing, hugging, even I once encountered a kid yang bagitau I dia rasa something like strange feeling kalau dia punya tergesel kat sesuatu! Aku nak jawab pun terkedu weh.

Ramai kawan aku yang dah ada anak dorang bagi tablet sebagai permulaan konon nak dedahkan dengan video nyanyian kanak kanak.

Aku dah bagitau awal pastu bila budak dah start tau games, YouTube, menghadaplah kau nak ikut sandiwara dorang minta topup data bagai.

Di situ start dorang ‘menyeksa’ kau. Jangan jadikan telefon sebagai ejen penenang.

Aku tengok colleagues bawa anak dorang pergi office pun anak dah takda yang angkat kepala dari phone tegur kita pun.

Yang parents pandai tegur takpe, ni yang jenis main tik tok, gigih nak jadi instafemes ni dah takda hormat dah dengan orang sekeliling

Brcakap pun tak nak, muka masam memanjang. Salam pun gitu-gitu jer.

Please jangan pertikai pergaulan aku, aku memang bergaul dengan semua orang tak kira bangsa agama sebab tu aku tahu.

Aku rasa penulisan aku dah melalut tapi itulah… Sebagai penutup ada baiknya aku tinggalkan pepatah cina yang aku belajar kat drama cina ni. Hahahahaha.

Mendidik anak lelaki ibarat mendidik seorang individu. Mendidik anak perempuan ibarat menjaga sebuah negara. With Love,

Reaksi warganet..

Shida Nurul Ain – Kesian. Wahai kaum lelaki, fikir sebelum buat. Tak dapat balasan kat dunia, kat akhirat dapat la kau.

Fath Iha Num – I feel you. Masa kecik tak tau pape. Lama lama baru paham. Benci tu memang ada, smpai dia dah tak ada kat dunia pun rasa tak sedih langsug. Be strong Rin

Siti Hajar Binti Sidek – Ya makcik pun ada pengalaman begitu. Pun tak lapor pada family tak pasti kenapa takut, malu atau risau tapi sedaya upaya elak pelaku. Akhirnya pelaku terjadi kejadiaan yang tak diingini di jalan raya dan pergi buat selamanya.

Hamba Allah – Terbaca kisah awak. Saya sanggup create akaun fb lain semata2 untuk komen kat sini. Saya pernah lalui pengalaman ysng sama.

Jelas diingatan saya.

Pengasuh saya selalu tinggalkan saya dan seorang lagi anak asuhannya (kawan saya, budak lelaki sebaya saya) untuk dijaga oleh ayah pengasuh. Hampir setiap hari pengasuh akan keluar dan tinggalkan kami dengan lelaki jahat tu.

Ibu pengasuh dah pergi buat selamanya. Setiap hari lelaki tu akan tindih saya dan gesel2 dia punya sehingga keluar ‘air’. Masa tu saya tak tau itu apa. Just tau air tu pekat macam susu. Mujur dia tak cuba untuk apa apakan saya.

Dia buat yang sama juga pada kawan saya. Saya beruntung kerana berpindah ke tempat lain masa saya berumur 6 tahun. Tetapi kawan saya still menetap di situ sehingga sekarang. Beberapa tahun lepas saya berjumpa semula dengan kawan saya tu.

Pada usia 30++ tahun, dia masih tak berkahwin. Saya tanyakan kenapa dia tak berkahwin.

Dia Tanya Saya semula adakah Saya ingat peristiwa sewaktu kami kecil dulu. Rupanya selepas saya berpindah. Dia terus jadi sasaran si tua tak sedar diri. Lebih teruk, kawan saya diperlakukan setiap hari. Dan semuanya dirahsiakan dan kisah kisah tersebut terpadam bersama dengan si tua itu. Sungguh saya bersimpati. Kawan saya jadi jijik pada diri sendiri, jadi pemalu, pendiam.

Sumber – Rin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Continue Reading

Motivasi

Suami asyik elak jadi imam, puncanya tak tahu baca doa! Isteri tetap beri semangat

Published

on

Sesebuah rumah tangga menjadi lebih harmoni sekiranya tidak memandang rendah terhadap kemampuan pasangan, sebaliknya perlu saling memberi semangat antara satu sama lain.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi rasa terharu apabila dapat menunaikan solat jemaah bersama suaminya di sebuah kafe yang diusahakan oleh mereka berdua.

Muat dua orang…

Menerusi perkongsian di platform TikTok, video dimuat naik oleh Najihah Mat Zin itu memaparkan suaminya Hasnur Noh sedang memeriksa telefon bimbit untuk membacakan doa selepas mereka selesai berjemaah.

@najihahmatzin

Boleh kan macam ni.. ce komen

♬ original sound – MUSIC-ROOM – MUSIC-ROOM

Aku kalau nampak dia buka kasut, kalut aku pun pergi ambil wuduk nak jemaah sekali. Biasa kami berdua jumpa kat rumah masa malam je,” tulisnya.

Bercerita lanjut, sebelum ini suaminya itu gemar mengelakkan diri untuk menjadi imam dan solat berjemaah atas alasan tidak tahu membaca doa-doa tertentu bagi menyempurnakan ibadah tersebut.

Bagaimanapun, wanita yang menetap di Parit Buntar, Perak itu tidak memandang rendah terhadap pengetahuan dimiliki suami sebaliknya terus memberikan semangat serta kata-kata motivasi dalam menuntut ilmu agama.

“Abang doa la dalam bahasa Melayu, mudah & faham…”

Siapa sangka, kini suaminya itu tidak lagi segan silu bagi menjadi imam selepas mengambil masa dengan mempelajari dan menghafal pelbagai doa untuk menjayakan solat berjemaah.

“Rupanya dalam diam dia belajar dan hafal doa. Alhamdulillah, sekarang dia dah selalu jadi imam aku. Bukan aku je, siapa yang datang sebelah dia. Dia tak malu dah untuk jadi imam,” katanya.

Rakaman video tersebut meraih 152,600 tontonan serta 14,800 tanda suka selain ratusan komen warganet yang bersyukur melihat perubahan suaminya dalam usaha menjadi ‘imam’ terbaik dalam keluarga.

Sumber: ohmymedia

Continue Reading

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Trending