Connect with us

Terkini

“Dugaan Semasa PKP, Suami Bawa Mak Ayah Kat Rumah, Saya Dah Macam Bibik. Bukan Merungut Tapi….”

Published

on

“Dugaan Semasa PKP, Suami Bawa Mak Ayah Kat Rumah, Saya Dah Macam Bibik. Bukan Merungut Tapi….”

Salam sejahtera semua. Di musim Covid-19 ini benar-benar menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah. Makin senang gaduh, makin senang cari pasal.

Al kisah suami saya, entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke Kuala Lumpur. Di awalan perancangan saya dah beritahu,

“Jangan dibawa orang tua datang ke sini. Elok-elok dah duduk di kampung, awak bawa ke sini kang kene Covid-19 menyesal tak guna.”

Tetapi nasihat tak diendahkan. Kesudahannya saya stuck dengan mak ayah dia di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan. Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri.

Saya sepatutnya work from home jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu. Ingatkan bolehlah tolong tengokkan anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pun saya yang handle.

Di dapur pun langsung tidak membantu. Handphone melekat di tangan masing-masing. Tengok apa tak tahulah. Orang tua main Facebook, aduhaiii buruk benar perangai. Kalau tak main handphone, tengok Netflix, tak pun tidur. Maklumlah WiFi free. Remote TV macam dah jadi milik mereka, sampaikan anak-anak saya nak tengok kartun kegemaran pun tak merasa. Sedihnya rasa macam orang asing dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh-peluh hidang. Laju masing-masing meluru ke meja makan. Siap tanya, “Eh hidangan ni dah dibuat tiga hari lepas”. Allahu dalam hati saya, dah lauk itu je yang ada dalam peti. Saya masak untuk satu hari terus yakni makan tengah hari sekalilah makan malam. Means hidangan tu banyak jadi pandai-pandailah berjimat untuk makan malam sekali.

Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pun saya yang basuh, lauk makan malam pula dihabiskan. Saya nak suap anak makan malam terkejut tengok tak ada langsung lauk ditinggalkan. Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak sajalah lauk lain. Yaaaa, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8 malam tu. Masa itulah nak kupas sayur ikan ayam pula ke?

Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pun tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Suami pula seolah-olah macam buat bodoh langsung tak fikir perasaan penat lelah saya di dapur, di rumah, di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana. Saya masih menghormati mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan TV, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup. Nak dibiarkan nanti kang anak-anak pula terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang saja.

Allahuuu bila nak tamat Covid-19 ni. Saya letih, saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju-baju mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman. Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious macam tak sukakan mak ayahnya. Memang tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak-anak saja.

Suami siap maki saya dalam WhatsApp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana-mana pun saya ni, ada kawalan pergerakan kan? Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri untuk lepaskan rindu.

Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak-anaknya. Hanya saya yang tahu baik buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim-musim Covid-19 ini. Tapi isteri dan anak-anak ibarat:

“Lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ade depan mata untuk aku tengok.”

Habis saya yang masih ada parents dia halang pula. Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak-anak. Ya allah pulihkanlah Covid-19. Aku terlalu penat Ya Allah 😭.

Maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Terkini

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Published

on

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Sungguh tergamak, sampai hati lelaki dvr jana ini sanggup mer0 g0l anak jiran sendiri depan anak-anaknya sendiri. Mana belas ehsannya ?

Kes sebegini tidak pernah sunyi daripada menjadi tatapan pembaca setiap hari. Namun, jangan sesekali kita anggap ia satu jena yah remeh.

Jena yah r0 g0l tetap r0g0l, walau siapapun mngsanya. Kes kali ini sungguh menyayat hati. Ia berlaku di India, seorang lelaki telah ditngkap atas tvdu han mer0 g0l kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun 6 bulan di hadapan anaknya sendiri !.

Lelaki dvr jana tersebut telah dita han Jumaat lalu dan merupakan permngsa kes sera ngan sk sual terhadap mngsa “minor” yang terkini di India.

Semuanya bermula begini, kanak-kanak yang baru berusia 18 tahun itu pergi bermain di rumah jirannya, kerana jiran itu mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun.

Namun ketika di rumah itu, kanak-kanak yang tidak bersa lah ini telah r0 g0l oleh pmngsa dalam bilik rumah. Mngsa kemudiannya dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berd4 rah dan kes4 kitan.

Ibu mngsa yang menjumpainya amat terke jut dengan keadaan itu. Beliau terus membawa anaknya ke H0spital.

Saspek akhirnya dita han menurut pegawai di Aman Vihar, per0 g0l kanak-kanak itu telah di t a h a n di rumahnya. Dia akan dikenakan hv kvman di bawah Akta Ganggvan sksual yang membawa hvkvman pnjara seumur hidup.

Dia akan dihvkum tapi bagaima pula dengan nasib kanak-kanak ma lang itu? Ketika dilawa di h0spital. Kanak-kanak itu didapati tidak boleh bercakap dan hanya mampu terbar1ng, aki bat trau ma

Continue Reading

Terkini

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Published

on

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Satu perkongsian dari NGO pengurusan jenazah mengenai pengebumian seorang ibu muda yang meninggal dunia petang semalam, meruntun hati netizen.

Wanita bernama Nur Atyqah Yahya Jaya, berusia 28 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.

Baca perkongsian Mr Wan Cai Official di bawah:

Perkongsian lewat tentang pengurusan jenazah ibu muda yang dibawa pulang ke Kelantan. Jenazah yang dibawa menggunakan jentera rakan gabungan iaitu VJGM telah selamat dikebumikan pada pukul 06.45 petang tadi.

Selepas jenazah dipindahkan 3 rakan sukarelawan VJGM terus membawa jenazah ke tanah perkuburan islam Bandar Baharu Gua Musang. Dikebumikan diliang lahad separa bulan atau lebih dikenali dengan nama liang lahad sri bulan.

Pengurusan terakhir untuk ibu berusia 28 tahun sangat mudah. Berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama untuk dikebumikan. Sempat pula dikebumikan sebelum masuk waktu solat Maghrib.

Aturan terakhir yang Allah tetapkan untuk ibu muda ini. Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya dimasukkan ke hospital Shah Alam sejak 3 hari yang lalu. Tetapi ibu muda ini telah dijemput seruan illahi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Punca kematian arwah adalah disebabkan jangkitan kuman di dalam badan. Akibat dari jangkitan kuman itu beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun. Omar Lokman Bin Shahrul adalah nama anak mereka.

 

Kesian bila difikirkan nasib si anak kecil. Si anak masih tidak mengerti ibunya sudah pergi buat selama lamanya. Membesar si anak tanpa kasih seorang ibu.

Kehilangan isteri ataupun ibu bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana si suami perlu menggalas 2 tanggungjawab serentak untuk menjadi ibu dan bapa kepada anaknya itu. Anak yang ditinggalkan oleh si ibu pula masih kecil.

Jika tidak kuat semangat pasti si bapa boleh tertekan. Seperti yang kita semua tahu di dalam sebuah keluarga seorang isteri memerlukan suaminya. Dan seorang suami juga sangat memerlukan isterinya.

Apabila meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang bergelar isteri atau suami setelah hidup berumah tangga pastinya kesulitan akan dihadapi. Lagi lagi melibatkan urusan menjaga dan membesarkan anak anak.

Jika sebelum ini si isteri membantu menguruskan hal dirumah dan anak. Pasti keadaan akan menjadi lebih sulit apabila seorang suami tiba-tiba perlu menggantikan tempat tempat si isteri.

   

Tidak boleh dibayangkan kehidupan si suami selepas ini setelah kehilangan isterinya. Jika tidak kuat boleh gila dibuatnya. Saya sudah lihat bagaimana keadaan suami kepada arwah adik perempuan saya.

Berbulan menangisi pemergian isterinya. Sehingga diri tidak terurus. Tetapi nasib ada anak anak sebagai penguat semangat untuk kembali hidup seperti normal. Harap-harap suami arwah juga akan kuat.

Semoga juga tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelaki tunggalnya.

Buat pembaca, ayuh sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya!

Continue Reading

Terkini

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Published

on

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 150ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Continue Reading

Trending