Connect with us

Terkini

Akhirnya Wajah Datuk Seri itu Didedahkan, dan Ini Cara Suspek Macau Scam Melarikan Diri

Published

on

Akhirnya Wajah Datuk Seri itu Didedahkan, dan Ini Cara Suspek Macau Scam Melarikan Diri

Kuala Lumpur: Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti.

Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-climb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.

Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang haram berusia 32 tahun terbabit melarikan diri.

Dia lari tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.

Difahamkan, suspek yang mendakwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya.

Mereka bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.

Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan artis.

Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi suspek berperanan sebagai ‘kuda’.

Ini bagi membolehkan suspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.

Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi suspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.

Sumber itu berkata, terdahulu, sembilan suspek yang dilepas reman dibawa pulang ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk proses dokumentasi jaminan sekitar jam 6 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di pejabat SPRM, ramai anggota polis berkumpul di lobi utama bangunan.

“Ini menyebabkan semua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing.

Terkini

Ada kalangan ahli keluarga suspek juga hadir di lokasi untuk proses jaminan.

“Berlaku kekecohan di lobi utama bangunan SPRM apabila semua OKT (orang kena tuduh).

Mereka enggan keluar dari kenderaan berikutan kehadiran ramai anggota polis di lobi Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam, polis akur dan bersetuju menunggu semua suspek di luar pintu utama Ibu Pejabat SPRM.

“Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, semua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing untuk keluar dari Ibu Pejabat SPRM.

“Ada empat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput suspek yang melarikan diri.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama disekat dan suspek lain ditahan polis semula.

Bagaimanapun, seorang suspek yang dibebaskan dengan jaminan diserahkan SPRM kepada peguam beliau,” katanya.

Menurutnya, suspek bergelar Datuk Seri terbabit masuk ke dalam Toyota Vellfire bersama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Dia masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

Bagaimanapun, dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, suspek dipercayai keluar dari kenderaan.

Dan melarikan diri ke arah pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua pengawal peribadi.

“Lokasi suspek melarikan diri terselindung di sebalik tempat penyimpanan gas.

Suspek dikesan memijak belakang tubuh dua pengawal peribadinya untuk melepasi pagar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek disambut seorang lagi pengawal peribadi yang menunggu di luar pagar.

“Sebuah Perodua Myvi menunggu di tepi jalan dan melarikan suspek.

“Apabila polis menahan Toyota Vellfire yang dinaiki suspek dan melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu kecuaian dan dakwaan ada pembabitan ‘orang dalam’ berikutan suspek ketika itu dibebaskan dengan jaminan.

“Pihak SPRM sentiasa memberi kerjasama baik dan membantu siasatan polis bagi memastikan kes berkenaan disiasat dengan rapi,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, individu yang melarikan diri itu bukan bergelar Datuk Seri seperti ditularkan ataupun dilaporkan.

Wajah Didedahkan

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ini berhubung sindiket pengubahan wang haram dikaitkan dengan perniagaan membabitkan artis dan selebriti.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Ford Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM turut dilaporkan memanggil pasangan selebriti untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram berkenaan.

Kredit: Hmetro Online

Terkini

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Published

on

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Sungguh tergamak, sampai hati lelaki dvr jana ini sanggup mer0 g0l anak jiran sendiri depan anak-anaknya sendiri. Mana belas ehsannya ?

Kes sebegini tidak pernah sunyi daripada menjadi tatapan pembaca setiap hari. Namun, jangan sesekali kita anggap ia satu jena yah remeh.

Jena yah r0 g0l tetap r0g0l, walau siapapun mngsanya. Kes kali ini sungguh menyayat hati. Ia berlaku di India, seorang lelaki telah ditngkap atas tvdu han mer0 g0l kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun 6 bulan di hadapan anaknya sendiri !.

Lelaki dvr jana tersebut telah dita han Jumaat lalu dan merupakan permngsa kes sera ngan sk sual terhadap mngsa “minor” yang terkini di India.

Semuanya bermula begini, kanak-kanak yang baru berusia 18 tahun itu pergi bermain di rumah jirannya, kerana jiran itu mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun.

Namun ketika di rumah itu, kanak-kanak yang tidak bersa lah ini telah r0 g0l oleh pmngsa dalam bilik rumah. Mngsa kemudiannya dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berd4 rah dan kes4 kitan.

Ibu mngsa yang menjumpainya amat terke jut dengan keadaan itu. Beliau terus membawa anaknya ke H0spital.

Saspek akhirnya dita han menurut pegawai di Aman Vihar, per0 g0l kanak-kanak itu telah di t a h a n di rumahnya. Dia akan dikenakan hv kvman di bawah Akta Ganggvan sksual yang membawa hvkvman pnjara seumur hidup.

Dia akan dihvkum tapi bagaima pula dengan nasib kanak-kanak ma lang itu? Ketika dilawa di h0spital. Kanak-kanak itu didapati tidak boleh bercakap dan hanya mampu terbar1ng, aki bat trau ma

Continue Reading

Terkini

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Published

on

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Satu perkongsian dari NGO pengurusan jenazah mengenai pengebumian seorang ibu muda yang meninggal dunia petang semalam, meruntun hati netizen.

Wanita bernama Nur Atyqah Yahya Jaya, berusia 28 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.

Baca perkongsian Mr Wan Cai Official di bawah:

Perkongsian lewat tentang pengurusan jenazah ibu muda yang dibawa pulang ke Kelantan. Jenazah yang dibawa menggunakan jentera rakan gabungan iaitu VJGM telah selamat dikebumikan pada pukul 06.45 petang tadi.

Selepas jenazah dipindahkan 3 rakan sukarelawan VJGM terus membawa jenazah ke tanah perkuburan islam Bandar Baharu Gua Musang. Dikebumikan diliang lahad separa bulan atau lebih dikenali dengan nama liang lahad sri bulan.

Pengurusan terakhir untuk ibu berusia 28 tahun sangat mudah. Berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama untuk dikebumikan. Sempat pula dikebumikan sebelum masuk waktu solat Maghrib.

Aturan terakhir yang Allah tetapkan untuk ibu muda ini. Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya dimasukkan ke hospital Shah Alam sejak 3 hari yang lalu. Tetapi ibu muda ini telah dijemput seruan illahi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Punca kematian arwah adalah disebabkan jangkitan kuman di dalam badan. Akibat dari jangkitan kuman itu beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun. Omar Lokman Bin Shahrul adalah nama anak mereka.

 

Kesian bila difikirkan nasib si anak kecil. Si anak masih tidak mengerti ibunya sudah pergi buat selama lamanya. Membesar si anak tanpa kasih seorang ibu.

Kehilangan isteri ataupun ibu bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana si suami perlu menggalas 2 tanggungjawab serentak untuk menjadi ibu dan bapa kepada anaknya itu. Anak yang ditinggalkan oleh si ibu pula masih kecil.

Jika tidak kuat semangat pasti si bapa boleh tertekan. Seperti yang kita semua tahu di dalam sebuah keluarga seorang isteri memerlukan suaminya. Dan seorang suami juga sangat memerlukan isterinya.

Apabila meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang bergelar isteri atau suami setelah hidup berumah tangga pastinya kesulitan akan dihadapi. Lagi lagi melibatkan urusan menjaga dan membesarkan anak anak.

Jika sebelum ini si isteri membantu menguruskan hal dirumah dan anak. Pasti keadaan akan menjadi lebih sulit apabila seorang suami tiba-tiba perlu menggantikan tempat tempat si isteri.

   

Tidak boleh dibayangkan kehidupan si suami selepas ini setelah kehilangan isterinya. Jika tidak kuat boleh gila dibuatnya. Saya sudah lihat bagaimana keadaan suami kepada arwah adik perempuan saya.

Berbulan menangisi pemergian isterinya. Sehingga diri tidak terurus. Tetapi nasib ada anak anak sebagai penguat semangat untuk kembali hidup seperti normal. Harap-harap suami arwah juga akan kuat.

Semoga juga tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelaki tunggalnya.

Buat pembaca, ayuh sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya!

Continue Reading

Terkini

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Published

on

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 150ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Continue Reading

Trending