“Boleh Ke Mengamalkan Mazhab Lain Selain Mazhab Syafiee?” Ini Penjelasan Mufti Wilayah

mengamalkan mazhab lain

“Boleh Ke Mengamalkan Mazhab Lain Selain Mazhab Syafiee?” Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Ramai di antara kita mungkin pernah terfikir tentang beberapa soalan yang menjadi igauan mimpi seseorang. Sesetengah orang melihat tukar-tukar mazhab itu perkara biasa. Tetapi kita sebagai manusia yang lemah munkgin akan mudah terpengaruh.

Sebagai contoh, seorang lelaki di Twitter telah bertanyakan soalan yang selalu menjadi kekeliruan oleh masyarakat.

“Bolehkah kita mengamalkan mazhab selain dari Mazhab Syafiee…”
Ini jawapan yang dilontarkan oleh Mufti Wilayah, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dimuatnaik ciapan menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya melalui akaun Twitternya.

Boleh namun sebaiknya ikutlah satu mazhab yang menjadi pegangan rasmi satu-satu tempat. Berkata Syeikh Hasanain Makhluf: Maksudnya: Mazhab orang awam ialah fatwa muftinya yang diketahui keilmuannya dan keadilannya.

Maka, difahami apabila kita menetapkan satu mazhab dalam negara, tujuannya ialah untuk menyelesaikan isu dengan harmoni berdasarkan mazhab yang muktabar, yakni mazhab Syafie, agar khilaf tak berpanjangan dan menatijahkan perkara yang buruk, tanpa menafikan kewujudan mazhab lain.

Imam Syafie Pengasas Mazhab

Beliau adalah Muhammad bin Idris Assyafie Almuttalibi. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada moyangnya Abdu Manaf. Dilahirkan di Ghaza, Palestin, beliau dibawa kembali ke perkampungan keluarganya di Makkah. Sejak kecil beliau dihantar mempelajari ilmu bahasa Arab dan sasteranya dari qailah-qabilah arab. Seterusnya mempelajari ilmu agama dari ulamak Makkah seperti syaikh beliau Al-Imam Khalid bin Muslim Azzanjy. Al-Fudhail bin ‘Iyadh, Sufyan bin Uyaynah dan lainnya.

Beliau seterusnya meneruskan safar mencari ilmu di Madinah, dan belajar dengan Imam Malik sehingga menjadi pelajar terbaiknya. Kitab Al-Muwatta’ Imam Malik telah dihafalnya dalam tempoh tidak lebih dari 9 hari. Beliau telah belajar dari para ulamak Makkah dan Madinah dengan baik sehingga dalam usianya 18 tahun, beliau sudah layak memberi fatwa. Pakar Bahasa Arab seperti Al-Asma’i juga banyak mengambil manfaat darinya.

Beliau seterusnya pergi ke Iraq dan mengambil faedah dari Imam Muhammad bin Al-Hasan Assyaibani murid Imam Abu Hanifah. Di sana beliau mengarang kitabnya Al-Hujjah, dan mengumpulan padanya mazhabnya yang lama (qadim). Di Iraq juga, beberapa Imam besar telah belajar dari beliau, seprti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abi Tsaur.

Setelah itu beliau telah berpindah ke Mesir. Di sana, beliau telah mengubah pelbagai ijtihadnya dan memasyhurkan pendapatnya yang baru (mazhab/qaul jadid). Beliau juga telah menulis kitab agungnya Al-Umm dan kitab Usul Feqh pertama dalam sejarah Islam berjudul Ar-Risalah.

Imam Syafie diangkat sebagai Mujaddid kurun ke-2. Beliau telah menghimpukan ilmu antara ahli Hadis serta ahli ra’yi, menggariskan kaeda-kaedah ilmu usul feqh, selain dari ilmunya yang meluas dalam hadis, riwayat-riwayatnya, ahli-ahlinya, qur’an dan ulumnya, sejarah, syiir dan sastera, ilmu bahasa, serta wara’ , taqwa lagi zuhud pada dunia. Beliau telah wafat di Kaherah pada tahun 204H.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut: “Imam Syafie seperti matahari bagi dunia dan penyembuh bagi badan” dan “Feqh itu terkunci pada ahli-ahlinya sehingga Allah membukanya dengan Assyafie”.

Imam Abu Zur’ah pula ada menyebut: Aku tidak mengetahui seseorang yang lebih agung sumbangannya pada ahli Islam daripada As-Syafie.

Semoga Allah merahmatinya dan memanfaatkan kita dengan segala barakah, rahsia, ilmu dan cahaya beliau di dunia dan akhirat. Amin.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*