Gadis Ini Kongsi Kesan ‘Positif’ Yang Ramai Patut Buat, Rutin Bangun Seawal Jam 5 Pagi Setiap Hari

Setiap daripada kita memerlukan aura positif agar setiap hari dapat dijalani dengan baik daripada semalam. Antaranya, adalah dengan melakukan perubahan dalam kehidupan seperti mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti bangun pada awal pagi dan melakukan senaman.

Lebih-lebih lagi ketika mengharungi pandemik Covid-19 ini, kesihatan mental dan fizikal perlu dijaga sebaiknya bagi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar.

Seperti perkongsian seorang gadis menerusi akaun twitter @aisyahshakirah mengenai ‘rutin harian lima pagi’ yang dilakukan selama dua minggu di mana telah memberikan impak positif kepada kehidupan gadis ini.

Dalam tempoh 24 jam, perkongsian tersebut telah mendapat 47 ribu tanda suka dan lebih 13 ribu ulang kicau oleh warganet.

Jelas Aisyah, transformasi rutin harian yang dilakukan pada jam 5 pagi ini membolehkan dia menyelesaikan semua ‘tugasan’ sebelum jam 8 pagi seperti bersenam, beribadah, mengemas bilik dan memasak sebelum bersedia ke tempat kerja.

Antara perubahan positif yang berlaku dalam dirinya ialah emosi semakin stabil, lebih gembira, mudah untuk mengendalikan kegelisahan dalam diri, tenaga meningkat dan juga kurang merasa penat.

Malah katanya, rutin ini tidak membebankan malah membuatkan dia lebih semangat untuk tidur dan bangun awal pada jam 5 pagi keesokannya. Motivasi dirinya adalah bukan untuk menurunkan berat badan, tetapi dia ingin memastikan emosinya sentiasa dalam keadaan baik dan sentiasa gembira.

Mungkin sebelum ini kita bangun pada jam 6 pagi, apa kata kali ni jom kita bangun lebih awal dan lihat perubahan dalam masa seminggu!

Sumber: Twitter Aisyah Shakirah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*