Guna Kaya & Butter Ja, Resipi Boleh Cuba, Roti Bakar Ala Kopitiam Ini Raih 4.2k Perkongsian

Bagi yang pernah berkunjung ke kopitiam, pasti akan terfikirkan mengenai roti bakar yang turut ditawarkan di mana-mana cawangan. Roti bakar yang dimakan bersama secawan kopi sudah pasti membangkitkan selera pengunjung kopitiam.

Pun begitu, sekarang anda tidak perlu khuatir tidak dapat berkunjung ke kopitiam kerana seorang ahli group Masak Apa Hari Ni..(MAHN) ada berkongsikan resipi yang kini telah mendapat sehingga 4.5k perkongsian.

Seperti yang dikongsikan oleh Rain Fizrain, dia hanya menggunakan roti Gardenia, kaya dan juga butter yang dimasak menggunakan Pemanggang Ajaib. Jom ikuti resipi yang beliau kongsikan.

Roti bakar ala kopitiam versi diubahsuai guna pemanggang ajaib sebab xde oven lepasni mesti tak sempat expired roti² kat rumah awak² hihi . Boleh rujuk gambar cara² buat . Senang yg amatt . Tapi sedapp tu mashaAllah sampai jiran mintak buattkan sepinggan lagi lepas kita bg kt dia rasa tadi hahahahhah

1- Roti gardenia

2- Buang tepi-tepi dia yang keras tu..

3- Tabur kaya dua-dua belah . Saya pakai brand yeos,  Sebab sedapp dan tak berketul..

4- Guna butter . Pastikan butter keras tau yg disimpan dalam peti ais.

5- Lepastu kapit dua belah macam ni..

6- Bakar guna pemanggang ajaib atau nonstick pan . Kalo ada oven guna oven . Suhu 180 yer..


Dah siappp . Nak garing mana pun ikot suka hati lah . Masa makan tu butter meleleh² fuhhhhh mantapppppp

Sumber: Rain Fizrain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*