Bina Benteng Pertahanan Diri Dengan Mengamalkan Surah Ini

benteng pertahanan diri

Surah Al-Muawwizat yang lebih dikenali sebagai 3 Qul adalah surah-surah yang terdiri daripada Surah Al-Ikhlas (112), surah Al-Falaq (113) dan surah An-Naas (114). Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan Al-Muawwizat adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul Bari 9/62)

surah al muawizzat

Keistimewaan dan khasiatnya mengamalkan Surah Al-Muawwizat adalah:

  • Pelindung / pendinding diri.
  • Penyembuh segala penyakit zahir dan batin.
  • Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
  • Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
  • Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.

Selepas hampir setahun tak mendapat kehidupan yang menyenangkan, wanita ini mula membaca amalan surah Al Muawwizat yang diajar oleh seorang ustaz. Amalan ini melindungi dirinya daripada perkara-perkara mistik yang menghantui dirinya.

Inilah perkongsian daripada Linda Sein yang boleh diguna pakai untuk semua. Sebabnya memang agak menyeromkan apabila hal-hal mistik sebegini jadi kat diri sendiri. Dah hampir setahun otak rasa gelong. Online kejap jer terus rasa nak muntah, rasa nak pytam, menguap malah mengantuk macam baru lepas telan sebotoi obat batuk cap ibu bapak. Eh!

Pi berubat sana cakap lagu tu, pi berubat sini cakap lagu ni. Kesimpulannya, hasad dengki orang lain iri HATI. Hmmm… Start dari tu, siang malam kita ni ikut apa kata ustaz. Ikhtiar selagi mampu.Dari malam bawak ke siang. Dari tenggelamnya matahari sampai timbulnya bulan. Tidoq tak cukup. Pejam mata dalam keadaan TAKUT.

Aku main hantam baca memacam ayat, ada sampai tahap baca yassin 2 kali teruih. Ish ish penakot yarabbi aku ni. Yerlah walaupun laki aku pak haji yang kerjanya ulang alik Malaysia – Saudi, tapi aku ni bukan lah alim sangat. Ada sesetengah ayat aku taktau pon maksud sebenaqnya.

Ini Yang Dialami Setiap Malam

Tiap malam. Jam 2:30 pagi-3:30 pagi.

Kejap-kejap bunyi guli jatuh depan pintu bilik tidoq, kejap-kejap bunyi tapak kaki anak kecik lari-lari kat dapoq. Kejap-kejap bunyik duit syiling berterabur kat bilik baju. Lantai sejenis Vinyl kayu pulak tu. Kompem la bunyi dia jadi sangat menyeramkan. Cisss! (Dok type ni pon meremang oi) Menduga keimanan aku betoi.

Sampai tahap mata aku yang cantik dan berseri tu dan berubah jadi lebam bak mata si kungfu panda. Geng-geng urat stress pon pakat sepakat membawa berkat mai dok timboi kat kening seropa apa dah aku ni. Aiyo.

Maka. Aku pon terus ikhtiar. Dari selatan ke utagha. Dari kolumpoq ke perak, dari perak ke penang. Dari penang ke kedah. Masuk habis Cerok Nun padia aku pon tak besa sampai kampung tu aih.

Ustaz Ajarkan Cara Bina Benteng Pertahanan diri

Alhamdulillah. Aku jumpa seorang Ustaz. Mengadu dom ba. Ustaz tu ajaqkan beberapa amalan. Maka.. Berbuih la mulut aku dok amalkan al-muawwizat salah satu amalan BENTENG PETAHANAN diri dari hasad dengki yang Ustaz ajaq.

Caranya:

  • Baca surah Al-Ikhlas
  • Baca surah Al-Falaq
  • Baca surah An-Naas
  • Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
  • Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil hampa menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  • Amalkan sekali sebelum tidoq & selepas solat subuh setiap hari.Alhamdulillah.

Berhasil untuk aku. Walaupun syaitan dan jin tak putus asa dok mai jugak kacau aku dan anak-anak, makanya aku pon nekad tak mau dah dok jadi lemah dan tetap tak putus asa untuk ikhtiar lagi dan lagi. Yes. Sebab Allah lebih berkuasa. Aku yakin dengan Allah.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*