Ingin Dicintai dan Dihormati? Amalkan Doa Ini

doa dicintai dan dihormati

Doa Dicintai dan Dihormati Manusia

Setiap dari kita mahu orang lain mencintai kita sepenuh hati begitu juga kita mencintai seseorang itu. Ada bermacam-macam cara dilakukan untuk menarik perhatian. Ada yang menggunakan minyak pengasih, minyak dagu, minyak cenuai dan disapu pada orang lain supaya suka kepada kita. Semua minyak-minyak pengasih ini hanyalah berguna untuk jangkamasa yang terhad sahaja. Habis “power” maka terserlahlah kebencian pula. Takut-takut yang menggunakannya terlibat dengan sihir. Maka tak tertanggung dosa besar itu.

Ada sesetengah orang yang menggunakan susuk supaya orang lain suka dan hormati padanya. Bila dipandang nampak cantik dan manis. Tapi pantang larangnya banyak pula seperti tidak boleh lalu bawah ampaian baju. Tidak boleh makan pisang emas. Makan sate pun kena ambil daging baru disuap ke dalam mulut. Tak boleh makan sate cara biasa.

Jika tidak, tertanggal susuk itu dari tubuh si pemakainya. Nak pasang susuk emas pada seseorang itu terutama sekali untuk kelihatan cantik bagi wanita. Terpaksalah bertela njang bulat dihadapan bomoh susuk itu. Nauzubillah minzalik! tak sangguplah macam tu! Silap-silap takut kena ca bul pula jika bomoh itu naik “st im” kat tubuh yang tanpa seu rat benang.

Dengan mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT tidak ada pantang larangnya. Tinggal yang dilarangNya dan lakukan yang diperintahNya. Solat dan wuduk itu boleh menyerikan wajah kita dan diperkuatkan lagi dengan surah-surah yang diamalkan. Hati ikhlas dalam ibadat nescaya Allah SWT rahmati hambaNya.

Banyak surah-surah dalam Al-Quran boleh kita amalkan. Kali ini mari kita amalkan pula Surah Al-Anfal ayat 62 dan 63 setiap kali selepas solat fardu. Bacalah berkali-kali supaya sebati dengan jiwa dan diri kita sebagaimana yang kita membaca Al-Fatihah selama ini.

“Barang siapa yang membaca ayat 62 dan 63 dari SURAH AL- ANFAL, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.”

(062-63) al anfal

Terjemahan

Ayat 62

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Ayat 63

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*