(Video) Beregu lelaki negara, Aaron-Wooi Yik benam Indonesia raih gangsa

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan sebentar tadi.

Pada aksi penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Musashino Forest Sports Plaza itu, mereka menampilkan aksi cukup bertenaga untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-17, 21-14.

Lebih manis, kemenangan itu turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya menebus kekalahan kepada gandingan No.2 dunia itu dalam saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Sebagai rekod, keputusan tersebut merupakan kemenangan kedua yang dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas Ahsan-Setiawan selepas mereka bertemu sebanyak sembilan kali termasuk aksi malam ini. – K! ONLINE

Video:

Badminton
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*