(video) “Aku siapa? Aku Wawa.. Wahid Enterprise..” Wanita Tinggi Suara Dengan Polis Beri Penjelasan

Seorang wanita yang berasal dari Sabah tular di media sosial berikutan tindakannya meninggi suara dengan anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) selepas disaman kerana cukai jalan dan insuran tamat tempoh.

Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, akaun Jabatan Netizen Malaysia berkongsi sebuah video wanita yang dikenali sebagai Wawa dari Wahid Enterprise ini untuk tatapan umum.

Tinggi suara pada anggota polis

“Aku siapa? Aku Wawa.. Wahid Enterprise..” Wanita Tinggi Suara Dengan Polis Beri Penjelasan | YOY Network

Dalam pada itu di ruangan komen, tindakan wanita tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Rata-ratanya berasa kasihan melihat keadaan anggota polis berkenaan yang cuba untuk mengawal situasi.

“PDRM boleh je keluar kan satu saman lagi kat dia kerana caci seorg pegawai berkuat kuasa. Tambah lagi caj. Biadap lagi, terus gari. Bawa ke Balai Polis Enterprise. Duk sana satu malam tunggu bicara. Berani dia,” komen seorang wargamaya.

“Taknak komen tapi haihh.. buat malu org pakai tudung je pakaiannya. Yang tak pakai tudung pun takdalah sampai macam tu,” luah seorang wargamaya.

“Roadtax mati bulan 1.. Kalau baru mati lain la cerita,” kata seorang netizen.

“Takat bawak lexus roadtax pun tak up to date (secretary/PA tak ada ke tolong buat kerja remeh mcm ni?) takyah nak sembang sombong lah kak,” tulis seorang netizen.

“Wahid Enterprise ni mesti lagi power dari Megah Holdings,” usik seorang netizenlagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 27,000 tontonan dan 400 tanda suka daripada warga Twitter.

Kamu tahu aku siapa? 100 wanita inspirasi Sabah tahun 2021. #TAHNIAH Anggota @PDRMsia @ @PDRMsia_Trafik tak layan kerenah.Tetap menjalankan tugas walau dimaki.

Mohon ambil tindakan pada ladies ini.

Disebabkan isu tersebut sudah viral, wanita yang dikenali sebagai Wawa tampil memberikan penjelasan atas apa yang berlaku menerusi akaun Facebook miliknya.

Wanita itu menjelaskan dia telah disaman atas sebab roadtax yang telah tamat tempoh, walau bagaimanapun keadaan bertukar jadi panas apabila dia mendakwa telah dibuli serta disindir oleh polis trafik yang bertugas.

Sumber: yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*