Connect with us

Motivasi

Ayah Langsung Tak Pernah Solat Tapi Bila Ayah Meningg4l Kami Jadi Rajin Solat Disebabkan Ayah

Published

on

ayah tak pernah solat

Ayah Langsung Tak Pernah Solat Tapi Bila Ayah Meningg4l Kami Jadi Rajin Solat Disebabkan Ayah

Assalamualaikum semua. Nama panggilan aku Caje. Maaf aku tak tau nak mula dari mana jadi kalau serabut sikit, maaf ye. Aku nak ceritakan tentang hidup aku yang tak pernah solat sejak aku kecil lagi tapi orang sekeliling aku macam endah tak endah dan benda ni dah jadi biasa untuk aku dan 4 adik-beradik aku yang lain. Buat pengetahuan korang, ayah aku pun tak solat. Dalam keluarga kami, siapa yang solat? IBU aku saje yang solat.

Aku tahu ni aib keluarga aku. Aku tahu tak baik buka aib keluarga sendiri. Tapi aku nak korang jadikan cerita aku ni sebagai pengajaran untuk semua supaya tak jadi bo doh macam aku. Tak jadi bo doh macam keluarga aku. Aku bukan tak pernah tahu yang solat itu wajib. Kewajipan untuk seorang Muslim macam aku. Aku tahu semua tu tapi aku tak pernah nak buat. Aku rasa aku tak perlu solat. Dulu aku selalu cakap kenapa aku nak solat sedangkan ayah dan abang-abang aku pun tak solat? Aku tahu ramai yang sedih dengar bila aku cakap macam tu. Dulu, aku tak kisah.

Titik permulaan kesedaran aku bila ayah aku jatuh s4 kit. Ayah aku dah tua. Umur dia 63 tahun. Ayah aku memang keta gih ro kok dan alko hol. Bukan itu saje, dia keta gih main ju di jugak. Kira pelengkap dosa-dosa besar ada dekat dia. Iye, dialah ayah aku. Seorang pero kok tegar, peminum a rak dan kaki ju di. Ayah aku disahkan menghi dap penya kit kan ser lidah dan pa ru-pa ru. Allah bayar cash dua penya kit teruk terus. Aku kesian ayah aku. Aku harap sangat ada titik-titik penyesalan sebelum dia meningg gal. Ye, dia mening gal du nia lepas 6 bulan menderi ta s4 kit tu.

Aku ingat lagi, masa ayah aku s4 kit teruk kira dah na zak dan nak mening gal, ibu aku je yang bacakan Yassin. Kami adik-beradik memang tak baca. Haa ada sorang lagi. Kakak ipar aku. Aku dan abang-abang aku nganga je lah sebelah ayah aku. Mendoakan dia dari dalam hati. Bertapa bo doh dan malangnya nasib ayah aku ada anak-anak macam kami. Setiap kali aku ingat benda ni aku se dih. Aku tak taulah mungkin teruk ayah aku masa dia na zak, entah apalah se tan dok bisik kat dia atau tutup telinga dia tambah pulak kami ni sikit pun tak usaha nak baca Yassin dekat dia. Bo dohnya aku.

Bila dia disahkan mening gal du nia, hospital settle semuanya. Aku dan kakak ipar aku balik. Kakak ipar aku je yang nampak alim sikit. Dia cakap kita kena siap-siap jena zah dekat rumah. Aku ingat jena zah terus tanam lepas settle dekat hospital, rupanya aku lupa ada solat jena zah. Aku pun ikut je lah. Ibu aku pulak dengan abang-abang aku tolong pihak hospital untuk mandikan jena zah ayah aku. Aku ingat lagi bertapa tenangnya ibu aku. Setitik pun takde air mata. Aku terus ke rumah dan ikut je kak ipar aku pergi bagitau orang-orang surau jugak.

Ini lagi satu hal. Sampai surau nak bagitau ada jena zah nak datang, bila sebut nama ayah aku terus semua orang pelik macam tak pernah dengar nama ayah aku. Sedangkan rumah kami selang berapa laluan je kot dari surau. Bila aku sebut nama ibu aku barulah diorang tahu, ohh laki si polan ni. Aku ingat ni meleleh air mata aku.

Kak ipar aku siap-siap rumah, tutup TV dengan kain, kemas-kemas rumah, nampak ada kain putih balut katil bujang dekat bilik abang aku. Dan aku tolong dia angkat letak dekat depan. Aku pun tak tahulah untuk apa. Aku ikut je. Lepas tu, dia keluar pergi rumah ke rumah cakap bapak mertua dia dah mening gal. Dia suruh aku tunggu dekat rumah, takut jena zah sampai. Tak lama lepas tu aku dengar surau buat pengumuman yang ada jena zah bakal tiba kemungkinan lepas Asar. Aku terharu sangat dengan usaha kak ipar aku. Dalam 5 minit penuh rumah aku. Ya Allah, semua makcik-makcik yang datang aku tak pernah jumpa datang baca Yassin. Aku sambut je semua.

Sejam kami tunggu jena zah sampai di surau. Imam cakap tak perlulah bawa ke rumah. Terus sembahyangkan di surau lepas tu kebu mi terus. Kami semua ke surau nak tengok jena zah ayah buat kali terakhir. Aku nampak abang-abang aku angkat ayah aku dengan air mata meleleh dekat pipi. Bila jena zah dah ada dalam masjid, imam pun tanya siapa anak si ma ti?

Aku nampak abang-abang aku pun ke depan lah mengaku. Imam cakap kalau ramai anak lelakinya lebih baik antara kamu yang jadi imam solat jena zah. Allah! Terduduk ibu. Abang-abang aku semua tunduk. Ya semua, abang-abang aku tak pernah solat. Solat Jumaat pun boleh kira dengan jari, inikan solat jena zah??

Mungkin sebab tengok abang-abang aku diam dan tunduk je, imam tak tunggu lama terus cakap takpe dia akan imamkan solat jena zah ni dan semua boleh ikut. Aku lega imam tak memaksa. Aku tahu abang-abang aku malu. Bukan sikit orang yang ada dekat surau. Waktu tu baru habis solat Asar. Jadi agak ramai orang di surau. Waktu imam mulakan solat jena zah baru aku nampak ibu menangis. Aku tak tahu tangisan ibu sebab ayah dah takde atau sebab anak-anaknya tak dapat imamkan jena zah ayah diorang. Tapi yang aku tahu ibu sedih sangat. Basah tudung ibu. Maafkan caje dan abang-abang bu.

Selesai je solat jena zah, jena zah ayah aku terus di bawa ke ku bur. Aku tak tahu macam mana proses tu jadi cepat je sebab liang ku bur pun dah ada orang siapkan. Imam semua bersedia untuk bacakan talkin. Masa ni orang dah tak ramai. Aku rasa sedih, ayah macam takde ahli keluarga sedangkan dia ada 8 adik-beradik. Semua masih hidup. Lagi-lagi ayah ni anak sulung. Adik-adik dia sorang pun tak muncul walaupun aku nampak abang sulung aku ada post dekat whatsapp group yang ayah dah mening gal.

Tinggallah orang surau beberapa kerat dan aku, abang-abang, kak ipar dan ibu. Masa tengah baca talkin, hujan turun lebat. Alhamdulillah takde lah sampai banjir ku bur ayah. Ayah selamat dikebu mikan.

Bila dah kebu mikan, ibu minta diting galkan di ku bur. Aku ambilkan payung dan aku gerak balik rumah sebab ibu cakap nak duduk sorang-sorang je dekat situ. Mungkin ambil saat-saat terakhir dengan ayah. Aku ingat lagi dah jauh sikit dekat pagar kawasan ku bur tu aku pandang ibu. Ibu macam tengah cakap something sambil menangis. Kesian ibu. Mungkin ada luahan terakhir ibu sebelum ibu tinggalkan ku bur ayah. Aku balik rumah waktu tu nak masuk Maghrib.

Aku nampak abang-abang aku pakai kopiah dan songkok. Pakai kain pelikat. Aku perasan, kain pelikat ayah tu! Ya Allah tiba-tiba aku jadi sebak sangat. Sedih sangat. Ayah dah takde. Ayah yang aku asyik salahkan sebab tak pernah bagi teladan yang baik dengan anak dia dah takde.

Rumah kami dah kosong. Abang-abang aku semua tunduk. Lama diam, sorang abang aku bersuara.. Kenapa kita ni teruk sangat? Kenapa kalau ayah tak ajar pun kenapa kita taknak cari sendiri ilmu agama tu? Kenapa caje? Abang tanya aku. Aku tak tau nak jawab apa. Masa ni aku sedar sangat aku tak patut salahkan ayah aku dulu. Walaupun seburuk mana pun ayah aku, itu bukan alasan untuk aku pun jadi teruk. Aku ada telinga untuk dengar ceramah agama, aku ada mata untuk tengok bait-bait Quran, aku ada mulut untuk baca Quran dan aku ada tenaga, fizikal yang sempurna untuk tunaikan solat.

Solat? Ye semua, aku tak pernah solat. Aku tahu abang-abang aku menyesal. Menyesal tak dapat mandikan jena zah dengan sempurna (aku dengar dari abang aku jugak yang diorang tengok je tak reti nak mandikan), tak dapat imamkan solat jena zah ayah dan yang paling penting, kami macam takde amalan apa pun untuk ayah bawa dalam ku bur. Allah…

Semua, aku harap korang ambil lah iktibar dari cerita aku ni. Aku dah tengok pengakhiran hidup ayah aku. Korang nak ke pengakhiran ayah korang macam ayah aku? Seteruk mana pun ayah korang, tolonglah korang jangan lebih-lebih lagi jadi teruk. Korang sendiri kena sedar dan tahu yang mana baik dan buruk. Ayah aku ada 4 orang anak lelaki. Bayangkan ye, sorang pun tak dapat nak imamkan solat jena zah ayah aku.

Kalau aku pun anak lelaki ayah, confirm, aku pun tak boleh nak buat sebab aku tak tahu. Tolong korang, tolong sangat. Solatlah. Alhamdulillah, lepas ayah dah takde, kami semua solat. Abang-abang aku mula ke surau solat jemaah. Diorang mulakan dengan solat Maghrib je. Yang lain tu semua di rumah tapi cuba jugak solat walaupun berat. Ada lah ke laut mula-mula tapi bila ibu keluarkan cerita ayah semua menangis.

Ayah, sungguh caje nak jadi anak yang baik untuk ayah. Caje akan berubah, caje nak doa banyak-banyak untuk ayah. Caje nak ayah tak disek sa dekat bawah sana. Caje takut. Caje sayang sangat dekat ayah.. Allah, ampunkanlah dosa ayahku. Aku sepatutnya dihukum juga, sebab aku sudah cukup besar untuk tahu hukum dosa pahala dan kewajipan solat. Jika ayah tak tegur aku solat, sepatutnya aku tegur jugak ayah untuk solat. Aku menyesal. Aku sangat-sangat menyesal ya Allah!

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Motivasi

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Published

on

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga.

Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua. Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.

Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.

Tidak wajar seorang isteri orang lain makan bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.

Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.

Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.

Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?

Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.

Nauzubillahiminzalik.

Jagalah Adab Sepatutnya

Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.

Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.

Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.

Jujur Dengan Pasangan

Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan makan bersama. Melepak bersama bila ada waktu kosong.

Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar. Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur. Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber: Muhamad Afif Idris

Continue Reading

Motivasi

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Published

on

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita. Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik,bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat.

Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah

Continue Reading

Trending