Gadis Dilapor Menderita Kemurungan Melampau Akibat Cintanya Dikhianati Kekasih Hati

Cinta adalah suatu benda yang penuh dengan misteri. Ianya boleh membahagiakan dan juga boleh membawa derita kepada seseorang.

Seseorang itu boleh berpotensi menghidapi kemurungan sekiranya emosinya tidak dapat dikawal. Seperti kisah sedih yang terjadi kepada seorang gadis jelita yang berasal dari Indonesia dan berusia 20 tahun ini.

Gadis itu dilaporkan mengalami kemurungan yang teruk selepas dicurangi oleh bekas kekasihnya sejak empat tahun lalu.

Pada suatu hari, dia dikatakan telah terjatuh dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Sebaik dia sedar, dia dilaporkan tidak mengenali dirinya lagi.

Sejak dari itu, dia telah disahkan mengalami gangguan jiwa sehingga dia dikategorikan sebagai Orang dengan Gangguan Jiwa (ODGJ).

Ibunya dilaporkan telah berusaha mencuba pelbagai rawatan alternatif untuk mengatasi masalah kemurungannya, namun segalanya tidak berhasil.

Gadis itu juga dilaporkan terpaksa dikurung di dalam sebuah bilik di rumahnya. Bukan kerana takut dia mengamuk, tetapi kerana ibu bapanya khuatir gadis itu melarikan diri seperti yang pernah terjadi beberapa kali sebelumnya.

Setelah empat tahun dikurung, gadis tersebut difahamkan telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di RSUD Dr. Harjono Ponorogo.

Setelah sebulan dirawat di sana, keadaannya tampak lebih tenang berbanding dengan keadaannya sebelum ini seperti yang dapat dilihat dalam video semasa dia memeluk ibunya itu.

 

Sumber: Indo Zone

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*