Dituduh Tertukar Anak Cuma Drama Rekaan..? Suami Bersuara Macam Mana Tertukar Troli

Beberapa hari lalu, masih segar di ingatan ramai kisah dua pasangan suami isteri yang telah pun tertukar anak selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam. Walaupun proses pengembalian semula bayi mereka sudah pun selesai, namun sehingga ke hari ini masih ada sesetengah pihak yang mendakwa kisah tersebut hanyalah ‘drama’ rekaan semata-mata.

Boleh pula terima tuduhan tak masuk akal…Banyak benda tak tahu sebab first time jadi ibu ayah

Berang dengan tuduhan yang tidak masuk akal itu, suami kepada Diana Hanani tampil bersuara menjelaskan perkara sebenar. Jelas Khairul Azman, itu adalah pengalaman kali pertama bergelar ibu dan ayah menyebabkan mereka terlepas pandang banyak benda tanpa sengaja

Selepas isteri bersalin, segala urusan berkaitan baby semua nurse buat…Tak terfikir boleh silap besar

Malah sejak dari awal proses check in sehinggalah selamat melahirkan, pasangan ini hanya mengikut arahan yang diberikan pihak nurse dan doktor sahaja. Tidak dinafikan, khidmat layanan daripada pusat perubatan itu memang baik. Namun alangkah terkilannya kerana kecuaian melampau sedemikian rupa boleh terjadi.

Bayangkan benda ni tak kantoi, sampai bila tak tahu anak aku yang betul…Nak pisah dengan anak orang

Bukan itu sahaja, ayah kepada Aysar itu juga kesal bagaimana insiden tersebut langsung tidak disedari sama sekali. Jika bukan kerana suami Siti Suriani perasan akan tag nama berkenaan, mungkin saja bayi mereka boleh tertukar dalam satu jangka masa yang lama.

 

 

Sumber: kisahdunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*