Adam Corrie Pernah Ditegur Dah Masuk Islam Haram Pakai Chopstick

Sudah hampir 14 tahun memeluk Islam, baru-baru ini pelakon Adam Corrie mendedahkan dia pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau ‘chopstick’.

Adam berkata ia berikutan ada pihak menganggap penggunaan chopstick dikatakan haram disisi agama Islam. Adam turut meminta orang ramai membezakan antara budaya dan agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

AMBIL YANG POSITIF. Hidup berbilang kaum. 

Memang begini cara orang cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk.

Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chop stick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh.

Kalau nasi dalam pinggan saya guna tangan sahaja makan.

Sebab makan di restoren Cina Muslim, dah siap bagi Nasi Kukus Ayam Halia dalam mangkuk. Apa lagi makan pakai chopstick la, budaya bangsa sendiri.

Makan guna chop stick tak haram ye. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chop stick .. Haram katanya.. .

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali”
(Surah Hujurat ayat 13)

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Adam turut berkongsikan kaedah menggunakan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi di dalam mangkuk. -RotiKaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*