Inai Bercorak Seperti Ini Adalah Haram Dalam Islam. Tolong Sebarkannya!

inai bercorak dreamcatcher

Inai Bercorak Seperti Ini Adalah Haram Dalam Islam. Tolong Sebarkannya!

Dilaporkan, wanita Islam yang gemar berhias dengan lukisan inai perlu berhati-hati memilih corak sesuai kerana terdapat ukiran melambangkan kepercayaan agama lain boleh merosakkan akidah seperti ‘Dreamcatcher’. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain perlu dielakkan.

“Umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain, sebagai contoh, memakai rantai berbentuk salib,” katanya. Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata larangan itu diputuskan secara umum berdasarkan hukum syarak iaitu umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain.

Katanya umat Islam perlu mematuhi garis panduan penggunaan inai yang dibenarkan syarak iaitu menggunakan jenis yang serap air, tidak membatalkan wuduk dan bukan daripada bahan najis. Dreamcatcher yang merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.

Menurut seorang penggemar inai yang mahu dikenali sebagai Mira, 24, terkejut apabila dimaklumkan pelukis inai di sebuah pasar malam di Shah Alam, Selangor bahawa gerainya pernah dikunjungi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan memaklumkan inai bercorak dreamcatcher adalah tidak dibenarkan.

inai bercorak dreamcatcher

“Mujur saya tidak terjebak untuk melukisnya pada tangan saya pada ketika itu kerana saya lihat ramai rakan yang telah berhias dengan reka bentuk tersebut,” katanya.

Dalam Kitab Fatawa al-Hindiyyah menyebut:

“Dan tidak sepatutnya bagi budak lelaki mengecat kedua-dua belah tangan dan kakinya kecuali ketika berhajat sahaja.” [Nizamuddin, Jil 5, 358]

Manakala dalil lain pula menyebut:

Daripada Anas r.a bahawa Nabi SAW, melarang lelaki memakai atau melumur za’faran.

Nabi SAW melarang memakai warna kuning kemerah-merahan (warna za’faran), begitu juga diambil hukum yang sama bagi mewarna kedua belah tangan kerana warna merah cenderung kepada kuning.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan di dalam al-Majmu’:

أَمَّا خِضَابُ الْيَدَيْنِ وَالرِّجْلَيْنِ بِالْحِنَّاءِ فَمُسْتَحَبٌّ لِلْمُتَزَوِّجَةِ مِنْ النِّسَاءِ: لِلْأَحَادِيثِ الْمَشْهُورَةِ فِيهِ وَهُوَ حَرَامٌ عَلَى الرِّجَالِ إلَّا لِحَاجَةِ التَّدَاوِي

“Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dikalangan perempuan berdasarkan hadith-hadith masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.”

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*