7 Sebab Kenapa Anda Tidak Hamil Walaupun Positif Ujian Kehamilan

sebab tidak hamil

7 Sebab Kenapa Anda Tidak Hamil Walaupun Positif Ujian Kehamilan

Ujian kehamilan yang dijual di farmasi adalah alat yang digunakan oleh wanita untuk mengetahui jika mereka mengandung ataupun tidak. Terdapat banyak jenis ujian kehamilan yang dijual di pasaran, tapi yang paling biasa digunakan adalah jenis batang yang dapat dicelup atau dimasukkan ke dalam air kencing.

sebab tidak hamil

Sesetengah ujian ini dapat mengesan kehadiran hormon HCG yang dihasilkan oleh plasenta pada awal kehamilan. Walaupun ia memberi keputusan yang agak tepat, tapi pernah juga berlaku ujian menunjukan keputusan positif tapi wanita itu tidak hamil.

Mari kita baca 7 sebab kenapa hal seperti ini boleh berlaku:

1. Kehamilan Kimia

Kehamilan kimia berlaku jika telur yang disenyawakan, tidak berjaya melekatpada dinding rahim, atau tumbuh pada awal kehamilan. Ini boleh berlaku atas pelbagai sebab. Kegu guran awal bukanlah salah wanita. Ia mungkin disebabkan masalah dalam rahim, seperti fibroid, tisu parut, atau kec4catan pada rahim seperti mempunyai bentuk yang tidak normal. Jumlah hormon progesteron yang rendah juga dapat mengurangkan kemungkinan implantasi dan pertumbuhan embrio.

2. Kehamilan Ektopik

sebab tidak hamil

Kehamilan ektopik boleh menjejaskan ujian kehamilan yang anda ambil. Kadang-kadang telur yang disenyawa boleh ternanam di luar rahim dan menyebabkan kehamilan ektopik.

Kehamilan ektopik boleh berlaku di dalam tiub Fallopion, serviks, ovari, ataupun di dalam abdomen wanita. Embrio masih akan menghasilkan HCG, walaupun ditanam di tempat yang salah dan inilah yang menyebabkan keputusan positif p4lsu pada ujian kehamilan anda.

3. Kegu guran

Ujian kehamilan mungkin masih akan menunjukkan keputusan positif walaupun wanita itu telah mengalami kegu guran. Tahap HCG akan bertambah apabila plasenta membesar semasa kehamilan dan berganda sehingga sekitar minggu ke-10.

Apabila berlakunya kegu guran, tahap HCG akan mula turun, tapi prosesnya akan menjadi sangat perlahan. Hormon masih boleh dikesan di dalam d4rah dan air kencing walaupun 6 minggu selepas kegu guran.

4. Kesalahan Pengguna Itu Sendiri

Pastikan tarikh luput kit ujian kehamilan anda belum tamat tempoh. Jangan rushing sampai lupa nak tengok tarikh luput. Pengguna perlu mengikut arahan serta menyemak tarikh luput pada kotak sebelum menggunakan ujian kehamilan yang dibeli.

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah melakukan ujian itu terlalu awal dan ini boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.

Air kencing yang terlalu cair juga boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat. Masa yang paling baik untuk melakukan ujian kehamilan adalah ketika sejurus selepas anda baru bangun tidur pada waktu pagi.

5. Garis Penyejatan pada Ujian Kehamilan

Kadangkala garis penyejatan boleh dikelirukan sebagai ujian kehamilan yang positif. Kebanyakan ujian kehamilan akan menunjukkan dua baris apabila hormon HCG dapat dikesan dan satu baris sahaja apabila HCG tiada.

Garis tanda positif pada ujian kehamilan biasanya berwarna terang, seperti merah jambu, merah, atau biru. Jika garisan kedua muncul tapi tak begitu terang, ini boleh menunjukkan kehamilan awal ataupun kekeliruan garis penyejatan yang tidak berwarna.

6. Ubat-ubatan

Jika anda sedang mendapatkan pertolongan pakar untuk hamil, anda mungkin akan diberi ubat kesuburan. Salah satunya adalah suntikan HCG sintetik: contohnya Novarel, Pregnyl, Ovidrel, dan Profasi. Fungi sunt ikan HCG ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran telur matang.

7. Penyakit tertentu

Penyakit tertentu juga boleh menjejaskan keputusan ujian kehamilan anda. Antara penyakit tersebut adalah:

  • Jangkitan kencing kotor
  • Penyakit buah pinggang yang menyebabkan d4rah atau sel d4rah putih dalam air kencing
  • Sista (cyst) ovari, terutamanya sista korpus luteum
  • Penyakit yang lebih serius seperti kanser ovari
  • Masalah pituitari (jarang sekali berlaku)

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*