Doa Pelindung Diri, Keluarga dan Harta Benda

doa pelindung diri keluarga

Al-Qur’an adalah sebaik-baik pendinding diri dan Rasulullah SAW sendiri ada menyatakan, Al-Qur’an adalah penawar.

Jadi, jika ingin mengubati penyakit atau mencari penyelesaian, sentiasalah membaca Al-Qur’an. Juga, bagi menghindari diri daripada gangguan sihir dan makhluk yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar, beberapa ayat dari Al-Qur’an boleh dijadikan sebagai amalan harian.

Surah Yasin Ayat Ke 9

Baca ayat ini setiap kali selepas solat, di tiup ditelapak tanggan dan di usap seluruh badan dgn niat untuk benteng pertahanan diri dari segala gangguan. boleh juga dibacakan pada garam kasar atau air dah ditabur atau direnjis sekeliling rumah dengan niat benteng pertahanan diri dan harta benda dari segala gangguan jin mahu pun manusia.

KAEDAH PAGAR RUMAH MUDAH

Sebelum Amalan:

  1. Doa (mohon ALLAH lindungi diri, keluarga & rumah)
  2. Baca Yassin ayat 9 7 kali (untuk dinding diri)
  3. Amalan untuk Setiap 6 Arah (Atas Bawah, Kiri Kanan Rumah, Depan Belakang Rumah):
  4. Hadapkan muka pada arah yang hendak dipagar
  5. Baca Ta’awudz 7 kali, tiup bahu kiri (bagi mengelakkan mendapat bisikan-bisikan jahat)
  6. Baca Bismillah 7 kali, tiup bahu kanan (untuk mengelak bisikan jin-jin Islam yang fasik)
  7. Baca ayat Qursi 25 kali (tetapi untuk yang was2 baca 45 kali)

Amalan ini boleh dibuat berkumpulan supaya lagi cepat. insyALLAH. Kalau boleh dibacakan dihadapan sebaldi air. Amalan ini juga boleh dibuat untuk memagar harta benda yang baru dibeli, contohnya kereta dan sebagainya, lalu disiram pada harta benda tersebut bermula dari kanan siram pusing mengelilinginya sehingga bertemu semula tempat permula tadi. InsyaALLAH harta benda terpelihara dari mara bahaya.

Terjemahan:

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Perlu ditegaskan, ini adalah satu ikhtiar, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata. Selamat mencuba. Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua. Insya-Allah

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*