Connect with us

Terkini

Bayi 6 Bulan Disahkan Covid-19 Lepas Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan Jantung

Published

on

Bayi 6 Bulan Disahkan Covid-19 Lepas Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan Jantung

Dugaan bertali arus, seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang baru selesai bertarung nyawa menjalani pembedahan jantung, kini disahkan positif Covid-19.

Erin Bates difahamkan telah menderita komplikasi jantung sejak lahir lagi, dan terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Erin disahkan Covid-19

Tamparan hebat buat kedua ibu bapa Erin, baru sahaja menarik nafas lega Erin selamat menjalani pembedahan, kini terpaksa menempuh dugaan mengharapkan bayi mereka selamat daripada Covid-19.

Kini, Erin perlu menggunakan mesin bantuan pernafasan (ventilator) di Hospital Kanak-Kanak Alder Hey di Liverpool, dan kini dijaga oleh ibunya, Emma Bates di hospital.

Doakan Erin mampu bertahan

Sementara bapanya terpaksa kuarantin diri di rumah di Great Manchester kerana beliau merupakan kontak rapat dengan anaknya berusia 6 bulan itu.

Berikutan itu, Bates meluahkan rasa kesal terhadap segelintir rakyat di Englan yang tidak cakna dengan arahan perintah berkurung Covid-19 oleh kerajaan.

“Namun masyarakat masih tidak mengambil serius, masih ada orang yang berada tepi pantai, beratur panjang membeli aiskrim dan berpusu-pusu seperti hari biasa tanpa ada rasa bimbang pada jangkitan Covid-19…”

Bapa luah kesal sikap orang ramai tak patuhi lockdown

Akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab orang lain, anaknya yang tidak berdosa terpaksa menanggung sakit.

“Sebelum perintah berkurung dilaksanakan, kami bimbang pergi ke pasar raya kerana risau akan risiko yang akan dihadapi bayi kami yang mudah dijangkiti virus…”

Sayu melihat keadaan bayi ini, semoga Erin mampu bertahan dan segera sembuh.

Sumber : Lancs Live

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Terkini

Ismail Sabri bagi jaminan, kali ini tiada keistimewaan kepada golongan ‘kayangan’ rentas negeri

Published

on

Dianggarkan 40,000 permohonan rentas negeri diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap hujung minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kuasa memberi kebenaran rentas negeri sudah diberikan sepenuhnya kepada PDRM untuk membuat pertimbangan.

Katanya, tiada keistimewaan dan pengecualian diberikan kepada sesiapa saja termasuk selebriti atau orang ternama untuk mendapat kebenaran merentas negeri.

“Kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan seperti sakit, kematian atau kerja namun perlu mengisi borang.

“Kesahihan alasan untuk rentas negeri menyebabkan sesetengah permohonan tidak dibenarkan polis,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sejak kebelakangan ini timbul pertikaian dalam kalangan masyarakat apabila individu terkenal seperti selebriti dan orang ternama diberi pelepasan merentas negeri.

Ia menimbulkan rasa kurang senang masyarakat yang menganggap arahan itu hanya tertakluk kepada rakyat biasa bukan golongan ‘kayangan’ seperti selebriti yang mendapat keistimewaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memutuskan SOP bekerja dari rumah untuk kakitangan awam manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti) bagi kakitangan swasta.

“Keputusan berhubung operasi kakitangan awam dan swasta bekerja dari rumah akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. – HM

Continue Reading

Terkini

‘Geng Kayangan, VVIP Rentas Tak Apa?’ – Netizen Kurang Setuju Hukum Haram Rentas Negeri

Published

on

Terdahulu, Datuk Dr. Luqman Abdullah Wilayah Persekutuan memberitahu bahawa haram pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melanggar larangan merentas negeri.

Hal ini perlu dilihat berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkaitan wabak penyakit taun.

Rakyat Malaysia emosi

Datuk Dr. Luqman Abdullah memetik laporan Berita Harian sebagai mengatakan bahawa dalam Hadis, Rasulullah SAW juga menyebutkan bahawa jika manusia mendengar berita penyebaran penyakit, mereka harus menghindari pergi ke suatu tempat. Begitu juga, orang yang sudah berada di lokasi tidak boleh meninggalkan kawasan itu.

Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram. Dalam media baru-baru ini ada kes tipu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan menipu surat (kebenaran).

Walaupun begitu, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan keadaan negara ketika ini. Di bahagian komen Facebook BH Online, netizen mengakui bahawa larangan merentas antara negeri adalah keputusan yang tidak boleh diterima, terutama bagi mereka yang sudah beberapa bulan tidak melihat ahli keluarga mereka.

Tak dapat digambarkan perasaan rindu yang terbuku di hati. Malah, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa ada sesetengah pihak telah menggunakan layanan ‘double standard’ ke atas golongan ‘kayangan’ dan rakyat marhaen. Menurut mereka, itu adalah satu perkara yang tidak sewajarnya dilakukan dan setiap rakyat Malaysia perlu dilayan secara adil dan saksama.

‘Harap kampung tak pindah tempat lain’

Sumber: Facebook BH Online

Continue Reading

Terkini

Netizen dakwa Neelofa rentas negeri ‘shopping’ karpet di Nilai 3?

Published

on

Belum sempat reda mengenai isu kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP), laman sosial Twitter kembali kecoh apabila netizen mendakwa usahawan dan selebriti popular Neelofa sekali lagi merentas negeri.

Seorang pengguna Twitter, @paedrazip memuat naik dua tangkapan skrin daripada video InstaStory milik Neelofa memaparkan selebriti berusia 32 tahun itu dan suaminya Haris Ismail berkunjung ke sebuah kedai karpet.

Cari karpet kat Nilai 3 ke tu?

Seorang lagi pengguna Twitter, @IzzatiEmylia turut mempersoalkan tindakan bekas pengacara MeleTOP itu sekiranya ‘mendapat kebenaran’ untuk membeli karpet di lokasi berkenaan.

Kedai karpet tu hanya di beberapa lokasi…

Berdasarkan siasatan warganet termasuk reka bentuk kedai, mereka mendakwa pasangan itu mengunjungi cawangan yang terletak di Nilai 3 walaupun terdapat cawangan lain seperti di Setapak, Kuala Lumpur serta Johor dan Brunei.

WhatsApp orang kedai, katanya video tu kat Nilai?

Bagaimanapun, menerusi pencarian di akaun Instagram, difahamkan Neelofa telah memadam video yang memaparkan lelaki itu dipercayai pemilik kedai karpet tersebut.

Berikutan itu, netizen mula mempertikai tindakan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor yang memadam video tersebut sekiranya dia dan suami tidak melakukan kesalahan seperti didakwa orang ramai.

Dakwaan lain…

Terdahulu, Neelofa dan suaminya yang lebih dikenali sebagai PU Riz, masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berhubung majlis pernikahan mereka.

Selain itu, ahli keluarga turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal mempraktikkan penjarakan fizikal sewaktu berlangsung majlis akad nikah pada Mac lalu.

Sumber: Twitter @paedrazip & @IzzatiEmylia

Continue Reading

Trending