3 Benda Yang Orang Lain Bagi Tapi Kita Tidak Boleh Tolak, Antaranya Minyak Wangi, Kenapa?

3 Benda Yang Orang Lain Bagi Tapi Kita Tidak Boleh Tolak, Antaranya Minyak Wangi, Kenapa?

Memakai minyak wangi adalah sunnah yang umum diketahui oleh umat Islam terutama bagi lelaki, tapi pernah tak mendengar tentang sebuah saranan supaya tidak menolak pemberian minyak wangi?

Ya, ternyata ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak apabila diberi iaitu, bantal alas duduk, minyak wangi dan susu.

Dari Ibnu Umar r.anhuma, Nabi SAW bersabda,

ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ الْوَسَائِدُ وَالدُّهْنُ وَاللَّبَنُ

“Ada tiga hal yang tidak boleh ditolak, bantal untuk duduk, minyak wangi, dan susu.”

(HR. Turmudzi, no. 3020, al-Baghawi no. 3173 – Dihasankan oleh al-Albani)

Menurut ahli hadis, hadis di atas boleh difahami daripada dua sudut.

1. Menggambarkan anjuran berwangi-wangian

Larangan menolak minyak wangi adalah bermakna perintah untuk selalu menggunakannya (bagi lelaki), kerana boleh sentiasa bersedia untuk beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya berwangi-wangian ketika beribadah adalah sunnah yang selalu dilakukan oleh baginda sendiri.

Al Hafiz Ibnu Hajar menukilkan keterangan daripada Ibnu Batthal bahawa Nabi SAW tidak pernah menolak minyak wangi kerana baginda ingin menjaga keadaan badan agar sentiasa bersedia untuk bermunajat kepada Allah.

2. Untuk menjaga hati pemberi

Tidak menolak pemberian-pemberian ini adalah untuk menjaga hati orang yang memberi kerana ketiga-tiga perkara tersebut adalah hal yang kecil dan ringan sehingga tidak patut ditolak. Ini adalah budaya pada zaman itu di mana tuan rumah akan memberikannya kepada tetamu sebagai satu bentuk penghargaan.

Dari Abu Hurairah r.anhu, Nabi SAW bersabda,

مَنْ عُرِضَ عَلَيْهِ طِيبٌ فَلاَ يَرُدَّهُ فَإِنَّهُ خَفِيفُ الْمَحْمَلِ طَيِّبُ الرَّائِحَةِ

“Siapa yang ditawari minyak wangi, janganlah dia menolaknya. Kerana minyak wangi itu ringan diterima, dan baunya harum.”

(HR. Ahmad no.8264, Nasai no.5276 dan disahihkan Syuaib al-Arnauth)

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*