Connect with us

Motivasi

Ini 7 Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

Published

on

Ini 7 Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga, tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan, namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri.

Tips 7 ‘C’ sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.

Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri. Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku. Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

Inilah 7C Boleh Buat Suami Benci Isteri

1. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cari perempuan lain)!”

Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

2. Cabul

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami.

3. Celupar

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar, sama seperti cabul. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. Comot

Ada wanita yang cantik tetapi comot. Comot samada melibatkan wajah, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi bila di rumah, comotnya! Ada isteri kata mekap untuk suami, tapi bila di rumah tak mekap pun.

5. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini akan membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai.

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan. Sikit-sikit telefon suami di ofis. Suami baru balik kerja dah kena tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan. Tak ke pening kepala dan mula lah suami benci isteri buat perangai macam ni kalau berterusan cemburu!

6. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7. Cincai

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak dah masuk longkang tapi mak masih lagi lepak depan tv. Ni memang boleh buat suami benci isteri!

Penutup

7C ini merupakan sebahagian daripada lambang keperibadian muslimah yang lemah. Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi manusia adalah insan yang mudah lupa dan lalai pada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 7C ini.

Yang penting, muhasabah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Semoga memberi manfaat supaya tidak berlaku suami benci isteri dalam rumahtangga masing-masing.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Motivasi

Apa salah saya sebagai seorang isteri? Saya pernah ditinggal kan ditepi jalan hanya disebabkn kawan dia call ajak lepak

Published

on

Apa salah saya sebagai seorang isteri? Saya pernah ditinggal kan ditepi jalan hanya disebabkn kawan dia call ajak lepak

Assalamualaikum admin. Terima kasih siarkan. hide profil. tujuan saya post kat sini tak lain tak bukan untuk meluah kan rase peritnya hidup dengan orang yang kite cintai tapi tak dihargai. Ye kalau ditanya. kenapa mesti bertahan hanya untuk seorang lelaki yang sering kali mengunakan kaki tangan sebagai alat untuk menyiksa isteri jika ada apa2 yang tak disenangi olehnya. Saya dah pernah beberapa kali di sepak terajang oleh suami sendri disebabkan beberapa hal contoh nya kantoi dengan perempuan lain. melepak sampai ke pagi dengan kawan2. abaikan saya sbgai isteri. entah lah. nak menulis pun air mata berjurai bila mengenangknn nasib.

Pernah jugak dia kantoi sebab pergi bercuti dengan permpuan lain saat saya sedang sarat hamil, sanggup menipu saya hidup2 demi kepuasan dri sndri sehinnga kan anak yang dikandung menjadi mngsa.

Tak sudah dengan itu. Kecurangan yang berterusan berlaku. tampar, tumbuk sepak terajang jangan cakap lah. Dah jadi permainan dia. Soal kawan2. Saya pernah disepak. ditendang apabila mempersoalkn tntang sikap die yang kerap melepak sampai lupa tamgjawb suami, dengan kawan2 bukan main lembut berkata2. dengan isteri sndri ya allah.. maki hamun yang dapat..

Apa salah saya sebagai seorang isteri? Saya pernah ditinggal kan ditepi jalan hanya disebabkn kawan die call supaya teman kan pergi kemana entah. Tak layak kah untuk saya berasa bahagia tanpa ganguan? Tak tahu lagi untuk menulis macam mane. Dulu sebelum kawen. Saya sihat. Tak ada sakit ape2. Disebabkan terlampau stress dengan perkahwinan ditambah dgan kehilangan anak dalam kandungan. Akhirnye saya didiagnos major depprasion.. apa salah saya sebagai seorg isteri? Dan shingga saat ini si suami langsung tak pernah ambil peduli tentg kebajikan isteri. Tak tahu kemana arah tuju.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Motivasi

Guru Sanggup Redah Pedalaman Hantar Kerja Sekolah Kerana Anak Murid Tiada Internet

Published

on

Guru Sanggup Redah Pedalaman Hantar Kerja Sekolah Kerana Anak Murid Tiada Internet

Demi memastikan anak muridnya tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang guru sanggup melalui jalan yang agak sukar bagi menghantar bahan pembelajaran kepada mereka.

Muhammad Nazmi Rosli mengajar Bahasa Inggeris dan Seni di SK Long Sukang yang terletak di sebuah kampung kira-kira tiga jam dari bandar Lawas di utara Sarawak.

Oleh kerana kawasan pedalaman kekurangan akses internet untuk kelas secara ‘online’, beliau satu-satunya guru yang tinggal di Lawas itu mengambil keputusan bagi mengedarkan bahan pembelajaran kepada murid.

Bagi menghantar bahan tersebut, guru berusia 27 tahun itu berhubung dengan penduduk kampung yang datang ke Lawas seminggu sekali untuk membawa bekalan makanan kepada penduduk.

“Pejabat pendidikan daerah membantu saya bagi mendapat keizinan untuk datang ke kawasan pedalaman. Seorang atau dua orang guru akan tinggal di lokasi itu dan menolong saya mengedarkan bahan-bahan tersebut.
“Kami diawasi secara ketat oleh wakil klinik kesihatan. Kanak-kanak perlu mencuci tangan sebelum dan selepas menerima bahan.
“Kami tidak berkumpul di satu tempat sebaliknya pergi dari rumah ke rumah. Kami juga berusaha untuk mengurangkan bilangan orang yang terlibat,” katanya.

Nazmi berkata, perkara itu tidak menyusahkan malah guru-guru mahu mereka bersaing seperti pelajar di bandar yang mempunyai pelbagai platform bagi melakukan kelas ‘online’.

Sumber : The Star , Muhammad Nazmi

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Motivasi

Ini Beza Pandangan Kucing Dan Manusia yang Buat Ramai Ingat Kucing Ini Buta Warna

Published

on

beza pandangan kucing manusia

Ini Beza Pandangan Kucing Dan Manusia yang Buat Ramai Ingat Kucing Ini Buta Warna

Macam mana agaknya pandangan daripada mata seekor kucing?

Nickolay Lamm telah menunjukkan pandangan daripada mata seekor kucing, berbanding dengan manusia. Menurut Lamm, perbezaan paling utama antara kucing atau anjing berbanding manusia ialah retina, lapisan tisu pada mata yang mempunyai sel yang dikenali sebagai photoreceptors.

beza pandangan kucing manusia

Sel ini akan menukar cahaya yang masuk ke dalam mata kepada signal elektrik, diproses kepada sel saraf, sebelum dihantar kepada otak untuk ditafsirkan. Terdapat dua jenis photoreceptor, iaitu rod dan cones.

Kucing dan anjing masing-masing mempunyai photoreceptor rod yang tinggi, menyebabkan mereka mudah mengesan warna kelabu dan bayangan.

Berikut adalah pandangan daripada mata seekor kucing, berbanding pandangan mata seorang manusia

  • Manusia ada sudut pandangan 180 darjah, manakala kucing dan anjing 200 darjah.
  • Kucing mampu melihat sejauh 20 kaki, manakala manusia boleh melihat sejauh 100 hingga 200 kaki.
  • Kucing melihat bayangan warna biru dan hijau, tetapi keliru dengan warna merah dan pink. Mereka akan melihat warna merah sebagai hijau. Warna ungu pula akan kelihatan seperti biru pada pandangan kucing.
  • Kucing tidak mampu melihat kecerahan warna seperti manusia.
  • Kucing mampu melihat jelas pada waktu malam.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Trending