Buang Anak Di Pulau Terpencil Untuk Beri Pengajaran, Muak Dengan Sifat Kuat Tidur & Malas Ke Sekolah

Sepasang suami isteri yang dilaporkan muak dengan sifat memberontak anak perempuannya, telah membuang remaja itu di sebuah pulau yang tidak berpenghuni untuk memberikannya pengajaran, lapor The Sun.

Remaja yang berusia 13 tahun itu dikatakan ditemui oleh seorang nelayan di pulau yang terletak di wilayah Shandong setelah ibu dan bapanya membawanya ke sana.

Kisah tersebut dilaporkan telah mendapat liputan yang meluas oleh media China.

Ibu bapa remaja tersebut difahamkan telah membawa anak mereka itu ke pulau tersebut untuk mengajar remaja berkenaan tentang erti kesusahan hidup.

Remaja itu dikatakan malas untuk bersekolah dan hanya tidur di biliknya sepanjang hari.

Kerana gusar masa depannya menjadi sia-sia, ibu bapanya memutuskan untuk mengambil tindakan yang dramatik itu, lapor China Press.

Ibu dan bapanya pun terus membawanya ke pulau terpencil itu di mana dia ditemani oleh seorang pakar survival.

Namun selepas dua hari, remaja itu dilaporkan menemui seorang nelayan yang kemudiannya memanggil pihak polis.

Ketika pihak polis tiba, remaja itu dilaporkan memberitahu mereka: “Saya tak tahan.

“Mereka memaksa saya untuk tinggal di pulau ini.

“Saya hanya ada air dan biskut sahaja.”

Remaja itu menambah: “Saya tidak dapat menyalakan api. Tolong bawa saya ke darat.”

Polis kemudiannya mengarahkan ibu bapanya untuk membawa anak mereka itu pulang.

 

Sumber: The Sun

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*