Connect with us

Tips Bermanfaat

Betul Ke Kalau Letak Botol Air Sirap, Kucing Takut Nak Datang Ke Rumah Tu?

Published

on

botol merah halau kucing

Betul Ke Kalau Letak Botol Air Sirap, Kucing Takut Nak Datang Ke Rumah Tu?

Tak ramai yang gemar dengan kucing, sehingga memaksa mereka untuk menggunakan pelbagai cara untuk menghalang haiwan ini daripada datang melawat kawasan mereka.

Antara cara yang sering digunakan adalah dengan meletakkan botol air sirap di sekitar halaman rumah.

Namun begitu, adakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk menakutkan kucing, atau hanya sekadar mitos?

Memetik hantaran daripada portal Cats Away, antara signifikan meletakkan botol air sirap dengan menakutkan kucing ini adalah kerana kucing akan melihat pantulan wajahnya lebih besar dari dalam botol, membuatkan kucing rasa takut dan tidak lagi menghampiri botol berkenaan.

botol merah halau kucing

Selain air sirap, penduduk di negara Jepun meletakkan botol air kosong dikawasan laman rumah mereka. Walaubagaimana pun, kaedah meletakkan botol ini dilihat tidak berkesan kepada sesetengah kucing, malah ada yang menendang botol sirap itu tanpa mempedulikannya.

PETUA ORANG LAMA ELAK KUCING BERAK/KENCING MERATA

Assalamualaikum, aduh stressnya pagi ni bila tengok kucing berak depan rumah. Habis selipar kena air kencing. Nasib baik tahi dah kering. BBL syak ni mesti kucing size kecik. Btw ni kali ke 2 kejadian ni. Tak pasal-pasal kena simbah air bagi hilang bau depan rumah.

So kalu korang pernah atau sedang alami situasi sama ni ada petua dan cara nak elak kejadian kucing berak kawasan rumah anda.

1. Letak botol air merah

Isi air paip dalam botol air, masukkan 2 3 titik sirap merah dan goncang. Susun la banyak mana korang nak letak. Orang lama cakap kucing sangat takut dengan botol warna merah. So dorang akan avoid berak/kencing kat tempat warna merah ni. Tak sure betul atau tak.

2. Cat Repellent

Cara seterusnya korang boleh beli Cat Repellent kat Daiso harga RM6.80 sepeket. Lepas tu letak kat tempat kucing selalu berak/kencing. Insyallah makhluk berbulus ni takut nak berak kat port tu.

3. Bancuh cuka makanan dengan softener

Ha! tips ni BBL jumpa dalam twitter. Mudah je nak buat:

  1. 7-10 titis cuka makan dalam botol spray (maybe bau masam & busuk so kucing tak berkenan nak berak/kencing kat tempat sembur tu)
  2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah brand apa pun untuk bagi wangi sikit sebab kalu spray cuka makan saje risau jadi busuk)
  3. Campur air paip (agak-agak sampai penuh botol spray)
  4. Spray sesedap hati kat tempat port kucing berak/kencing tu
  5. Boleh spray setiap 2 hari sekali atau kalu rajin spray je hari-hari.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bermanfaat

Cara Merawat Penyakit Kurap Kucing Dengan Kunyit Hidup

Published

on

Cara Merawat Penyakit Kurap Kucing Dengan Kunyit Hidup

Betul lah orang kata bela kucing ni memang seronok. Boleh jadi peneman dan pendengar yang setia kita. Tapi rasanya itu bila kita bela seekor je, kalau ada lebih dari dua ekor tu selalunya dia akan buat tak tahu je dengan kita. Nak makan baru datang buat-buat manja.

Siapa ada pengalaman macam ni? Mesti rasa sakit je hati kan. Sama la kami pun melalui perkara yang sama. Sabar je lah. Penjagaan kucing ni memang agak renyah sikit ye, makanana, tempat tidur dan segala penyakit dia kena jaga. Tapi dalam banyak-banyak hal sekali bila jadi luka atau kurap pada badan kucing.

Masalah Kurap Kucing Bukan Isu Remeh!

Masalah ni cukup popular dikalangan kucing-kucing ye. Kadang-kadang kesian tengok sampai togel, dari berbulu lebat hilang sampai tinggal nampak kulit je.

Disini kami ingin kongsikan petua untuk merawat luka, kudis atau kurap pada kucing anda.

Caranya mudah sahaja, ambil kunyit hidup kemudian tumbuk sehingga lumat dan sapukan pada bahagian yang berpenyakit tu. Sapukan selang sehari sahaja InshaAllah selepas 2 minggu penyakit tu akan sembuh dan bulu-bulunya akan tumbuh semula.

Tapi kalau penyakitnya itu kelihatan teruk sangat sebaiknya bawa lah kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan dulu. Semoga si comel anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa apabila kurap kucing ini sudah dapat dirawati. Selamat mencuba!

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tanam Daun Pudina Di Rumah. Guna Cara Hidroponik, Mudah & Menjimatkan!

Published

on

Tanam Daun Pudina Di Rumah. Guna Cara Hidroponik, Mudah & Menjimatkan!

DAUN pudina merupakan salah satu daun yang bole dimakan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga sebagai ulam dengan sambal.

Daun pudina juga boleh dimasukkan sekali dalam air sirap kerana aromanya yang cukup harum

Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.

Cara yang dikongsikan oleh puan Raudzah Arippin ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk tanam daun pudina di rumah. Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube. Ini gambar terbaru. Cantik kan?

Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.

Ok, kalau mahu cuba tanam daun pudina boleh ikut langkah-langkah berikut ini:

1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.

2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.

3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.

4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.

5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.

6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)

7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.

Ni lah hasilnya tuan-tuan dan puan-puan. Di bawah merupakan serba sedikit kebaikan daun pudina. Memang terbaik!

  • Daun pudina banyak digunakan dalam produk seperti ubat gigi, ubat pencuci mulut atau gula-gula getah. Selain baunya yang sedap, daun pudina turut mempunyai sifat antibakteria yang boleh membunuh kuman atau bakteria pada plak gigi seterusnya menyegarkan nafas.
  • Teh pudina adalah antara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
  • Sebagai perangsang dan dapat membantu proses penghadaman.
  • Minyak pudina juga turut mampu melegakan sakit kepala seperti jenis tegangan dan migrain. Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan mentol dalam minyak pudina yang boleh meningkatkan kadar aliran darah dan mendatangkan sensasi sejuk yang mungkin mengurangkan kesakitan.
  • Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut seperti cramps dan colic, ia menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  • Khasiat daun pudina turut dikaitkan dengan kebolehan mengurangkan alahan. Kandungan asid rosmarinic dalam pudina menjadikan ia mampu mengurangkan simptom atau gejala alahan seperti hidung berair, mata gatal atau asma
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  • Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
  • Minyak daun pudina mampu menghilangkan rasa loya.
  • Teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak. Secara tidak langsung melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan pada daun pudina yang kita tak tahu. Oleh tu, eloklah kita mengamalkan daun pudina dalam kehidupan kita. Rasanya sangat sedap dengan bau yang menyegarkan.

Sumber:  Raudzah Arippin

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Tips Bermanfaat

Resepi Cheese Cake Tom & Jerry Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Jadi Kegilaan Netizen

Published

on

Resepi Cheese Cake Tom & Jerry Sedap Dan Mudah Dibuat Ini Jadi Kegilaan Netizen

Setiap kali tular resipi baru yang menarik dan mudah untuk dibuat, pastinya ramai ingin mencubanya, bukan?

Bagi anda yang sering menoton kartun siri Tom & Jerry pastinya sering melihat keju yang dimakan oleh Jerry.

Tipulah jika anda tidak rasa tergoda dan terliur untuk mencubanya. Khas buat penggemar keju, resipi Tom & Jerry Cheese Cake yang sedap ini dikongsikan oleh pengguna Facebook NorhasLina Othman. Ayuh kita mulakan!

Bahan coklat luar untuk cheese cake:

500gm white compound coin, dan 2 hingga 3 titik pewarna kuning lemon.

Cara-cara membuat coklat luar:

  1. Double boilkan hingga cair, apabila sudah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan.
  2. Agak-agak sahaja, tidak nipis sangat tidak tebal sangat. Kemudian, bekukan sekejap dalam peti sejuk.

Bahan untuk cheese:

Bahagian A

400gm cream cheese, 300gm whipping cream, 50gm gula aising dan ½ perasa oren sunquick.

Bahagian B

50gm air suam dan 1½ tbsp gelatin.

Cara-cara membuatnya:

  1. Campur cream cheese bagi nampak licin. Kemudian, masukkan gula dan perasa sunquick gaul hingga sebati. Akhir sekali, masukkan whipping cream gaul sampai sebati dan kental.
  2. Campurkan air suam dan gelatin sampai larut. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bahagian A. Gaul sebati guna sepatula.

P/s: Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak sahaja kek Apollo 30sen itu. Tidak letak kek pun ok juga terpulang pada citarasa masing-masing.

Mudah sahaja rupanya nak buat kek ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Trending