Gelagat Lembu Merayau Datang Cari Tuan Tengah Lepak, “Macam Bini Tenung Laki”

Bagi individu yang memelihara haiwan, pasti sangat kenal dengan perangainya apabila kucing juga seekor haiwan yang lucu dan dapat ditonton telatahnya di media sosial.

Walau bagaimanapun, siapa menyangka haiwan seperti lembu juga sangat kelakar dengan perangai yang tidak dapat dijangka oleh tuannya.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikT0k atas nama Aisyaa27 ini apabila perkongsiannya mengenai seekor lembu dan pemilik mengundang gelak tawa ramai dengan lebih 90 ribu mata menontonnya.

Melalui perkongsian dapat dilihat seorang lelaki yang dikatakan pemilik didatangi seekor lembu yang memerhati dari jauh seperti telah mencarinya.

Lebih melucukan lembu itu yang dikatakan kenal dengan pemiliknya hanya memerhatikan kelakuan lelaki berkenaan sehingga diibaratkan oleh netizen sudah seperti isteri yang tenung suami disaat lepak.

Rata-rata netizen yang melihat tidak dapat menahan ketawa dan terus menghujani ruang komen dengan bermacam-macam respon lucu terhadap situasi itu yang sangat tidak dijangka daripada haiwan tersebut.

“Oh kat sini rupanya, aku kat rumah diabaikan makan minum pun tak bagi. Kau cari yang lain ye…”

Video:

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*