Anak Istimewa Ini Dilarang Masuk Taska Kerana Bimbang Wajahnya Akan Takutkan Kanak-Kanak Lain

anak istimewa dilarang masuk

Sampai Hati Pihak Taska Larang Anak Istimewa Masuk, Bimbang Wajahnya Takutkan Kanak-Kanak Lain

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menderita dengan kekurangan yang ada pada dirinya membuatkan dia dilarang untuk masuk ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Dakwa kakitangan taska tersebut, mereka takut dengan kecacatan pada tengkorak anak kecil ini akan menakut-nakutkan kanak-kanak yang lain.

anak istimewa dilarang masuk

Menurut ibu bapanya, anak kecil ini perlu menunggu sehingga menjalani pembedahan untuk merawat wajah barulah pihak taska ini membenarkannya masuk.

Mungkin pihak taska tidak mengetahui perkara sebenar tentang keadaan kanak-kanak ini dengan masalah pada tengkoraknya. Tempoh untuk menjalani pembedahan ditangguh berulang kali kerana prosedur hospital.

Bagaimanapun kes anak kecil ini telah mendapat perhatian daripada pihak kebajikan Rainbow of Goodness, Bashkortostan yang membantu keluarga ini.

anak istimewa dilarang masuk

“Pertama, awak harus hantar anak ini untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lain dan boleh merasa seperti anak-anak normal yang lain.” kata kakitangan perubatan memberitahu kepada ibunya.

Namun, taska tersebut tetap menolak untuk mengambil anak ini sebagai salah seorang pelajar di situ.

Pakar telah memberitahu bahawa jika si kecil ini tidak diberi pendedahan, mungkin masalah lain seperti sukar untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

Pendidikan Psikologi berkata pada media, “semakin cepat dia dapat bergaul dengan orang lain, semakin mudah untuknya menghadapi keadaan kehidupan dan tumbesarannya.”

“Lebih banyak dia berinteraksi dengan orang, lagi mudah dia dapat menerima keadaan dirinya sendiri.”
Pihak berkuasa tempatan kini menyiasat keengganan taska tersebut menghalang kanak ini serta menangguh operasi pembelajarannya.

Mereka juga memberi keselesaan untuk keluarga ini dengan memberi peruntukan tinggal di sebuah apartment baru. Sebelum ini mereka tinggal bersama datuk dan neneknya disebuah rumah usang tanpa bekalan air dan elektrik. Pemindahan keluarga ini akan dilaksanakan sebelum musim sejuk datang.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*