Connect with us

Motivasi

Akhirnya Isteri Bercerai Dengan Suami Akibat Isteri Tinggal Bersama Mertua

Published

on

isteri tinggal bersama mertua

Isteri Tinggal Bersama Mertua Akhirnya Bercerai Dengan Suami

Saya berkahwin tahun lepas memandangkan usia sudah hampir menjangkau 30 an. Saya mula mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri.

isteri tinggal bersama mertua

Saya ni jenis tak pandang paras rupa, cukuplah sekadar dia pandai membawa diri Dan menutup Aurat serta setia kepada saya itu dah cukup. Saya jugak kenal isteri Saya melalui Facebook , isteri saya orang jauh, saya orang semenanjung.. Umur isteri saya 22tahun Beza umur dengan saya 29 tahun tapi dia tetap terima saya walaupun saya tak kacak.. Alhamdulillah sepanjang berkhawin dgn isteri .. Fmly belah istri saya menerima saya seadanya.

Mula² istri mmg buat muka kerana sy bawak dia tggl srumh dgn mak ayah saya, memandgkn adkberdik saya dah nikah semua.. Blm pernah sekali pun isteri Saya melawan cakap Saya atau tinggikan suara dgn saya, kdg tanpa buat silap dia pulak yg sering meminta maaf dari saya. Kdg Saya yg selalu marah2 dia dan tinggikan suara depan mak ayah saya Maki dia…

kdg disebabkan masalah kt tmpat Kerja , say jadi stress isteri tmpat saya marah2 lpas geram.. Ego saya Sgt tinggi, Rase menyesal pun ade, tapi jrg Saya berlembut hati dgn dirinya, dia selalu mgalah, walaupun sbnrnya dia sedih, letih tapi dia tetap snyum dgn sy.. mak ayah, adik beradik sy dan anak² buah sy pun, dia lyn baik² dia syg..

Dan Ada je dia lakukan untuk gembirakan hati Saya .. Hampir stiap malam dia urut2 seluruh bdan, kepala saya, dia tahu sy letih berkrja tnpa sy sruh dia mmg akan urut bdn sy.kdg hingga saya tidur dia picit2 kaki saya, lega je saya rasa .. istri mmg pndai mngurut bdan. memang Rasa bersalh tapi kadang Saya dgn tetiba je sakitkan hatinya.. Marah² dia.. Dia tetap layan Saya dgn baik, saya suruh dia kemas rumah tolong mak saya ,, jaga anak2 buah saya semua dia buat.

Setiap kali balik kerja.. Saya tngok istri macam dia bermasam muka.. Saya jdi marah, kdg nk je tampo muka dia..
Rupanya dia bkn masam muka dia saja2 dia pendam apa yg berbeku dihatinya.

Mak sy jenis mulut yg ckp main lepas, pembersih, cerewet, seorg yg jimat.

Mak sy selalu mengadu dgn saya yg istri tak bntu pun masak tk reti.. kmas rumah pun tk brsih, basuh baju pun guna sabun bnyk mmbazir katanya.. satu hari tu Saya pernah tengking, maki istri sebab mak saya marah istri saya guna sabun untuk basuh baju banyak sangat.. Membzir hinggakn dia mntis air mata.. Allah je tahu hati saya sebak tengok bini menangis..Malam tu jugak saya minta mf.. Isteri saya hati lembut, dia kata takpa salah dia sbb guna sabun bnyk sgt.

Time mak ayah sy pergi Ke Rumah kakak sy..selama 2 minggu istri sy buat segala2nya, kerja rumah memang perfect, bersih sampai kan blik adik sy yg serupa stor pun brsih dia kemas.. Ank2 buah sy pun wangi brsih dia jaga rapi.

Dan tk dinafikan masakkn pun sedap. Saya akui saya tak pernah puji masakkan isteri saya sedap.. (kejam kan saya) Saya marah ade lah saje nak sakitkan hati dia.. Saya komen, manis la, pahit la, tak sedap dan macam2 lagi.Isteri minta maaf.

Dan diam kan aje. Apapun sy nak mkn dia akn masakkn dia sanggup tengok youtube,,buka google, belajar masak asalkan apa yg saya nak makan, saya dpat. Walaupun dah larut malam.. Dia,sanggup masakkan saya.. Semasa mak ayah saya takde dirumah.

Ada satu hari tu dia masakkn saya. Saya makan sampai tambah 2 pinggan nasik. tiba2 dia menitiskn air mata.. Sy tnya knp mngis? Dia kata terharu.. Rasa besalah pun ada sbb jarang dapat msak untuk sy..Dia minta mf kerana jarang msak .. Bukan taknak msak tapi dia segan nk msak.. Takut takde yg makan. saya marah dia, saya termaki dia.. isteri hanya mampu menangis dan pendam saja.

Saya akui kalau isteri saya masak., Mak ayah adiberadik saya mcm geli2 nak makan. Saya dah terang² nampak salah family saya tapi saya biarkan saje ..Saya tahu mak ayah saya tak berapa suka istri kerana dia jauh.. Dan Bukan pilihan family saya. Family istri sy pun bkn golongn yg kaya.. Jugak bukan alim seperti yg mak ayah saya harap kan.

Malam tu. Isteri menangis mengadu kat sy yg adik kak, mak saya sendiri kutuk dia dari blkng.. Mcm2.. Istri meryu kt sy nk duduk asing .. Kalau nak perkahwinan ini kekal.. Dan Saya tak prcyakn semua kata² istri malah sy marah dia.. Isteri saya diam aje.. Hinggakan tidur bergenang air mata..

bodohnya saya.. Ya Allah Sebenarnya Sy mampu beli rumah tapi mak ayah sy tak suruh sy dduk asing.. Nanti Tak ade nak jaga ank² buah, lagi pun kakak sy dan suaminya berkerja mak kata nanti siapa nak urus anak² buah.. Sy pun bodoh ikut kata mak..

Selama 8 bulan istri tinggal serumah dgn mak sy.. saya akui sy bagi duit belanja kat mak sy sampai rm1000/800/900.. Sebulan. Tapi saya langsung tak bg istri nafkah zahir dan batin.. Dia pernah luahkan hati Dan jiwanya terseksa melalui sms kerana nafkah zahir batinnya Saya abaikan .. dia pernah kata yg dia redha jika Saya Tak nak melayaninya .. asalkn sy bahagia.. dia tak pernah merungut malah dia redha Katanya.. Dia ikhlas .. kdg Saya buat Tak tahu sangat Kata²nya .. Saya pun tak tahu kenapa saya bodoh sgt tak pernah nak menghargai isteri Saya ..

Malam tu mungkin kesabaran dia dah habiss.. Dia melawan saya, tengking saya.. Dia menangis marah saya.. Smpaikn mak ayah, pakcik dan mkcik saya masuk campur dan marahi isteri saya Smpai sy tolak dia tmpar dia. Dia tekad keluar dari rumah mak saya.. Kini dia dh tiada ..dia dah pergi jauh dari saya.. Dia tgglkn saya.. Dia skrg dah Dduk dgn mak ayah dia.. Akibat campur tangan belah family, hasutan fmly saya, kecuaian saya sendiri..

Saya juga prnh failkn cerai tp saya cencel sbb nak dia balik sni Time tu Dia lembut hati trima saya, tapi saya bodoh tak hargai peluang yg diberi.. Sy maki dia mcm² saya kata dia mcm². Sehingga dia tak jadi balik kat saya.

Kini dia dah failkn cerai …dah dekat sthun sy tak jumpa dia dan tak beri dia nafkah zahir dan batin.. Salah Saya yg cuai abaikan dia ketika dia bersama Saya ..

Kini Saya sendiri terlalu merinduinya .. Saya mencintai dirinya , dia lah isteri yg terbaik yg Saya Ade Dulu wlupun kdg sifat dia agak keanakkn , buat sy marah, tp dia la yg trbaik susah saya nk gntikn dia dgn perempuan lain.. Allah.. saya rindu dia..

Smpaikan kami berpisah dia tetap memohon maaf Dan mohon halalkan segalanya .. mmg saya telah halalkan ..cuma Saya Tak tahu bagaimana nak pujuk dia kembali kepada saya balik.. Saya sayang dia sangat. Rindu dia sgt. Saya malu dengan mak ayah dia sebab saya tk jaga anak mereka elok².. Saya menyesal!! Salah saya sendiri..

Kepada yg bergelar suami.. Hargai isteri awak, kalau boleh jangan la bawa isteri awk tinggal sebumbung dgn mak ayah awak.. Nanti jadi macam saya.

Perempuan dia akan sabar selagi boleh, jika dia dah hilang sabar.. Mereka mmg tekad dn tk pndang kita lagi.
jangan jadi macam saya, dah pergi baru nak menyesal..Terima kasih admin

Moga cerita ini dapat memberi kita pengajaran buat semua.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Motivasi

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Published

on

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga.

Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua. Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.

Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.

Tidak wajar seorang isteri orang lain makan bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.

Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.

Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.

Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?

Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.

Nauzubillahiminzalik.

Jagalah Adab Sepatutnya

Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.

Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.

Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.

Jujur Dengan Pasangan

Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan makan bersama. Melepak bersama bila ada waktu kosong.

Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar. Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur. Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber: Muhamad Afif Idris

Continue Reading

Motivasi

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Published

on

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita. Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik,bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat.

Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah

Continue Reading

Trending