Haid Tidak Teratur? Kejap On Kejap Off? Wanita Ini Kongsi Petua Supaya Haid Lancar

Haid Tidak Teratur? Kejap On Kejap Off? Wanita Ini Kongsi Petua Supaya Haid Lancar

“Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni”

Berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini.

“Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah

Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kunyit hidup 1 inci
  • Halia 1 inci
  • Asam Jawa 1 sudu makan
  • Garam secubit
  • Air suam 1 cawan

Cara-cara:

  1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
  2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
  3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
  4. Sedia untuk di minum
    **Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…

Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)

Khasiat air kunyit asam:

  1. Melancarkan darah haid atau nifas
  2. Melawaskan pembuangan..bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3 hari berturut-turut..biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke 7-10 masa ni darah nifas macam ada xde..
  3. Menaikkan seri wajah.
  4. Mencantikkan tubuh
  5. Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
  6. Awet muda jika di amalkan.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*