Cacah tatu kekal sijil kahwin di lengan sebagai bukti cinta

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand menjadi tular di media sosial apabila mengabdikan sijil perkahwinannya sebagai tatu kekal di lengan kanannya, lapor portal Thaiger News, semalam.

Om-Aim Daraployphan memuat naik beberapa keping gambar lengan suaminya yang mencacah tatu sijil perkahwinan mereka di Facebook.

Lukisan tatu itu dihiasi bunga berwarna hijau dan merah jambu serta memenuhi hampir keseluruhan lengan kanan suaminya. Menurut Om-Aim pada hantarannya, dia berasa terharu atas kesanggupan suaminya mencacah sijil perkahwinan mereka sebagai tatu.

“Saya hanya perlukan seseorang yang tidak malu membuktikan cintanya dan bukan berwajah tampan semata-mata,” tulisnya.

Bagaimanapun, wanita itu tidak menyatakan sama ada dia juga akan melakukan perkara sama di lengannya.

Namun dia sempat bergurau jika mereka bercerai, tatu di lengan suaminya tidak akan dikira sebagai sijil sah.

Ini kerana menurutnya, biarpun mengandungi butiran serupa dengan sijil kahwin asal, ia tidak disertai dengan tandatangan dan bukan dikategorikan sebagai dokumen sah. – Agensi

Tatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seorang pahlawan Iban dengan cacahan pelbagai bentuk pada lengan dan belakangnya.

Tatu ialah tanda atau cacahan yang dibuat dengan memasukkan pigmen dakwat ke dalam kulit manusia atau haiwan. Cacahan sebegini pada manusia ialah bertujuan menghiasi tubuh pemakai, tetapi tatu pada haiwan selalunya digunakan untuk tujuan pengenalan.

Perbuatan bertatu diamalkan di seluruh dunia. Masyarakat Ainu, orang asli di Jepun memakai tatu muka. orang-orang Polinesia, sesetengah suku di Filipina, Borneo, Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Mesoamerika, Eropah, Kemboja dan China turut memakai tatu. Walaupun sering dikaitkan dengan pantang larang, tatu terus diamalkan dalam dunia moden.

Kata tatu berasal dari bahasa Tahiti di mana ia bererti “menandakan sesuatu”. Bahasa-bahasa Polinesia yang serumpun (di Samoa, Tonga dan sebagainya) turut mempunyai perkataan yang berbunyi hampir sama atau tepat dengan makna yang berpadanan (misalnya tatau yang merupakan akar kata bahasa Inggeris ‘”tattoo”.

Sejarah

Konsep pencacahan tubuh dalam kebudayaan dunia sudah lama didapati dan di seluruh pelusuk dunia. Menurut sejarah, cacahan tubuh sudah dilakukan sejak 3000 SM. Cacahan ditemukan untuk pertama kalinya pada sebuah mumia yang terdapat di Mesir, lalu kononnya difikirkan tersebar ke suku-suku di dunia, termasuk salah satunya suku Indian di Amerika Syarikat dan Polinesia di Asia, lalu berkembang ke seluruh suku-suku dunia salah satunya suku Dayak di Kalimantan.

Adat ini dikatakan mula menjadi masyhur dalam kalangan orang-orang Barat berikutan pelayaran Kapten James Cook ke kawasan Pasifik Selatan pada abad ke-18, di mana anak-anak kapal beliau dicacah oleh masyarakat peribumi di sana. Kegiatan ini mula diamalkan secara meluas dalam kalangan kelasi[3] namun lama kelamaan mula menjadi masyhur dalam kalangan orang kelas atasan temasuk kerabat diraja lewat tahun 1870-an, perbuatan ini sendirinya menjadi suatu penanda pembahagian kelas sosial di Britain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*