Connect with us

Motivasi

Aku dah mula sayangkn bos aku, susah aku nak buang rsa ni. Berdosanya aku doakn hati aku kuat untuk kembali mncintai suami aku semula

Published

on

Aku dah mula sayangkn bos aku, susah aku nak buang rsa ni. Berdosanya aku doakn hati aku kuat untuk kembali mncintai suami aku semula

Assalammualaikum. Aku adalah seorang isteri dan ibu kpada 3 cahayamata. yang sulung berumur 15 tahun. Aku brsyukur dikurniakan anak2 yang cantik, hnsem dan pandai dari segi akedemik. Aku adalah seorang isteri yang bekerjaya, mempunyai wajah yang manis, comel orang sekeliling selalu cakap aku tak macam ibu yang brumur 30an tapi macam anak dara mungkin sebab aku bertubuh kecil molek.

Orang skeliling selalu puji aku cukup segalanya lemah lembut baik cantik tapi aku tak pernah bangga dengan pujian tu sebab aku sedar itu semua pinjaman. kalau orang tengok kehidupn aku orang selalu anggap aku bahagia. Aku punya segalanya tapi sebnarnya tanggpan orang tu salah aku seorang yang memendam rasa dan pendendam. aku berkahwin diusia 19 tahun terlalu muda.

Masa anak sulung kecik kami terlalu susah untuk hidup. Aku nekad bantu dia kerja, macam2 tempat aku pernah kerja. Sampi 1 hari aku pilih untuk samung belajar untuk ubah kehidupn susah kami. Lepas habis belajar aku bersyukur ditawarkn krja di sebuah syarikat, alhamdulilah aku dikurniakan mnagement dan ketua jabatan yang sangat menyanyangi aku mgkin sebab keihklasan aku brtugas.

Dsinila kisah aku brmula. Dalam aku sibuk bekerja membntu suami, naluri perempn tak pernah salah aku dapalt hidu kecurangan suami aku slepas aku bersalin anak kedua. Aku rasa kecewa sangat, pedih, benci cinta aku dipermainakan. Aku call prmpn tu dia mengaku dia pun cintakan suami aku. Aku pilih mengalah aku biarkan mereka. Suami aku cakap tolong bagi dia masa untuk lupakan perempuan tu.

Aku simpan kesedihan dalam hti yang memakan diri aku. Aku jadi pndendam. hati aku selalu cakap suatu hari nanti kau akan rsa apa aku rasa. rasa yang terlalu sakit tapi dalam masa yang sama luaran aku nampak biasa, aku bantu suami dari segi kewangan. Ada rezeki kami dapat bli kereta untuk mudah begerak bawa anak. Tapi perlukan downpayment kami tak ade saving, aku pinjam pada ayah aku. Monthly aku bayar hutang ayah, bantu dia byr kereta dia.

Aku tak prnh berkira bab duit tu sebab rezeki aku semakin murah. Alhmdlh pangkat aku semakin naik disyarikat aku bekerja hssil sokongn penuh dari ketua jabatan aku. Tanpa aku sedar selama ni aku diperhatikn oleh bos aku. Bos aku sukakan aku tapi aku tak pernah perasan sebab aku anggap dia mjikan aku. Perasaan cinta aku pada suami aku semakin pudar bila aku yang terlalu berdikari dalam kehidupan kami. Segala perblnjaan aku yang lebih banyapk kaluarkan dari dia sampi 1 tahap aku rasa fedup tapi aku pndam sendri.

Sampi satu hari aku sakit teruk waktu tu tengah kerja, bos nak hantr ke hospital tapi aku tak nak aku nak balik nak suami aku yang hantarkan, bila aku balik rumah aku mengdu perut aku terlalu sakit suami aku tak peduli aduan aku, aku menangis sebab terllu sakit. Petang tu dah tak tahan sangat aku bagitaw mertua aku sakit. Mertua aku marah anak dia tak padulikan aku. Nak jalan masuk krta aku tak boleh bangun tapi dia tak nak papah aku dia seret aku sambil bising2 cakap aku mngada ngda.

Bila sampai hospital aku warded. Doktor sahkn apendik aku da pecah dan perlu pmbedahan segera. Kalau tengok sekarang panjang parut luka apendik aku. Alhmdlh pembedahan selama 5 jam aku berjaya diselamatkn. Bila aku bukak mata orang yang ada depan aku adalah bos aku. Dia cakap tak ape saya akan jaga awak dan psatikn awak akan sembuh. Masa tu aku rasa down sangat sebab orang yang aku harapkn tak ade depan mata aku.

Bos aku jga spnuhnya sampi aku sihat bru dia izinakn aku bekerja. Lepas sihat aku kmbli bertugas, tak lama tu aku disahkn prgnt anak ke 3 banyak dugaan aku mengandung anak ke 3 saat aku down mabuk teruk bos selalu support aku untuk terus kuat demi bby sedangkn suami sendri cakap aku ngada2 taknak lawan mabuk. Aku diberi cuti selama 5 bulan sehingga kandeungan aku btul2 sihat. 5 bulan duduk rumah tulah siang malam aku muntah teruk, bleeding, dan setiap hari bos call tanya keadaan aku.

Aku tgh mabuk hnfon pun tak iingat letak mana tapi bos tak pernah jemu hantar sms tanya kesihatan walaupun aku tak balas. Sampilah aku bersalin, aku bersalin operation, tumpah darah duduk hsptl lama kos hospital tinggi skit sebab duduk lama dengan bby prem lg tapi aku sedih bila hsptl aku bayar sendiri tanpa bntuan suami aku, lepas bersalin aku nekad aku tak nak harapkn bantuan suami aku pergi hantr kami ke klinik.

Aku cakap dengan suami nak ambik lesen tapi duit saving takde suami cakap tak payah ambk lesen. Kebetulan rezeki aku bidang aku kerja memang perlukn aku untuk tahu drive sebab senang hantar pekerja kalau kcemasan. Bos cakap ambik lesen senang nanti aku cakap nantila duit simpanan tak cukup lesen mahal bos cakap reg saya bayarkan. Saya ikhlas bsntu awak asalkn nanti senang awak bntu kerja saya hantar pekerja kita urusan luar.

Akhirnya lulus tapi aku tak ade kereta nak bawak, nak pinjm kereta suami dia tak bagi. Pernah seksli aku belajar drive dia duduk sebelah tapi aku tak cekap tak pndai drve macam dia aku brek mngejut dia msrah2 tengking aku risaukn kereta dia dari aku, aku merajuk kunci bilik dia mengamuk aku tak bukak bilik lepas bukak aku kemas baju nak lari dia marah dia pukul aku. Aku sedih sangat dia cakap tak sengaja mulut aku cakap tak ape aku maafkn. Tapii sbenarnya salah aku dendam dalam diam.

Lepas kejadian tu aku trauma nak drive, sampila 1 hri ada kecemasan tempat kje, ada pekerja cedera masa tu bos meeting office boy tak datang. Aku call bos mntak dia hantarkn peksrja. Bos aku marah aku dia masa kerja memang tegas, bos cakap bukan awak da ambil lesen ke kenapa sampai harini saya tak penah nampak awak drive. dia cakap belajar hdup ni jangan terlalu brgntung pada orang.

Lepas setelkn pekerja yang kemalangan tadi dia pggil aku dia cakap masuk kereta sekarang ikut saya. Rupanya dia nak ajar aku bawak kereta dia ajar aku sikit pun tak marah aku yang takut2 tapi dia cool gelak je. Lepas aku pndai drive kerja dia jadi mudah aku bnyk bntu dia untuk kerja urusan luar. Satu hari bos cakap saya janji akan naikkan pangkat awak gaji awak yang selayaknya awak dapat tapi dengan syarat sahut cabaran saya bli kereta.

Alhamdulah berkat kenaikn gaji aku lulus loan kereta, aku la bayar downpyment montly, services, insr roadtatak kalau rosak aku sndri suami tak bntu pun tapi dia sllu pakai kerta aku. Hati aku jadi sakit bila kenangnkan dulu dia beli kereta aku tolong dia bayar bulanan bayar downpymnt tapi aku beli kereta susah payah dia sedap je bawak tak tolonh pun sedih sangat tapi aku pndam dalam diam.

Alhmdlh rezeki lagi anak aku yang sulung dapat result cmrlg dalam upsr 6A, dia ditwrkn sek SBP yang perlukn yuran yang tinggi aku bekeras nak hantar anak ke sek ni sebab matlamat aku nak anak brjaya tapi suami taknak dia cakap tak mampu aku cakap tak ape aku kalauarkn asb aku bayar yuran anak. Dari anak form 1 sampai sekarang aku yang tggung yuran dia aku sedih sangat sebab suami biarkn aku brdikari. Hari2 g kerja dia tak pernah tanya belanja harian aku. Nafkah jauh skli

Disebabukan prrkara ni sikit2 rasa cinta aku pada suami smakan pudar tapi aku masih tak sedar bos sukakan aku sampilah 1 hari anak kedua jatuh sakit
Warded, bos aku sentiasa datang pagi sebelum msuk office, petang balik kerja malam lepas isya’ untuk support anak aku. Aku nmpk dia cium anak aku dengan penuh ksih sayang, ajar anak aku menngji solat sesama dalam wad aku sedih sangat

Bil hsptl bos aku yang uruskn semua, saat tulah aku nampak kesungguhan dia tapi dia tak pernah cakap aku dapat rasakn dari cara dia, Lepas anak kalauar wad, selsng 2 minggu kena checkup sebab ada masalah dalam darah anak aku, dia bagi pluang aku cuti uruskn anak2 bos cakap anak adalah nyawa kita hargai dia, bila anak aku checkup bos aku mesti akan datang hospital temankan anak aku bagi kata semangat sampai diorag rapat macam seorang ayah dan anak.

Paling hati aku tersentuh bila aku kaluar berdua dengan bos atas urusan kerja bos tak penah ambil kesepatan walau kami oustation sampai kl, penang tapi dia protect aku, bila singgah shell atau kedai dia kan pastikn aku lock kereta baru dia berani lepaskan aku macamtu jugak masa makan di restoran dia tak bagi bangun duduk dan makan saja dia uruskn semua dia cakap tak ape biar dia susah jangan aku yang susah, Walau dalam kerja sklipun siapa je yang sakitkn hati aku bos aku terminated orang tu 24 harus dan sggup bayar pampasan dia cakap jangan sapa berani buat aku.

Terlalu sayangnya bos pada aku dan dia terlalu lindugi aku, satu hari bos tegur muka aku cantik comel badan sksi pakai ketat2 untuk apa, ubah penampilan perlahan2 dia belikn bju kurung hand sock stokin tudung pakaila tetapi dada bukan selak2 macm ni. Aku berubah perlahan lahan aku sedih sangat aku diubah oleh seorang bos.

Satu hari aku brgduh dengan suami tentang duit, aku hilang hormat pada suami aku tertinggi suara, suami cakap aku da tak sayang dia, Aku tak jawab aku mntak dia pulangkan aku pada mak ayah aku, suami tak nak aku cakap aku benci orang tak solat macam dia suami tersentak dia brubah perlahan lahan, akhirnya suami jadi imam aku yang aku harap2kn bertahun lamanya yang aku doa siang malam Allah makbulkan. Tapi klmhn suami aku dia msih leka biarkn aku berdikari, aku terus brdiri sendri tanpa bntuan dia smpi aku da fedup.

Kami bergaduh lagi bru2 ni aku mntk dia lepaskn aku tapi bukan sebab bos aku tapi sebab aku tak cintakn dia lagi aku rasa brdosa hidup dengan dia dalam keadaan macamni hdup pura2 bhgia sedangkn aku derita. Aku terus terang cakap dengan dia aku tak cinta dan sayang dia lagi dia menangis merayu pada aku minta peluang kedua untuk dia baiki ksilapan dia tapi hti aku da kosong, sejujurnya brdosa aku da terjtuh sayang pada bos aku.

Aku terus terang pada suami siapa yang ada saat aku derita yang support aku adalah bos aku, kalau aku nak buat jahat da lama aku curang tapi aku ingat status aku. Sedangkn bos aku ada segalanya pangkat hrta jiwa yang besar dia ada, Rupa memang kacak tapi aku tak seteruk tu aku masih sedar kedudukn aku, bos aku jugsk pernah kenlakn anak2 dia pada aku, kami rapat anak2 dia cakap aku baik macam arwah mama deoraag.

Anak2 bos aku cakap deoag redha kalau aku ada jodoh dengan ayahnya deoag terima seikhlas hati trmsuk anak2 aku boleh jadikn adik deoag walau masa tu anak bos cakap dalam nada gurau aku trsentak sangat, kami jadi rspat sebab selslu rehat sama masa anak bos kje part time kat syrkt aku kerja. Sekarang aku dah terus terang dengan suami dia taknak lepaskn aku. Dia tak boleh haidup tanpa aku dia cakap dia sanggup aku tak cintakn dia asalkan jangan tingglkan dia dan anak2.

Aku cakap aku nak brtaubat sebab duakn rasa cinta dia bagi pluang aku hidup sendri. Sebab selama ni aku sendri. Tapi dia tetapi tak nak lepaskan aku walau aku da nekad, dia brtaubat menangis semahu mahunya dambakan cinta aku semula. Perlukah aku beri peluang kedua pada dia setelah berthun tahun aku derita. Dia cakap aku tiada gelang ganti aku terlalu indah terlalu sempurna sampi dia leka abaikn aku
Aku dah mula sayangkn bos aku, susah aku nak buang rsa ni. Berdosanya aku doakn hati aku kuat untuk kembali mncintai suami aku semula.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Motivasi

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Published

on

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga.

Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua. Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.

Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.

Tidak wajar seorang isteri orang lain makan bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.

Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.

Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.

Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?

Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.

Nauzubillahiminzalik.

Jagalah Adab Sepatutnya

Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.

Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.

Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.

Jujur Dengan Pasangan

Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan makan bersama. Melepak bersama bila ada waktu kosong.

Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar. Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur. Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber: Muhamad Afif Idris

Continue Reading

Motivasi

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Published

on

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita. Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik,bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat.

Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah

Continue Reading

Trending