Anda Pasti Terkejut Bila Tahu Umur Pakcik yang Kahwin Dengan Gadis Berumur 20 Tahun Ini!

pakcik kahwin gadis muda

Anda Pasti Terkejut Bila Tahu Umur Pakcik yang Kahwin Dengan Gadis Berumur 20 Tahun Ini!

MAKASSAR – Perkahwinan seorang warga emas dengan seorang gadis kira-kira 80 tahun lebih muda daripadanya tular di Indonesia.

Gambar dan video hari bahagia pasangan terbabit yang diraikan di kabupaten Wajo di Sulawesi Selatan turut menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Kumparan.com melaporkan saudara kepada pengantin lelaki, Ayu Anggreni Muchtar turut mengesahkan perkahwinan tersebut diadakan di rumah pihak perempuan di Jalan Galico.

“Ya betul, Katte dan isterinya, Indo Alang selamat diijabkabul semalam. Saya tidak pasti tentang umur sebenar Katte, tetapi dianggarkan kira-kira 100 tahun kerana dia merupakan pejuang ketika era penjajahan Belanda manakala isterinya berusia dalam lingkungan 20-an,” ujarnya.

Menurut Ayu, Katte turut membelanjakan 5 juta Rupiah (RM1,500) untuk wang panai (wang hantaran) dalam adat budaya Bugis-Makassar.

Perkahwinan antara pasangan yang mempunyai jarak umur yang sangat jauh jarang berlaku di Indonesia.

Tetapi salah satu majlis yang paling mendapat perhatian melibatkan seorang lelaki berusia 16 tahun dan pasangannya berumur 71 tahun. – Agensi

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*