Ada Banyak Kegunaan Uncang Gel Silika Yang Ramai Tak Tahu, Lepas Beli Jangan Buang

Biasanya kalau kita beli kasut atau beg, mesti akan jumpa satu uncang kecil berisi gel silika di dalamnya kan? Jarang kita simpan uncang tersebut, selalunya akan dilempar ke tong sampah.

Tapi tahukah anda, sebenarnya uncang gel silika ini ada banyak fungsi yang bagus untuk kerja-kerja mahupun penjagaan barang kita. Mari ikuti perkongsian oleh laman Facebook kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) ini.

Kegunaan uncang gel silika

Jelas PHM dalam perkongsian tersebut, uncang gel silika ini tidak perlu dibuang kerana banyak manfaatnya yang kita mungkin belum tahu.

“Jika anda beli kasut, beg kulit atau sesetengah pakaian atau makanan tambahan, akan ada uncang gel silika. Jangan buang, gel ini ada banyak manfaat. Jangan bimbang, gel ini tidak bahaya & ia bahan lengai yang tidak beracun,” jelas PHM.

Berikut di bawah adalah senarai manfaatnya:-

1. Letakkan di kotak tool box. Dapat mengelak peralatan menjadi karat.

2. Letakkan di bawah cermin depan kereta anda untuk menyerap kelembapan cermin depan pada waktu pagi.

3. Selitkan dalam buku yang basah. Buku akan kering keesokan hari.

4. Letak dalam kasut untuk menyerap bau busuk dan hapak.

5. Masukkan dalam beg kulit untuk elak kerosakan.

6. Masukkan ke dalam beg kamera untuk panjangkan hayat.

Sumber: Public Health Malaysia

Gel silika – Silica gel

Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Percuma

Gel silika adalah amorf dan berliang bentuk silikon dioksida (silika), terdiri daripada rangka tridimensi tak bergantian yang bersilih ganti silikon dan oksigen atom dengan nanometer-kosong dan liang pori. Kekosongan mungkin mengandungi air atau cecair lain, atau mungkin diisi dengan gas atau vakum. Dalam kes terakhir, bahan tersebut disebut dengan betul silika xerogel.

Silika xerogel dengan ukuran pori rata-rata 2.4 nanometer mempunyai pertalian kuat untuk molekul air dan digunakan secara meluas sebagai pengering. Ia sukar dan lut sinar, tetapi jauh lebih lembut daripada besar kaca silika atau kuarza; dan tetap keras apabila tepu dengan air.

Silika xerogel biasanya dikomersialkan sebagai butiran kasar atau manik, beberapa milimeter dalam diameter. Sebilangan biji-bijian mungkin mengandungi sejumlah kecil bahan penunjuk yang berubah warna ketika mereka telah menyerap sedikit air. Sampul kertas kecil yang mengandungi pelet silika xerogel, biasanya dengan peringatan “jangan makan”, sering disertakan dalam bungkusan makanan kering untuk menyerap kelembapan yang mungkin menyebabkan kerosakan makanan.

Silika gel ‘basah’, seperti yang baru disediakan dari alkali silikat penyelesaiannya, mungkin berbeza dalam konsistensi dari telus lembut gel, sama seperti agar-agar atau agar, ke pepejal keras, iaitu xerogel yang dicatat air. Ia kadang-kadang digunakan dalam proses makmal, misalnya untuk menekan perolakan dalam cecair atau mencegah menetap zarah terampai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*