Connect with us

Uncategorized

Ibu Bapa Tolong Amal 6 Doa Ini Agar Anak Membesar Jadi Orang Baik-Baik

Published

on

Ibu Bapa Tolong Amal 6 Doa Ini Agar Anak Membesar Jadi Orang Baik-Baik

Sesungguhnya perkongsian ilmu sebegini di media sosial sangat-sangat diinginkan. @TweetIslamik berkongsi enam doa yang boleh kita semua amalkan untuk diri kita dan anak-anak kita. Semoga kita semua mendapat serba sedikit ilmu yang berguna, Insya-Allah.

1. Doa Agar Anak Rajin Solat

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim ayat 40)

Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim as untuk anak-anaknya. Sungguh besar harapan ibu bapa, agar zuriat keturunannya adalah dari golongan yang menjaga solat.

Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu nak perhatikan anak-anak kita setiap masa, mudah-mudahan, dengan doa ini, anak-anak serta zuriat keturunan kita sentiasa terpelihara dan memelihara solat mereka.

2. Doa Agar Anak Menjadi Penyejuk Mata

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا

Maksudnya: “…Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan ayat 74)

Doa ini sangat elok diamalkan oleh setiap pasangan yang mendambakan keluarga yang bahagia. Ini kerana, doa ini bukan sahaja memohon agar beroleh pasangan serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan penenang hati.

Malah, doa ini juga memohon agar kita sebagai ibu bapa dapat menjadi role model (qudwah hasanah) buat anak-anak.

3. Doa Agar Anak Diberi Rahmat

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yg engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)

Doa ini membawa maksud yang sangat mendalam. Sebagai seorang hamba kepada Allah swt, sememangnya kita perlu sentiasa berdoa agar kita tidak lalai dengan nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan.

Malah, doa ini juga memohon agar kita serta zuriat keturunan kita dapat terus istiqamah beramal soleh kepada Allah swt.

4. Doa Agar Anak Mentaati Perintah Allah

رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيم

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128)

Doa ini dibacakan oleh Nabi Ibrahim as ketika membina Kaabah bersama Nabi Ismail as. Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita serta keturunan kita menjadi hamba Allah yang taat dan beribadah dengan cara yang benar serta tidak sesat. Semoga Allah menerima taubat kita.

5. Doa Mendapat Zuriat Yang Baik

قَالَ رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآء

Maksudnya: “…Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” (Surah Ali Imran ayat 38)

Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah swt agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun kahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat.

Nabi Zakaria as tanpa putus asa sentiasa berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurniakan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.

6. Doa Agar Anak Diberi Kefahaman Agama

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Doa ni dibaca oleh Rasulullah saw sewaktu baginda mengusap kepala Ibnu Abbas ketika beliau kanak-kanak. Dan kesannya Ibnu Abbas menjadi seorang yang bijak dan tawaduk. Beliau adalah yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah saw semasa hayat beliau.

Anda boleh amalkan bacaan doa ini kepada anak-anak sambil mengusap ubun-ubun mereka. Boleh baca doa ini sewaktu anak-anak tidur ataupun sebelum pergi ke sekolah.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

suami tak hbis2 mengungkit duit hantaran 10k yg kononnya disebut hantaran utk sy

Published

on

suami tak hbis2 mengungkit duit hantaran 10k yg kononnya disebut hantaran utk sy

Assalamualaikum admin, hrp admin blh hidekn fb sy.. sy sekadar ingin meluahkn bkn utk mengaibkn sesiapa
Skrg sy ada di Selangor, di kg halaman suami, menyewa rumah berdekatan dgn mertua..kg sy jauh nun di penghujung pantai timur. Sy berkahwin pd thun 2014 di usia 22 thun dan telah dikurniakan seorng ank laki yg berusia setahun lebih.beza umur sy dan suami hampir 10 thun.

Mslh sy ialah dr slpas akad nikah shgga skrg suami tak hbis2 mengungkit duit hantaran 10k yg kononnya disebut hantaran utk sy. Cerita begini, sy seorang pelajar di slh sebuah ipta semasa sy knl suami tp sy tdk dpt menghabiskan pengajian sy krn keadaan keluarga sy yg x mampu, ditambah lg sy merupakan ank sulong dr 7 beradik, sy mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja . Selepas 5 bln bekerja, dlm keadaan sy yg terkontang kanting sendirian, kdg mampu byr sewa bilik kdg x, kdg mngis sendirian, kdg berkejaran sendirian, sy memilih utk berkahwin dgn harapan utk hidup yg lebih baik.Maka sbln lepas tu berlangsungla mjlis perkahwin kami yg serba ringkas. 100% perbelanjaan ditanggung oleh suami sy, sb sy dgn family mmg tdk berduit, ckup2 mkn.

Oleh krn sy sedar dan tahu sy tak mngeluarkan duit, maka duit hantaran yg suami lafazkan masa akad, sy serahkan kpd suami utk menyelesaikan semua urusan. Tp sebaik saje selesai semua, sy balik ke rumah sewa, suami tak hbis2 ckp, “byk nya mak awk mtk hntaran tu, apa yg awk beli, abg xnmpak pun gelang ke rantai.. ke mak awk simpan buat belanja dia” walaupun hati sy terguris sy cuba bersabar sb tahu sy xda apa2. Tp lpas hmpir berpuluh kali di ungkitnya, dikata mcm2 tntg mak sy, kesabaran sy juga ada hadnya.. Bila sy menjawab setiap kali tu dia akn ckp sy isteri yg tak reti menghargai, dia akan pukul sy sekuat yg dia mahu, akn menutup mulut sy semahu dia…Selepas 2 3 jam kejadian , dia akn mohon maaf, dibelai dipujuk sy..sy yg sygkn hubungan cuba lupakan….benda yg sama berulang hingga ke hari ni.

Mslh kedua sy, mertua..sy bkn la benci mertua sy, sy tahu dia ibu yg melahirkan ayah kpd anak sy. Tp dlm bab masuk campur kewangan sy betul2 terasa. Suami sy bergaji 3k , gaji sy pulak hanya 1400.Dah nk masuk 3 tahun benda yg sama setiap bln. Setiap bln suami sy akn byr rumah sewa 500, bil api dan astro 100, pengasuh anak 300, hutang perabot 200 , kereta 900 , dan dia akan bg dkt mak ayah dia 800 sebln. Gaji sy pulak 460 personal loan, insurans sy dan anak 300, brg dapur pamperS susu anak rm 600.. baki rm 60, duit tambang lrt sy pergi baliK kerja. Saya tahu gaji suami sy tak la cukup untuk semua, jd dgn ikhlas sy guna gaji sy utk beli brg dapur, sy halalkan duit nafkah yg suami tidak pernah hulur spnjg perkahwinan. Tp baru2 ni sy dpt tahu jumlah duit yg suami bg setiap bln dkt mak ayah dia, sy menangis, sy rasa mcm org bodoh. Saya dpt tahu pun bila suami listkan kemana gaji dia dh hbis sb dia ckp dia dah takda duit belanja. SaYa Tanya mak dia betulke, jwb mak dia ye la betul, knp? Dia anak aku, anak yg aku kandung yg aku lahir yg aku jaga…ok, sy faham..tp buat suami sy, sgguh sy terasa hati smpai hati sy tawar dgn abg , knp? SB DLM SY IKAT PERUT,SY KORBANKKAN PERASAN MAK AYAH SY DI KG YG SDH BERAPA LAMA SY TAK KIRIMKAN BELANJA DEMI BANTU ABG, DAH BERAPA LAMA TAK BALIK KG KONONNYA XNAK ABG SUSAH, ABG TAHU SARAPAN DAN LUNCH SY DI OFIS BISKUT KERING YG ADA DI PANTRY OFIS SPNJG KITA BERKAHWIN, KDG HJUNG BLN TAK CKUP TAMBANG LRT, KUDRAT KAKI SY GUNAKAN, KDG SUSU ANAK TAK CUKUP SY CAMPUR DGN NESTUM TP SUKU DARI GAJI ABG ABG HULUR DKT MAK AYAH ABG. SELAMA NI SY IGT ABG BG 200 SEBLN KT MAK AYAH ABG.ABG TAHU KE SY DGN ANAK BAWAH TANGUNGJAWAB ABG. MAK ABG KEHULUR KEHILIR, BELI BRG DAPUR SMPAI BUANG GUNA DUIT ABG TP SY, DH LAMA TAK MERASA DUIT GAJI LEBIH HGGA HJUNG BLN.BILA SY CKP, ABG MENGAMUK, ABG MAKI ABG PUKUL SY, TAK BOLEH SENTUH PSL MAK ABG.OK, SY PUN WANITA, SY PUN ADA KEINGINAN NK BERBAJU BARU, NK MERASA EMAS SEKETUL DUA, NAK BALIK KG 2 3 KALI SETAHUN, NAK MKN ITU INI. SEBELUM NI SY IKHLAS TP ABG BUAT SY MCM ORG BODOH, IBARAT SY BEKERJA BANTU MAK ABG. MAK ABG BKN KATEGORI ORG SUSAH, BERBIJIK RUMAH SEWA, BKN ABG SORG ANAK DIA…MAK SY DI KG ORG SUSAH, ORG MISKIN…BERULANG2 ABG UNGKIT ANAK PEREMPUAN TAK PERLU BG DUIT DKT MAK, KLU MCM TU SY NAK CKP ORG PREMPUAN TAK PERLU KERJA NK PIKIR MSLH SUAMI.SY DAH BUAT KEPUTUSAN, SY AKAN PERGI, ADA KEHIDUPAN YG LEBIH LAYAK UTK SY DAN KELUARGA. SEELOKNYA ABG TAK PERLU BERKAHWIN , TUNAIKAN SAJE TNGUNGJAWANB ABG DKT MAK.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Uncategorized

Video Ibu Kucing Cari Rezeki Rayu Minta Makanan Kepada Manusia, Siap Tunjukkan Lagi “Rumah” Mereka

Published

on

Video Ibu Kucing Cari Rezeki Rayu Minta Makanan Kepada Manusia, Siap Tunjukkan Lagi “Rumah” Mereka

Bukan hanya manusia, haiwan juga mempunyai naluri dan perasaan sayang terhadap anak-anaknya. Bahkan, haiwan-haiwan ini lebuh bagus menunjukkan perasaan sayang mereka daripada manusia itu sendiri.

Di laman Twitter tular sebuah video yang memaparkan, gelagat seekor ibu kucing hitam yang dilihat meminta pertolongan daripada manusia supaya memberi makanan terhadap anak-anaknya yang kelaparan

Ibu kucing berkenaan pada awalnya dilihat mengiau-giau dihadapan pintu rumah seakan-akan merayu dan meminta sesuatu. Kucing jalanan hitam berkenaan kemudiannya mengajak insan berkenaan ke sesuatu tempat seperti ada sesuatu yang mahu ditunjukkan.

Sampainya ditempat berkenaan, amat mengejutkan sekali apabila terdapat beberapa lagi ekor kucing kecil dan comel yang sedang bermain di sekitar kawasan berkenaan. Rupa-rupanya, kucing-kucing kecil itu merupakan anak-anaknya.

Melihat perilaku ibu kucing itu, dia berkemungkinan merayu dan memohor agar insan sekelilingnya dapat memberikan sedikit makanan buat anak-anaknya yang sedang kelaparan.

Tanggapan ini mungkin tepat sekali apabila insan tersebut memberikan mereka makanan dan kucing-kucing itu makan dengan lahap sekali. Jelas sekali, ibu kucing ini berusaha keras untuk memastikan anak mereka tidak berada dalam keadaan kebuluran.

Pesanan ringkas: Ringankan tulang untuk membantu dan memberikan makanan buat haiwan-haiwan jalanan. Kemudian, tempat tersebut perlulah dibersihkan semula agar tidak menimbulkan sebarang masalah kelak.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Uncategorized

Pemuda Kacak Tawar ‘Repair’ Kasut Percuma, Hargai Tugas & Beban Para ‘Frontliner’

Published

on

Pemuda Kacak Tawar ‘Repair’ Kasut Percuma, Hargai Tugas & Beban Para ‘Frontliner’

Amat membanggakan di kala rakyat Malaysia dilihat berganding bahu untuk membantu para barisan hadapan negara pada saat genting ini. Pelbagai pihak sama ada orang awam ataupun pertubuhan-pertubuhan dilihat memberikan sumbangan kepada para petugas kesihatan dalam pelbagai bentuk pertolongan.

Kini, masalah para petugas kesihatan yang kekurangan pelbagai keperluan telah dapat diatasi dengan kerjasama padu yang diberikan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Servis repair kasut secara free buat frontliner!

Di Twitter, pemuda kacak yang dikenali sebagai Abdul Ghafur yang merupakan seorang tukang kasut mengwar-warkan di Twitter bahawa, dia menyediakan khidmat membaik pulih kasut secara percuma khusus buat frontliner negara terutamanya di sekitar Melaka.

Malah, kasut-kasut yang rosak ini boleh dihantar menerusi khidmat penghantaran jika frontliner berkenaan duduk luar dari kawasan Melaka.

Jana pendapatan dengan membaiki kasut!

PKP yang sedang dilaksanakan tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencari rezeki setiap hari. Jadi tugas membaiki kasut itu tetap diteruskan walaupun beradaa di rumah.

“Penyelamat kasut cik misi!”

Semoga dimurahkan rezeki!

Walaupun hakikatnya dia juga sedang mencari rezeki, sangat mengagumkan apabila pemuda ini tetap mempunyai hasrat untuk menghulurkan bantuan buat frontliner dengan caranya yang tersendiri.

Semoga sentiasa murah rezeki dan diberkati

Belajar skill repair kasut dari ayah!

Sumber: Twitter

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Trending