Berhibur & berkaraoke dalam balai polis, lapan ditahan termasuk ketua balai

Tindakan ketua balai po.lis (OCS) bersama tiga anggotanya berkaraoke sambil menari dalam sebuah bilik di balai po.lis dalam daerah Kajang mengundang padah apabila mereka ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, petang semalam.

Ketua balai yang berpangkat sub inspektor itu ditahan bersama dua anggota berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ketika berhibur bersama empat wanita tempatan (orang awam) berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Semasa serbuan dijalankan, sebahagian daripada mereka dikatakan sedang menari dan berkaraoke sambil menikmati minuman keras serta air ketum di dalam bilik gelap yang dipasang lampu warna warni umpama ‘dalam bilik disko’.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, pasukan JIPS membuat serbuan ke balai po.lis yang berada di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Po.lis Daerah (IPD) Kajang itu sekitar pukul 3 petang sejurus menerima maklumat berhubung kegiatan itu.

“Ketika serbuan dijalankan kesemua individu itu termasuk ketua balai berusia 55 tahun didapati sedang berhibur dalam sebuah bilik pentadbiran di tingkat satu.

“Kita membuat tangkapan atas maklumat salah laku dan perbuatan anggota po.lis dan orang awam berhibur itu jelas menyalahi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayakan nyawa,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan atau SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*