Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi

hukum lelaki menyambut bayi

Hukum Doktor Lelaki Menyambut Kelahiran Bayi

BERSALIN dengan doktor lelaki secara tidak sengaja atau dengan rela hati perlu dilihat dalam dua perspektif iaitu situasi darurat dan tidak darurat. Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh berkata, bagi situasi tidak darurat, hukumnya haram mengikut ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh Abdullah Abd. al-Rahman al-Jibrin.

hukum lelaki menyambut bayi

Manakala Syeikh Wahbah al-Zuhayli dan Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi dalam satu fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Ibn Baz memutuskan bahawa doktor lelaki tidak diharuskan menguruskan perbidanan wanita.

“Walau bagaimanapun, dalam situasi darurat, iaitu apabila rawatan tersebut memang memerlukan kepakaran daripada doktor lelaki dan tiada doktor wanita yang boleh menjalankan tugas tersebut, hukumnya ialah harus.

“Hal ini diputuskan oleh Jawatankuasa Tetap Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi dalam satu fatwa yang dipengerusikan oleh Syeikh Ibn Baz dan dianggotai oleh Syeikh Bakr Abd. Allah Abu Zayd (1429 H), Syeikh Abd. al-Aziz Abd Allih Alu Shaykh, Syeikh Ali Fawzan al-Fawzan dan Syeikh Muammad Nair al-Din al-Albani (1420 H).

Nik Salida Suhaila berkata, melihat kepada situasi semasa, sudah banyak hospital swasta yang mempunyai doktor pakar wanita dalam bidang sakit puan dan boleh membidani wanita yang bersalin.

“Justeru, bagi wanita yang mampu, mereka harus memilih untuk bersalin di hospital swasta dengan doktor wanita. Namun, jika tidak mampu, tidak mengapa jika tidak memilih untuk bersalin di hospital tersebut, kerana situasi ini boleh dikatakan darurat kepada mereka.

“ Jika mampu, memilih untuk bersalin di hospital swasta tetapi memilih doktor lelaki, ia kembali kepada jawapan di atas, iaitu situasi tidak darurat yang menyebabkan hukumnya haram atau tidak harus mengikut pandangan ulama.

“Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, bahawa tidak logik lagi pada hari ini sekiranya tugasan untuk menyambut kelahiran bayi tidak boleh diberikan kepada doktor wanita sepenuhnya kerana pada masa ini jumlah doktor wanita di bahagian perbidanan sudah ramai,” katanya.

Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat.

  • Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
  • Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai.
  • Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
  • Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya.

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206) Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah:

“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*