Connect with us

Terkini

(Gambar) Jangan Tertipu! Sindiket Pura-Pura Simpati, Dipercayai Tipu Mangsa Dengan Tawaran Pinjaman Wang Mudah

Published

on

sindiket tipu wang

(Gambar) Jangan Tertipu! Sindiket Pura-Pura Simpati, Dipercayai Tipu Mangsa Dengan Tawaran Pinjaman Wang Mudah

Bagai menangguk di air keruh, satu sindiket mengambil kesempatan atas kesempitan individu yang terdesak untuk mendapatkan wang segera dengan tawaran pinjaman kewangan yang tidak wujud melalui prosedur mudah, cepat dan faedah yang rendah.

sindiket tipu wang

Kumpulan ini memancing golongan yang disenarai hitam oleh pihak bank melalui media sosial, internet atau Whatsapp. Laman Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police baru-baru ini telah berkongsi modus operandi sindiket berkenaan iaitu:

  1. Menawarkan pinjaman wang dengan prosedur mudah, cepat dan interest rendah. Kebiasaannya sindiket akan memancing mangsa yang blacklisted by bank atau terdesak perlukan wang segera. Iklan-iklan ini biasanya pada media sosial, carian di internet atau Whatsapp.
  2. Berhubung secara atas talian. Sindiket akan meminta saspek memberi butiran pengenalan, dokumen dll hanya melalui Whatsapp atau atas talian.
  3. Sindiket akan memberikan dokumen perjanjian kononnya yang menyatakan jumlah pinjaman dan bayaran bulanan yang dikenakan.
  4. Selepas mangsa bersetuju, sindiket akan meminta mangsa membuat pelbagai bayaran lain. Bayaran peguam, perkhidmatan, proses, cukai dan lain-lain. Biasanya sindiket akan berusaha menunjukkan simpati dan cuba membantu mangsa dengan mengurangkan jumlah yang perlu dibayar mangsa.
  5. Sindiket juga akan menakutkan mangsa dengan amaran wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan jika mangsa ingin membatalkan urus niaga tersebut. Mangsa yang takut kerugian akan berusaha untuk membayar wang tersebut sehingga mangsa gagal menghubungi sindiket.

Cara-Cara Untuk Elakkan Diri Dari Penipuan Scammer

Kita ataupun orang yang kita kenal mesti pernah mengalami kes ditipu oleh orang yang kita tidak kenal mahupun kenal. Kes ditipu oleh scammer ini sudah banyak berlaku di dalam negara dan luar negara. Hari ini, kami akan memberi langkah-langkah bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri kita dari ditipu oleh skim-skim penipu ini.

1. Kenal pasti penyamar

Penipu sering kali menyamar sebagai orang yang anda percaya seperti ahli keluarga, pegawai kerajaan, badan amal atau syarikat yang pernah anda berurusan. Jangan sesekali beri maklumat peribadi kepada sesiapa yang anda tidak kena sama melalui mesej, e-mel dan panggilan telefon.

2. Membuat carian dalam talian

Anda boleh taip di internet untuk mencari nama syarikat yang dia perkenalkan itu untuk memastikan samada syarikat itu benar-benar wujud atau hanya skim-skim penipuan.

3. Jangan percaya ID pemanggil anda

Teknologi memudahkan penipu kepada maklumat ID pemanggil palsu, jadi nama dan nombor yang anda lihat tidak selalu nyata. Jika seseorang memanggil meminta wang atau maklumat peribadi, putuskan talian terus. Jika anda fikir pemanggil mungkin mengatakan kebenaran, telefon semula nombor yang anda tahu adalah tulen.

4. Jangan membayar pendahuluan untuk janji

Seseorang mungkin meminta anda membayar terlebih dahulu untuk perkara-perkara seperti bantuan hutang, kredit dan pinjaman, bantuan gadai janji, atau pekerjaan. Mereka mungkin mengatakan bahawa anda telah memenangi hadiah, tetapi pertama-tama anda perlu membayar cukai atau yuran. Sekiranya anda melakukannya, mereka mungkin akan mengambil wang itu dan hilang.

5. Bercakap dengan seseorang 

Sebelum anda menyerahkan wang atau maklumat peribadi anda, berbincanglah dengan seseorang yang anda percayai. Scammer mahu anda membuat keputusan tergesa-gesa. Mereka mungkin akan mengancam anda. Periksa dahulu dan lakukan carian dalam talian, rujuk kepada pakar atau hanya memberitahu rakan tentang perkara ini.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Published

on

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Sungguh tergamak, sampai hati lelaki dvr jana ini sanggup mer0 g0l anak jiran sendiri depan anak-anaknya sendiri. Mana belas ehsannya ?

Kes sebegini tidak pernah sunyi daripada menjadi tatapan pembaca setiap hari. Namun, jangan sesekali kita anggap ia satu jena yah remeh.

Jena yah r0 g0l tetap r0g0l, walau siapapun mngsanya. Kes kali ini sungguh menyayat hati. Ia berlaku di India, seorang lelaki telah ditngkap atas tvdu han mer0 g0l kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun 6 bulan di hadapan anaknya sendiri !.

Lelaki dvr jana tersebut telah dita han Jumaat lalu dan merupakan permngsa kes sera ngan sk sual terhadap mngsa “minor” yang terkini di India.

Semuanya bermula begini, kanak-kanak yang baru berusia 18 tahun itu pergi bermain di rumah jirannya, kerana jiran itu mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun.

Namun ketika di rumah itu, kanak-kanak yang tidak bersa lah ini telah r0 g0l oleh pmngsa dalam bilik rumah. Mngsa kemudiannya dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berd4 rah dan kes4 kitan.

Ibu mngsa yang menjumpainya amat terke jut dengan keadaan itu. Beliau terus membawa anaknya ke H0spital.

Saspek akhirnya dita han menurut pegawai di Aman Vihar, per0 g0l kanak-kanak itu telah di t a h a n di rumahnya. Dia akan dikenakan hv kvman di bawah Akta Ganggvan sksual yang membawa hvkvman pnjara seumur hidup.

Dia akan dihvkum tapi bagaima pula dengan nasib kanak-kanak ma lang itu? Ketika dilawa di h0spital. Kanak-kanak itu didapati tidak boleh bercakap dan hanya mampu terbar1ng, aki bat trau ma

Continue Reading

Terkini

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Published

on

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Satu perkongsian dari NGO pengurusan jenazah mengenai pengebumian seorang ibu muda yang meninggal dunia petang semalam, meruntun hati netizen.

Wanita bernama Nur Atyqah Yahya Jaya, berusia 28 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.

Baca perkongsian Mr Wan Cai Official di bawah:

Perkongsian lewat tentang pengurusan jenazah ibu muda yang dibawa pulang ke Kelantan. Jenazah yang dibawa menggunakan jentera rakan gabungan iaitu VJGM telah selamat dikebumikan pada pukul 06.45 petang tadi.

Selepas jenazah dipindahkan 3 rakan sukarelawan VJGM terus membawa jenazah ke tanah perkuburan islam Bandar Baharu Gua Musang. Dikebumikan diliang lahad separa bulan atau lebih dikenali dengan nama liang lahad sri bulan.

Pengurusan terakhir untuk ibu berusia 28 tahun sangat mudah. Berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama untuk dikebumikan. Sempat pula dikebumikan sebelum masuk waktu solat Maghrib.

Aturan terakhir yang Allah tetapkan untuk ibu muda ini. Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya dimasukkan ke hospital Shah Alam sejak 3 hari yang lalu. Tetapi ibu muda ini telah dijemput seruan illahi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Punca kematian arwah adalah disebabkan jangkitan kuman di dalam badan. Akibat dari jangkitan kuman itu beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun. Omar Lokman Bin Shahrul adalah nama anak mereka.

 

Kesian bila difikirkan nasib si anak kecil. Si anak masih tidak mengerti ibunya sudah pergi buat selama lamanya. Membesar si anak tanpa kasih seorang ibu.

Kehilangan isteri ataupun ibu bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana si suami perlu menggalas 2 tanggungjawab serentak untuk menjadi ibu dan bapa kepada anaknya itu. Anak yang ditinggalkan oleh si ibu pula masih kecil.

Jika tidak kuat semangat pasti si bapa boleh tertekan. Seperti yang kita semua tahu di dalam sebuah keluarga seorang isteri memerlukan suaminya. Dan seorang suami juga sangat memerlukan isterinya.

Apabila meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang bergelar isteri atau suami setelah hidup berumah tangga pastinya kesulitan akan dihadapi. Lagi lagi melibatkan urusan menjaga dan membesarkan anak anak.

Jika sebelum ini si isteri membantu menguruskan hal dirumah dan anak. Pasti keadaan akan menjadi lebih sulit apabila seorang suami tiba-tiba perlu menggantikan tempat tempat si isteri.

   

Tidak boleh dibayangkan kehidupan si suami selepas ini setelah kehilangan isterinya. Jika tidak kuat boleh gila dibuatnya. Saya sudah lihat bagaimana keadaan suami kepada arwah adik perempuan saya.

Berbulan menangisi pemergian isterinya. Sehingga diri tidak terurus. Tetapi nasib ada anak anak sebagai penguat semangat untuk kembali hidup seperti normal. Harap-harap suami arwah juga akan kuat.

Semoga juga tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelaki tunggalnya.

Buat pembaca, ayuh sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya!

Continue Reading

Terkini

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Published

on

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 150ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Continue Reading

Trending