Connect with us

Tips Bermanfaat

Apa Itu Kucing Pedigree? Mesti Ramai Tidak Tahu

Published

on

kucing pedigree

Apa Itu Kucing Pedigree? Mesti Ramai Tidak Tahu

Kucing menjadi haiwan kesayangan yang paling popular di seluruh dunia. Ada sekitar 100 juta kucing di dunia Barat dan angka ini meningkat.

Ada banyak alasan untuk populariti kucing dan salah satu alasan khususnya adalah, kucing membenihkan perasaan kasih sayang dan boleh menjadi sahabat yang sangat setia.

Selain dari itu terdapat banyak manfaat mengasihi kucing yang baik kepada manusia. Ada lebih daripada seratus keturunan yang diakui sebagai kucing domestik sahaja (kucing tempatan/kampung).

Ciri-ciri utama yang membezakan sesuatu jenis kucing itu adalah jenis tubuh, warna mata, warna bulu, kepadatan bulu, panjang kaki dan panjang ekornya.

Separuh daripada Kucing Pedigree membiak dari induk/nenek moyang dari jenis baka yang sama. Selebihnya, Kucing Pedigree dibiakkan secara berhati-hati dan teliti oleh pembiak kucing dengan mengkacukannya dengan hanya dari baka yang berketurunan baik sahaja.

Sebelum saya bercerita apa itu pedigree, saya telah ditanya oleh seorang sahabat tentang kucing emaknya yang sudah lama dibela. Beliau bertanya seperti tertera di gambar dibawah “Ini brand apa bro?” saya jawab “ini bukan pure breed cat, ni teman nak tanya dulu pedigree ke tidak?

kalau ko tanya ini brand apa memang tak ada jawapan, tapi kalau ko tanya pembiak-pembiak(breeder) kucing, mereka akan cakap ini kucing kacuk atau kucing biasa jer.

Brand bukan ditentukan melalui rupa paras sahaja. Mula kita kena tahu kucing ni pure breed ke tidak? kedua pedigree ke tidak? kalo ada jawapan untuk soalan itu baru saya boleh tahu ini brand apa.” Jawab sahabat saya lagi “Aku pun tak tau?” Kemudian jawapan saya pula “kucing biasa ler jawapannya”.

“Setiap Tuan kucing yang mempunyai Kucing Pedigree, Tuan kucing akan diberitahu secara jelas bahawa kucing nya adalah pedigree atau tidak oleh tuan sebelumnya. Jadi disini kiranya anda tidak mengetahui asal usul keterunan kucing anda dan tiada pengesahan dari tuan sebelumnya bermakna kucing itu bukanlah Kucing Pedigree.”

Apa itu KUCING PEDIGREE ?

Perkataan Pedigree itu sendiri diambil dari bahasa Perancis dan diubah menjadi bahasa Inggeris.

“Pedigree” membawa maksud “Yang diketahui asal-usul keturunannya”.

balinese (pedigree cat)

balinese (pedigree cat)

Kucing Pedigree adalah seekor kucing dimana keturunannya didaftarkan secara rasmi disebut sebagai kucing ras(purebred), atau kucing keturunan baik(pedigree).

Seekor kucing ras(purebred) adalah salah satu keturunan yang hanya mengandungi individu-individu dari jenis baka yang sama.

Seekor kucing keturunan baik(pedigree) adalah salah satu keturunan yang direkodkan, tetapi mungkin mempunyai nenek moyang dari keturunan yang berbeza.

Kucing Pedigree ini terbahagi kepada dua:-

1. Kucing Pedigree Berdaftar

Kucing Pedigree Berdaftar adalah dimana keturunannya didaftarkan dengan pertubuhan ataupun organisasi kucing seperti CFA(Cat Francier’s Association)yang terbesar didunia, TICA(The International Cat Association) dan sebagainya.

Kucing Pedigree Berdaftar mempunyai rekod carta salasilah keturunan secara teratur dan terperinci. Pembiakan Kucing Pedigree berdaftar dikawal secara teliti dan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh organisasi.

Pemilihan Ratu(Queen) perlu dinilaikan bersama organisasi. Ratu(Queen) adalah kucing betina yang akan menjadi ibu/induk bagi baka yang dipilih. Ratu hanya akan dipilih dari yang terbaik sahaja(best of the best). Pendek kata yang berdaftar ini dijamin kualiti dan keasliannya.

2. Kucing Pedigree Tidak Berdaftar

Setiap Kucing Pedigree yang tidak berdaftar ia mestilah mempunyai carta salasilah keturunan yang dicatat dengan teliti dan rapi oleh pembiaknya(breeder) dan dikawal dengan baik sekurang-kurangnya untuk 7 keturunan/generasi.

Tetapi Kucing Pedigree yang tidak berdaftar ini diragui keasliannya, sejauh mana kebenaran catatannya dan kualitinya tidak terjamin.

Melainkan pembiak(breeder) itu dikenali ramai oleh pembiak-pembiak yang berdaftar dan sekurang-kurangnya dapat menjuarai salah satu kategori didalam pertandingan pertunjukkan kucing(cat show) yang dianjurkan badan yang diiktiraf.

“Kucing Pedigree Tidak Berdaftar hanyalah pendapat teman semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana pihak. Ini kerana untuk membuka semangat kepada mungkin beribu atau beratus orang pembiak kucing yang tidak berdaftar untuk mebaiki kesilapan dengan bertindak secara betul didalam pembiakan kucing anda.”

Senarai keturunan kucing cukup besar: pendaftar kucing rata-rata mengenali atau mengiktiraf antara 30 dan 40 keturunan kucing, dan selebihnya masih dalam pembangunan, dengan satu atau lebih keturunan baru yang diluluskan setiap tahun rata-rata mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan warisan.

Pemilik dan penternak bersaing dalam pertunjukan kucing(cat show) untuk melihat sejauh mana kemiripan kucing masing-masing, berdasarkan jenis baka biak(breed type), ketulenan biak (breed standards) untuk berkembang dengan lebih baik didalm pembiakan masing-masing.

Disebabkan kebiasaan mengkacuk kucing di daerah berpenduduk kerap berlaku tanpa dikawal, banyak kucing yang hanya dikenalpasti sebagai keturunan Domestik Longhair(bulu panjang) dan Domestik Shorthair(bulu pendek) sahaja, bergantung pada jenis bulu mereka.

Yang mana Domestik Longhair dan Domestik Shorthair ini tidak diterima lagi oleh ahli-ahli biologi kucing sebagai Kucing Pedigree.

“Kesimpulan yang mudah boleh kita dapat di sini ialah Pedigree Cat adalah kucing yang diketahui asal-usul keturunannya dan dicatat dengan teliti berkenaan salasilah keturunannya dan berdaftar dengan organisasi-organisasi yang diiktiraf seperti CFA(Cat Francier’s Association) dan lain-lain organisasi yang seangkatannya.”

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bermanfaat

Ini Khasiat Buah Manjakani Yang Membantu Wanita Cantik Luar Dalam. Confirm Suami Asyik Melekat Je

Published

on

Ini Khasiat Buah Manjakani Yang Membantu Wanita Cantik Luar Dalam. Confirm Suami Asyik Melekat Je

Merawat alat sulit wanita

Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan org4n intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot v4gina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang v4gina lebih anjal.

Buah majakani digunakan sebagai ubat perancang kehamilan

Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

Membersihkan bakteria

Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks

Buah manjakani memberi kenikmatan se ks

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan org4n intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan se ks.

  • Awet Muda – Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah Kencing Manis – Asid galik di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis dan lelah.
  • Mencegah k4nser payud4ra dan r4him – Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah d4da dan k4nser r4him.
  • Mencegah bau yang tidak diingini – Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.
  • Merawat otot-otot di dalam miss V – Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.
  • Mengurangkan lendir pada Miss V – Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak enak.
  • Membersihkan lendir h4id dan nifas – Astringen juga mampu menyerap lebihan d4rah h4id dan nifas.
  • Mengetatkan otot – Astringen juga mengetatkan semula otot- otot di dalam Miss V terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikan kulit – Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat – Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas
  • Merawat payud4ra – Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payud4ra yang kendur.
  • Gigi dan tulang – Kalsium dalam buah manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut – Astringen dalam buah manjakani dapat menjaga kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak – Astringen juga dapat merawat kulit kering dan berminyak.
    Melancarkan pembuangan air besar – Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein
  • mampu meningkatkan kesihatan anda.
Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Published

on

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Tidak dinafikan ramai kaum wanita menyimpan niat untuk membeli emas. Emas diibarat sebagai kawan baik dan menjadi aksesori wajib ada pada setiap wanita. Malah nilai emas yang sentiasa meningkat menjadi satu pelaburan terbaik jika terdesak.

Perkongsian dari laman sosial facebook dari Chienta Mul’aien II ini yang memberitahu cara terbaik terutama buat surirumah untuk memperoleh barangan emas ini setiap tahun. Menurutnya dia telah menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasilnya pada hujung tahun akan membeli emas sebagai satu pelaburan terbaik untuk masa depan.

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Ini Caranya:

Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.
Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung. Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.

Kena disiplin menyimpan duit setiap hari.

Hasilnya:

Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.

Cabarannya:

Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan. Saya tidak marah dengan perlian berkenaan kerana hasil menabung ada juga faedahnya. Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana hasil dari duit menyimpan selama setahun.

Kebaikan Lain:

Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.
Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelli emas kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.

Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tukang Urut Kongsi 4 Tempat Urutan Yang Diperlukan Kaum Wanita, Cegah Sebelum Sakit Teruk

Published

on

Tukang Urut Kongsi 4 Tempat Urutan Yang Diperlukan Kaum Wanita, Cegah Sebelum Sakit Teruk

Percaya atau tidak, urutan yang bagus mampu hilangkan tekanan harian kaum mak-mak. Sebenarnya bukan percutian dan membeli belah saja yang patut anda dahulukan, kalau sesekali dapat curi peluang pergi spa atau berurut, anda akan dapat hasilnya dan rasa puas satu badan. Tetapi bahagian mana yang patut anda urut? Nak tahu lebih jelas, anda boleh semak perkongsian daripada tukang urut, Emy Haznida Hazairul Sham ini.

Sis akan share tentang jenis urutan yang diperlukan seorang perempuan. Of course sebagai seorang perempuan (tambahan yang dah mempunyai anak), akan mengalami keletihan yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Ok, penat yang sis maksudkan bukan penat mental (tu dah satu hal), tapi yang ini more to physical exausted.

Walaupun seorang perempuan itu belum berkahwin atau melahirkan anak sekalipun, badan tetap akan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Sesekali, korang kena trust your body. Bila dah mula rasa letih, jangan diabaikan (which is mmg selalu kita buat), atas alasan tak ada masa dan tak penting.

Mengurut ni terapi paling simple yang boleh anda buat. Pasang lilin atau penggunaan minyak pati aromaterapi memang membantu, tetapi kalau korang memerlukan ruang dan masa untuk berehat sambil dimanjakan, urutan adalah pilihan paling tepat. Ok, ini sis listkan beberapa urutan yang diperlukan oleh seseorg wanita gitchewww:

1. Kaki

Kalau tak sempat nak mengurut whole body, ambillah lebih kurang 30 minit untuk mengurut kaki. Semua stres badan ditanggung oleh kaki okay, sebab itulah bila kita mengurut, akan dimulakan dari kaki. Biasanya, bahagian ini jugaklah yang mempunyai banyak angin dan urat bersimpul. Bahagian kaki yang paling stres adalah betis dan celah peha.

Wanita dah bersalin khususnya, sakit di celahan peha ketika diurut adalah normal sebab uratnya bersangkut paut dengan rahim kita. Satu lagi kawasan azab sakitnya jika diurut pada kaki adalah bahagian belakang pelipat lutut. Jika anda obes atau seorang yang aktif, maka bersiap sedialah untuk merasai kesakitan ketika angin dan urat bersimpul dibetulkan semasa diurut.

2. Bahagian pinggang dan belakang badan

Normal sangat untuk rasa sakit pada kedua bahagian ini. Especially kalau korang jenis lasak dan main taram angkat barang-barang berat. Atau korang sejenis yang aktif dan suka buat aktiviti fizikal macam hiking ke, berzumba ke, atau apa saja aktiviti kecergasan yang mencabar kemampuan tubuh. Jangan pulak tak exercise lepas baca ni, actually semua aktiviti tu sangat bagus untuk memberi ruang kepada tubuh untuk recharge tetapi haruslah dilegakan dengan urutan. Jadi, tak adalah kes sakit badan and that’s it! Esok tak moh dah aku exercise. Tapi janganlah right after korang menggasak badan tu, hari tu jugak korang pi mengurut, terkujatlah urat-urat tu. Sebaiknya tunggulah 24-36 jam sebelum nak berurut.

Lagi satu, sakit pinggang ini normal kalau seorang perempuan tu selalu mendukung ank. Come on, kadang-kadang kita anak 4-5 tahun pun still berdukung. Betui dak? Terutama waktu nak mandikan ank atau nak hantar nurseri, memang akan berdukung. Lebih parah, kalau korang atau pengasuh duduk rumah tinggi, lagi melengkung tulang belakang tu. Jadi, biasanya kalau mengurut bahagian ini, ada beberapa point yang akan diberi perhatian lebih supaya korg akan lebih lega.

3. Bahu dan belikat

Selalunya yang akan rasa sakit pada bahagian ini adalah orang yang selalu menghadap komputer, photographer atau videographer misalnya, dan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian seperti tukang masak, baker ke atau tailor. Haaa.. Tak sangka kan?

Dok tatap skrin komputer dari pagi sampai petang tanpa merehatkan diri memang antara punca kenapa bahu dan belikat tu selalu sakit. Yang menjahit tu pulak asyik menunduk, yang memasak pulak banyak menggerakkan upper body, sebab itulah korang selalu sakit bahagian itu. Untuk melegakan bahagian ini, selalunya tekanan ketika mengurut akan dibuat pada bahagian belakang tengkuk, membawa ke atas bahu dan ditarik ke bahagian belikat.

4. Kepala

Ok, urutan kepala ni pun penting. Tapi takdelah ditekan-tekan macam mengurut badan. Selalunya orang perempuan ni mudah sakit kepala atau pusing-pusing, jadi penyelesaiannya, sapu minyak cap kapak kan?

Bila korg selalu sakit kepala dan masih tidak kronik, itu tidak semestinya migrain. Boleh jadi korang terlalu letih dan banyak berfikir menyebabkan urat di sekitar T zone stres dan menggalakkan rasa sakit kepala. Biasanya urutan kepala ni akan dimulakan dengan memberi kelegaan pada T zone dan atas kening, kemudian dahi. Lepas tu, barulah urutan lembut atas kepala akan dibuat. Tapi urutannya tu ada cara yang betul untuk dibuat.

Kalau korang rasa kepala berat sangat, sis cadangkan korang basuh kepala dan bersyampu macam biasa. Sebelum membasahkan kepala, jirus air pada bahagian kaki ke betis dan seluruh badan. Biarkan sekejap, korang akn dapat rasa macam wap keluar, lepas tu barulah basahkan kepala dan mandi macam biasa k!

Untuk next post, in sha Allah sis akan cerita tentang urutan kegemaran perempuan (dan penting juga ya), yang berkait dengan batin. Tq sebab sudi baca post sis dengan tabah.

Continue Reading

Trending