Hanya Dengan Bermain TikTok, Gadis 16 Tahun Ini Mampu Buat Duit Lebih RM 16Juta

Tidak dapat dinafikan aplikasi Tiktok, kini semakin mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia.

Jika dahulu ia hanya digunakan oleh mereka dari golongan generasi Z (Gen Z) namun kini penggunanya turut terdiri dari orang yang lebih dewasa dan berumur.

Ini kerana aplikasi ini memudahkan penggunanya untuk menghasilkan video kreatif yang bukan sahaja cantik malahan menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Jadi lubuk jana pendapatan..

Bukan itu sahaja, TikTok juga sama seperti aplikasi lain dapat membuatkan penggunanya menjana pendapatan hanya dengan menghasilkan video dan memuat naiknya di sana.

Bila berbicara tentang TikTok, antara penggunanya yang paling dikenali ramai adalah seorang gadis yang bernama Charli D’Amelio.

Charli juga merupakan TikTok Star pertama yang berjaya meraih 100 juta pengikut di akaun miliknya hanya dengan mempamerkan video tariannya sekitar penghujung tahun lalu. Malah dia juga berjaya meraih 7.9 bilion likes dari semua videonya di sana.

Yang menariknya, semua pencapaian tersebut berjaya dilakukannya hanya dalam setahun.

Aik betul ke setahun?

Ya! Dia sebenarnya baru sahaja aktif memuat naik video nya di TikTok pada Mei 2019 sebelum terus menjadi Tik Tok Star paling berpengaruh pada tahun 2020.

Namun tahukah anda, dengan pengikut seramai itu, pendapatan gadis berusia 16 tahun ini sudah mencecah US $4 Juta ataupun bersamaan RM 16 Juta.

Pesoalannya bagaimana dia mampu meraih pendapatan berkenaan hanya dengan menari?

Bagaimana dia mampu menjana wang sebanyak itu?

Difahamkan Charli akan mengenakan fi sebanyak US $100,000 untuk setiap video tajaan yang di muat naiknya seperti yang dilaporkan portal Celebrity Net Worth.

Itu baru satu, bayangkan jika mampu mendapatkan 15 tajaaan video hanya dalam sebulan.

Difahamkan hasil dari tajaan berkenaan dan juga aktivi lain seperti kempen, penjualan memberikannya pendapatan bersihnya pada hujung 2020 sahaja sudah mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000).

 

Sumber: Buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*