Cara Tanam Kentang Dalam Pasu Semudah ABC. Terjamin Segar Bebas Bahan Kimia

Cara Tanam Kentang Dalam Pasu Semudah ABC. Terjamin Segar Bebas Bahan Kimia

Tanam Kentang Dalam Pasu Saja, Puas Hari Dapat Makan Kentang Segar | Sekarang ramai yang minat bercucuk tanam, bagus lah macam tu kan. Selain bayam brazil, serai, daun kunyit, sawi yang senang ditanam di rumah, kita juga boleh cuba tanam kentang.

Ramai ingat tanam kentang macam perlu tanah luas, tapi sebenarnya tanam dalam pasu saja pun boleh.

Sebiji kentang mengandungi 620 miligram potasium iaitu lebih banyak daripada sebiji pisang berukuran sederhana. Dengan memiliki kandungan potasium yang tinggi, kentang dapat membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf ketika bersukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi

Macam yang dilakukan oleh Zienie G-nie geram tengok kentang segar hasil tuaiannya. Kalau ada yang nak cuba tanam kentang boleh ikut perkongsian beliau.

1. Ambil kentang, potong separuh. Cucuk lidi pada kentang pada 4 penjuru.

2. Sediakan bekas/ cawan kecil, tuang air separuh bekas. Masukkan kentang yang dipotong bersama lidi dalam cawan.

cara tanam kentang pasu

Tujuan lidi dicucuk untuk pastikan kentang tidak tenggelam dalam air. Biarkan terkena sedikit saja untuk hasilkan akar. Tukar air 4 hari sekali.

3. Biar dah berakar dan bertunas, alihkan dalam pasu. Sebaiknya pasu yang tinggi. Letak tanah separuh pasu saja.

cara tanam kentang pasu

4. Masukkan kentang yang dah berakar dalam pasu kemudian tutup dengan tanah. Bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi (saya guna tanah sawit).

5. Semakin meninggi pokok, makin banyak isi. Siram sekali sehari.

Inilah hasilnya ya tuan-tuan dan puan-puan. Geram tak tengok?

Puas hati kan dapat makan kentang segar macam ni. Sedap pun sedap. yang penting bebas bahan kimia!

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*