Ada Lagi Kes Peranti YES Rosak, Kali Ini Didakwa Meletup Ketika Sedang Dicas

Pada minggu ini, topik telefon pintar YES telah menjadi bualan hangat oleh pengguna media sosial. Mana tidaknya, pelajar baru sahaja menggunakan telefon pintar tersebut untuk tujuan PdPR untuk tempoh yang sekejap, pelbagai masalah dan kerosakkan telah terjadi.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi ciapan mengenai keadaan telefon pintar YES milik adiknya yang telah hangus terbakar akibat meletup semasa cas.

Ciapan tersebut mengundang kerisauan orang ramai kerana telefon pintar tersebut umpama sebuah ‘bom jangka mini’ yang boleh mengakibatkan kemalangan yang besar kepada pengguna.

Rata-rata mempertikaikan kadar keselamatan para pelajar dan risau jika telefon pintar yang berkualiti rendah serta lembap ini ‘meletup’ secara tiba-tiba semasa para pelajar sedang online bagi mengikuti kelas PdPR.

Sejak kejadian pertama telefon pintar percuma terbakar secara tiba-tiba tular, ramai pihak mula mempertikaikan bagaimana telefon berspesifikasi rendah ini mendapat green light untuk diberikan kepada para pelajar bagi mengikuti aktiviti PdPR.

Peranti jenama YES bukan lagi dilihat dapat membantu produktiviti para pelajar untuk mengikuti kelas online di rumah, tetapi ia sudah menambah satu lagi kebimbangan dalam kalangan para ibu bapa tentang keselamatan anak-anak mereka semasa menggunakan telefon pintar tersebut.

SUMBER: TWITTER, The Vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*