Cara Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki

Cara Hilangkan Kerak Kotoran Degil Pada Sinki

Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak. Apalagi kalau sinki bocor. Silap-silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang.

Selain tersumbat, sinki juga menjadi tempat pembiakan bakteria. Malah, jika tidak dicuci akan menyebabkan ia nampak kotor dan berkerak hitam.

Jom cuba petua ni untuk hilangkan kerak kotoran degil. Paling senang nak buat.

BAHAN-BAHAN:

  • Lemon
  • Garam

Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah yang diberikan ini.

1. Potong lemon seperti biasa.

2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.

3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak. Kotoran Degil

4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.

5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.

6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.

Selamat mencuba!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*