Connect with us

Islamik

Doa Elak Gangguan Ular dan Segala Binatang Berbisa

Published

on

doa elak haiwan berbisa

Doa Elak Gangguan Ular dan Segala Binatang Berbisa

Ular adalah binatang yang sangat ditakuti oleh manusia sejak dari dahulu lagi. Sejak Nabi Adam AS lagi, Iblis telah menyamar menyerupai ular untuk masuk ke dalam syurga untuk menggod4 Nabi Adam AS dan Hawa supaya melanggar perintah Allah SWT iaitu memakan buah khuldi. Dipendekkan cerita, Nabi Adam AS dan Hawa dihukum Allah SWT untuk turun ke dunia kerana mengingkari arahanNya.

doa menghindari haiwan berbisa

Cara Mengamalkan Doa Ini

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali sebelum melangkah keluar dari rumah atau ke dalam kawasan yang semak seperi kebun getah/ladang kelapa sawit yang banyak ular jenis ular tedung. Negeri disebelah utara seperti Kedah terutama Sungai Petani/Gurun dan kawasan disana memang banyak ular kapak yang selalu memasuki rumah orang. Untuk yang selalu masuk ke hutan seperti anggota tentera. Baca dahulu doa ini di pinggir hutan sebelum masuk hutan. InsyaAllah dipelihara dari segala binatang bisa seperti ular, kala jengking, lipan dan sebagainya.

Doa Untuk Merawat Jika Dipatuk Ular Atau Binatang Berbisa

Bismillah7

Terjemahannya:

  1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
  2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui setiap sesuatu.
  3. Dengan nama Allah yang maha pencipta lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha menguasai lagi maha mengetahui.
  4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana.
  5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha mengetahui lagi maha berkuasa.
  6. Dengan nama Allah yang maha perkasa lagi maha mulia, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha perkasa lagi maha mulia.
  7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.

Cara Merawat

Sekiranya mangsa yang terkena patukan ular berada jauh dari hospital yang mengambil masa yang lama untuk sampai bagi menerima rawatan terutama yang berada di kawasan pendalaman seperti Sabah atau Sarawak elok ikhtiarkan cara ini. InsyaAllah dapat menyelamatkan si mangsa tersebut.

  1. Cari air sebotol.
  2. Cari kain atau tuala.
  3. Selawat Nabi 3x.
  4. Baca Al-Fatihah 1x.
  5. Baca Bismillah Tujuh 1x.
  6. Setelah doa dibaca, ditiupkan kepada air dalam botol dan pada tempat luka kena patuk ular.
  7. Air diberi minum kepada mangsa sebanyak yang boleh dan menyapu air doa pada tempat luka terbut.
  8. Basahkan kain atau tuala dengan air yang didoakan dan diikat pada tempat luka kena patuk ular tersebut.

InsyaAllah. Allah SWT adalah sebaik-baik Pemelihara, dan dia Maha Mengasihani dari segala-galanya.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Islamik

Hukum Buang Sampah Dalam Tong Sampah Jiran. Siapa Pernah Buat?

Published

on

Hukum Buang Sampah Dalam Tong Sampah Jiran. Siapa Pernah Buat?

Sebagai mereka yang hidup dalam keadaan berjiran, hak sesama jiran adalah sangat dititikberatkan dalam Islam. Jiran ialah mereka yang berada dekat dengan rumah mereka – 40 buah rumah dari depan, kanan, kiri dan juga belakang.

Walaupun anda tidak mengenali jiran anda, namun itu tidak menjadikan ia sebagai salah satu alasan untuk menya kiti jiran anda.

Malah, melalui kalamNya juga ada menyebut bahawa berbuat baik kepada jiran adalah termasuk sebagai amalan yang mulia.

وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Mafhum: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah An-Nisa, 4:36)

Tuntutan melakukan kebaikan dan tidak menzalimi jiran merupakan suatu yang perlu diambil kira dalam diri seseorang. Sekurang-kurangnya, hadirkan perasaan common sense dalam diri anda untuk tidak melakukan perbuatan yang tidak disenangi jiran anda.

Rumah ialah tempat istirehat buat semua orang. Pasti anda memerlukan ketenangan fikiran dan juga fizikal setelah seharian penat bekerja atau berurusan dengan orang.

Disebabkan itu, rumah dikatakan sebagai tempat yang terbaik untuk mengecas semula tenaga sebelum seseorang itu kembali menyambung pekerjaannya pada hari baru.

Oleh itu, hormati jiran anda sebagai mana anda ingin dihormati. Jangan melakukan perkara yang boleh menyakiti mereka dan juga keluarganya.

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Maksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 73)

Membuang Sampah Di Dalam Tong Sampah Jiran
Bagaimana dengan mereka yang ‘tumpang’ membuang sampah di dalam tong sampah jiran? Adakah diterima kerana amalan menjaga kebersihan juga adalah dituntut dalam Islam.

Menurut pendapat ulama’, ia boleh dilakukan jika kedua-dua pihak sudah mendapat persetujuan terhadap perkara tersebut.

Hal ini bermaksud, jika jiran A sudah meminta izin untuk tumpang membuang sampah di dalam tong sampah jiran B dan dia bersetuju, maka ia adalah tidak menjadi permasalahan.

Namun, jika belum dimaklumkan dan jiran A terus membuangnya walaupun diyakini jiran B tidak kisah akan perkara tersebut, ia adalah perkara yang dilarang.

Malah, mengikut perkongsian yang telah dilakukan oleh PU Azman, ia menjadi hukum haram kerana berdosa mengganggu hak jiran, iaitu tidak memberi keamanan kepadanya.

Walaupun jiran itu dirasakan seorang yang baik hati, namun menjadi tanggungjawabnya terlebih dahulu untuk meminta izin daripada jiran tersebut.

Jika sampah yang dibuang itu adalah miliknya sendiri – Jiran A terlihat sampah Jiran B di halaman rumah Jiran A, maka tidak mengapa Jiran A memasukkannya di dalam tong sampah Jiran B.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk Jiran A membantu membuang sampah tersebut sekali. Bukankah ia juga termasuk amalan yang mulia, bukan?

Penutup

Tidak rugi berbuat baik kepada jiran. Malah, anda akan diganjari pahala yang berlipat kali ganda melalui amalan ini.

Jika anda tidak ingin seseorang berbuat jahat kepada anda, maka elakkanlah diri anda daripada melakukan kejahatan terhadap orang lain.

خَيْرُ الأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ، وَخَيْرُ الجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ

Maksud: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala, sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seornag yang paling baik dengan jirannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 1944)

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Islamik

Inilah Daun Yang Sangat Ditakuti Oieh Jin Syaitan Untuk Rawatan Santau Dan Sihir

Published

on

Inilah Daun Yang Sangat Ditakuti Oieh Jin Syaitan Untuk Rawatan Santau Dan Sihir

Tahukah kalian bahawa ada daun yang merupakan ‘racvn’ bagi bangsa j1n? Daun ini in syaa Allah boleh digunakan untuk mengvbati s1hir dan ganggguan j1n, yakni daun bidara. Al-Quran menyebutkan daun bidara di beberapa ayat:

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri … “(QS. Al-Waqi’ah (56): 27-29)

“Tetapi mereka berpaling, maka Kami datangkan kepada mereka banj1r yang besar dan Kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun yang ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah pahit, pohon Atsl dan sedikit dari pohon Bidara.” (QS. Saba: 16)

Bagaimana cara menggunakan daun bidara untuk mengulvbati s1hir atau ganggguan j1n?

Wahb bin Munabih, salah seorang pemuka tabi’in yang ahli dalam sejarah dan ilmu perubatan menyarankan untuk menggunakan tujuh helai daun bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al Kafirun, al-Ikhlas, al Falaq dan an Naas. (Lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13).

Al Qurtubi menceritakan dari Wahab untuk mengubati Sihir:

“Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena s1hir tiga kali teguk dan air di ember (yang telah dibacakan ayat-ayat dan juga dicampur bidara ) dipakai untuk mandi, In syaa Allah akan hilang s1hirnya. “” Dan diutamakan membaca Al Falaq, An Naas, juga ditambah ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Sy@itan. “(Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Pendek halaman 171)

daun bidara

Selain untuk mengubati s1hir dan ganggguan j1n, daun bidara juga boleh dipergunakan untuk orang yang baru masuk Islam (mualaf), wanita h@id yang bersuci, dan juga untuk memandikan jn@zah:

1. Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk mualaf

“Beliau masuk Islam, lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya untuk mandi dengan air dan daun sidr (daun bidara).” (HR. An Nasai no. 188, At Tirmidzi no. 605, Ahmad 5/61. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).

2. Mandi dengan air yang dicampur daun bidara untuk wanita haid yang akan bersuci

‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita haidh) mengambil air yang dicampur dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat hingga air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil sehelai kain yang telah dipalit dengan minyak kasturi lalu dia berbersih darinya. ” ‘Aisyah berkata,” Dia menyapukan tanah kepada bekas-bekas d@rah. “(H.R. Muslim no. 332 dari’ Aisyah)

3. Memandikan jenazah

“Mandikanlah dengan mengguyurkan air yang dicampur dengan daun bidara tiga kali, lima kali atau lebih dari itu jika kalian anggap perlu dan jadikanlah yang terakhirnya dengan kapur barus (wewangian).” (HR. Bukhari no. 1253 dan Muslim no. 939).

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Islamik

Tanda-Tanda Anda Sedang Dihantar Sihir Pemisah Rumahtangga. Jangan Tunggu Lama!

Published

on

tanda sihir pemisah rumahtangga

Tanda-Tanda Anda Sedang Dihantar Sihir Pemisah Rumahtangga. Jangan Tunggu Lama!

Sihir pemisah tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dan tugas utama sihir pemisah ini adalah untuk menamatkan hubungan pasangan yang sedang bercinta, bertunang dan pasangan yang telah berkahwin.

Sihir pemisah ini turut dipanggil sebagai sihir pelalu penghalang jodoh. Sihir ini juga dapat mencetuskan pergaduhan antara ahli keluarga. Sihir seperti ini biasanya dihantar oleh seseorang yang mempunyai niat yang jahat ataupun mempunyai tujuan sendiri yang tidak elok.

Tanda-tanda awal sekiranya terkena sihir pemisah:

  1. Kerap sakit pada bahagian belakang, tengkuk dan urat belikat
  2. Kerap berasa sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
  3. Selalu berasa resah gelisah dan berdebar tanpa sebab terutama dari waktu Asar ke atas
  4. Sering berasa sakit kepala yang tidak mahu hilang walau makan ubat
  5. Kerap kembung perut sedawa angin
  6. Kerap rasa berdenyut pada bahagian ari-ari bagi wanita
  7. Kitaran haid menjadi tidak normal dan tidak teratur
  8. Lambat mendapat zuriat
  9. Mudah menjadi rimas dan mudah marah bila berdepan suami/isteri
  10. Sering bergaduh besar walaupun untuk punca perkara yang kecil
  11. Ketika marah seringkali meminta cerai
  12. Tidak suka tidur bersama
  13. Nafsu terhadap suami/isteri sudah hilang
  14. Tercium bau badan busuk hanyir, nafas berbau pada tubuh suami/isteri
  15. Lebih suka bersendirian di dalam bilik
  16. Tidak suka tempat yang bising
  17. Sukar tidur malam
  18. Kerap mimpi sedang menyusu dan bermain dengan bayi
  19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang lain
  20. Kerap mimpi pasangan sendiri berlaku curang
  21. Perasaan curiga dan cemburu buta menjadi semakin kuat
  22. Sering bermimpi tempat kotor dan busuk
  23. Kerap terbau kemenyan, colok dan setanggi
  24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu dan sayang menjadi sangat menebal
  25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali
  26. Menjadi resah gelisah tatkala terdengar azan dan ayat suci Al-Quran
  27. Selalu bermimpi sedang bersetubuh dengan orang lain

Jika diri anda atauapun pasangan menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas, anda perlu segera bertindak dengan mendapatkan rawatan cara Islam.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading

Trending