Gempar! Hael Husaini Dituduh Berseronok Di Kelab Gay Korea

Jika anda mengikuti akaun Instagram Hael Husaini, pasti ramai tahu penyanyi itu telah terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja.

Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila ada yang mendakwa penyanyi itu pergi berseronok di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon, Korea.

Kecoh mengenai perkara itu di laman Twitter apabila ada netizen membuat tuduhan berat berkenaan. Menurut netizen itu lagi, ada seorang penyanyi Malaysia ke Korea tanpa menjalani kuarantin sebelum berhibur di kelab gay tersebut.

Menerusi hint yang dberikan, individu berkenaan seolah mengatakan penyanyi yang dimaksudkan itu adalah Hael Husaini.

Bagaimanapun menerusi satu IG Live, pengurus penyanyi itu tampil memberikan respon bahawa dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata. Pengurus Hael memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Saya nak terangkan apa yang berlaku. Saya buat video ini sebenarnyanak bagitau Healers yang Hael punya team dah ambil tindakan.

“Berhenti budak tu nanti. Tak belajar dah kat Korea. Kalau dia padam pun dah terlambat dik. Aku dah jumpa Youtube, IG, semua alamat rumah dah dapat. Tak elok sebarkan fitnah. Berhentilah sebarkan fitnah,” katanya.

Berat sungguh tuduhan tersebut lebih-lebih lagi jika tiada bukti sahih. Apa pun diharap Hael Husaini tabah dengan dugaan ini.

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*