Curi seluar dalam wanita untuk jadikan ubat jerawat

Seorang pencuri seluar dal.am wanita men.dakwa dia melakukan jen.ayah itu kerana mahu menjadikan pakaian itu sebagai ubat jerawat, lapor Suara.com, hari ini.

Sus.pek bernama OM, 23, ditahan dalam satu kejadian di Tasikmalaya, Kalimantan Barat ketika men.curi jemuran seluar da.lam wanita di depan rumah Desa Indihiang.

OM sempat melarikan diri ke Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) namun berjaya dikepung oleh penduduk kampung.

Ketua Po.lis Indihiang, Komi.sioner Didik Rohim Hadi mengesahkan kejadian itu dan sudah menerima lap.oran daripada penduduk kampung.

“Sus.pek sudah disoal sia.sat dan apabila ditanya motif men.curi, dia berkata seluar dal.am wanita mahu dijadikan ubat merawat jerawat.

“Ini merupakan kali kedua OM melakukan penc.urian seluar da.lam di kawasan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, OM ketika soal siasat mengakui terpengaruh dengan kata-kata rakannya yang memberitahu seluar da.lam wanita berupaya mengubati jerawat muka.

“Saya cu.ri kerana mahu hilangkan jerawat di muka kerana kawan-kawan beritahu itu ubat paling mujarab,” katanya. – Agensi

Jerawat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jerawat adalah sejenis komedo yang disebabkan oleh sebum berlebihan dan sel-sel kulit mati terperangkap di pori-pori kulit. Dalam keadaannya yang lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi pustul atau papul. Jerawat boleh dirawat dengan ubat-ubatan akne, antibiotik dan anti-radang yang dipreskripsi oleh seorang doktor, atau pelbagai di kaunter ubat yang boleh dibeli di farmasi.

Punca

Kelenjar sebum dalam liang kulit menghasilkan sebum. Apabila lapisan luar kulit tertanggal (proses semula jadi dan normal), kulit mati dan sebum berminyak yang tertinggal mungkin terikat bersama dan membentuk penyumbatan kelenjar sebum di pangkal kulit. Ini paling biasa berlaku apabila kulit menjadi lebih tebal semasa baligh. Kelenjar sebum terus menghasilkan sebum, yang terbentuk di belakang penyumbatan, memungkinkan pertumbuhan bakteria di kawasan itu, termasuk spesies Staphylococcus aureus dan Cutibacterium acnes, yang menyebabkan keradangan dan jangkitan.

Punca lain jerawat termasuk sejarah keluarga, tekanan, turun naik kadar hormon, produk penjagaan rambut dan kulit, kesan sampingan ubat – ubatan, dan keadaan perubatan yang tidak didiagnosis atau yang mendasari. Jerawat boleh menjadi sebahagian daripada presentasi rosasea.

American Academy of Dermatology mengesyorkan agar orang dewasa yang mempunyai jerawat menggunakan produk yang dilabelkan sebagai “bukan-komedogenik”, “bukan-aknegenik”, “bebas minyak” atau “tidak akan menyumbat liang” kerana mereka “kemungkinan besar” menyebabkan kerengsaan kulit atau jerawat.

Wikipedea

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*