Apa Maksud Tarikh Luput Pada MySejahtera Selepas Ambil Vaksin?, Ini Jawapan Sebenarnya

Vaksin adalah salah satu langkah untuk membendung wabak pandemik COVID-19 daripada terus berleluasa. Disebabkan itu, pihak kerajaan telah menjalankan kempen vaksinasi untuk seluruh rakyat Malaysia bagi membendung wabak ini.

Pasti ramai yang menyedari bahawa terdapat tarikh luput yang tertera pada aplikasi MySejahtera sesudah mereka divaksinasi. Namun tahukah anda apa sebenarnya maksud tarikh luput tersebut.

Menurut satu ciapan daripada akaun Twitter rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV), tarikh luput tersebut bermaksud jangka hayat yang disyorkan khusus untuk kumpulan vaksin yang diberikan kepada anda.

Tambahannya lagi, tarikh luput tersebut tidak ada sebarang kaitan dengan dos kedua vaksinasi anda.

 

Sumber: JKJAV

Vaksin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jonas Salk, pelopor vaksin polio, memegang dua botol kultur yang digunakan untuk menghasilkan vaksinnya yang begitu berjaya pada tahun 1955.

Vaksin ([vak.sin], Jawi: ‏ۏکسين‎‎) ialah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai mikroorganisma penyebab penyakit, ia sering diperolehi sama ada daripada mikroba yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun-racunnya yang terhasil mahupun salah satu protein permukaannya.

Agen tersebut merangsang sistem imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman, menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua mikroorganisma yang ditemuinya di lain masa.

Vaksin boleh bersifat profilaktik (mencegah atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan akan datang dengan apa-apa patogen asli atau “liar”) mahupun terapi (vaksin melawan kanser sedang diselidiki, misalnya).

Proses pengendalian vaksin ke dalam badan dikenali sebagai vaksinasi (atau pemvaksinan). Keberkesanan vaksinasi telah lama dikaji secara menyeluruh serta diberikan pengesahannya, seperti pada vaksin influenza,[1] vaksin HPV[2] serta vaksin cacar air.[3] Kaedah ini dilihat merupakan suatu langkah pencegahan penyakit yang paling efektif.

Sebuah laporan hasil Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak dua puluh jenis jangkitan dapat dikawal serta dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang berlesen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*