Individu Dedah Realiti ‘Pasar Kucing’ Di Vietnam Buat Meremang Bulu Roma

pasar kucing vietnam

Individu Dedah Realiti ‘Pasar Kucing’ Di Vietnam Buat Meremang Bulu Roma

Cukup men4kutkan, cukup menge rikan! Cuba anda bayangkan haiwan kesayangan anda hilang di suatu pagi tanpa meninggalkan jejak dan tidak kembali selama-lamanya. Tanpa anda sedari, rupa-rupanya ia sedang menunggu giliran untuk dibu nuh, dila pah kulitnya dan dimasak sebelum dijual di pasar daging kucing di Vietnam.

Ini bukan dongeng atau cerita rekaan. Ini adalah realiti yang berlaku. Dalam video dikongsikan dikongsikan Daily Mail, seorang penyelamat kucing, Quyen mendedahkan bahawa terdapat beberapa ekor kucing yang dijual di pasar Quan Binh Tan memakai rantai leher, menandakan ia mungkin ‘dicul ik’ dari rumah pemiliknya.

pasar kucing vietnam

Di Vietnam, kucing dijadikan hidangan istimewa dikenali sebagai ‘harimau kecil’ yang kononnya mampu mengusir sial serta menjadikan si pemakan tangkas seperti kucing.

Hidangan yang dijual sehingga £57 (kira-kira RM306) itu dipasarkan di bandar Ho Chi Minh.

“Tradisi ini berkait dengan kepercayaan tahyul. Daging kucing dimakan pada permulaan setiap bulan bagi menghalau sial, meningkatkan libido dan mendapatkan ketangkasan haiwan itu,” kata Michele Brown, Ketua Pegawai Eksekutif badan amal Fight Dog Meat.

“Tetapi ia merupakan sesuatu yang menge rikan. Penjual daging mahukan daging keras jadi mereka menak utkan haiwan berkenaan dan percaya ia akan menyebabkan hormon adrenalin dirembeskan.

“Kucing amat sensitif dengan ruang, jadi mereka mencampakkan haiwan-haiwan ini ke dalam sang kar dan membu nuh dari luar kemudian meletakkan bang kai kucing di atasnya,” tambah Michele.

Vietnam dilaporkan mengharamkan restoran kucing pada 1997 ketika berlakunya wabak tikus namun industri tersebut terus bertahan, katanya.

pasar kucing vietnam

Beliau mendakwa daging kucing amat popular di Vietnam hingga banyak kucing disel udup dalam trak yang sesak dari negara China dan Laos untuk memenuhi permintaan untuk dijual di pasar daging kucing.

Walau bagaimanapun, pemakan hidangan tersebut dikatakan terdedah kepada risiko kesihatan yang boleh menyebabkan kem4tian disebabkan j4ngkitan yang dibawa kucing terbiar.

pasar kucing vietnam

Namun, risiko ini tidak menghalang para pelancong untuk tetap mencuba makanan tersebut sebagai ‘kenangan’ menikmati hidangan eksotik di negara itu.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan didakwa bertindak memakan kucing hidup sehingga terb urai perut di pasar Kemayoran, Jakarta Pusat bagi menakutkan peniaga yang enggan menutup gerai mereka di kawasan yang dipertikai di sana.

Sumber: Daily Mail

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*