Gempar! Bakal pengantin hilang dilarikan bekas kekasih

Penduduk di sebuah daerah di wilayah Banten, Indonesia gempar apabila seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinannya menghilang secara tiba-tiba, dipercayai dilarikan bekas teman lelakinya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Susulan kejadian tersebut, majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lepas terpaksa dibatalkan meskipun khemah, katering, kad undangan dan buku pernikahan telah pun siap.

Menurut ibu pengantin perempuan berkenaan, Upit, kebelakangan ini, anaknya sering dihubungi oleh bekas kekasihnya.

Upit juga diberitahu oleh seorang saksi penduduk tempatan yang terlihat kelibat seorang lelaki bermotosikal berkuasa besar berada di rumahnya pada waktu awal pagi, hari anaknya hilang.

Upit kemudiannya mengesahkan bahawa lelaki itu merupakan bekas teman lelaki anaknya.

“Disebabkan kejadian ini, kami telah memberitahu pihak keluarga pengantin lelaki.

“Majlis perkahwinan terpaksa ditunda sehingga satu tempoh masa yang belum ditentukan,” katanya. – AGENSI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*