Connect with us

Tips Bermanfaat

Khasiat Keledek Ungu yang Ramai Tidak Tahu. Sangat Menakjubkan!

Published

on

khasiat keledek ungu

Khasiat Keledek Ungu yang Ramai Tidak Tahu. Sangat Menakjubkan!

Amalan memakan keledek (keladi) ungu dipercayai dapat menurunkan risiko menghidap bar4h kolon sehingga enam kali ganda. Penyelidikan yang dijalankan Universiti Pennsylvania State, Amerika Syarikat itu mendapati, keledek ungu dapat menyekat penyebaran sel stem kanser dalam usus besar.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Biochemistry itu dijalankan ke atas babi yang mempunyai sistem penghadaman hampir sama seperti manusia

khasiat keledek ungu

Salah seorang penyelidik, Prof. Jairam Vanamala berkata, babi yang diberi makan keledek ungu didapati mempunyai protein pemusn4h dikenali sebagai interleukin-6 (IL-6), enam kali ganda lebih rendah daripada kumpulan yang diberi diet normal. Sebagai rekod, IL-6 boleh mencetuskan tumor dan penyakit radang usus yang lain.

“Kami dapati kentang putih mempunyai sebatian kimia yang berguna tetapi keledek ungu yang kaya beta karotena mempunyai konsentrasi sebatian antiradang dan antioksidan yang lebih tinggi.

“Menerusi penemuan ini, kami menjadikan keledek ungu sebagai model untuk mengkaji manfaat kentang lain kepada kesihatan pada masa depan,” katanya.

8 Khasiat Ubi Keledek Ungu

  1. Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan ‘homocysteine’ kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.
  2. Sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel dar4h. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang ‘stress’. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.
  3. Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.
  4. Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel dar4h merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.
  5. Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, dar4h, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.
  6. Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.
  7. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran dar4h dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.
  8. Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.

Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini.

Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. K Jeevan berkata, kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Bermanfaat

Ini Khasiat Buah Manjakani Yang Membantu Wanita Cantik Luar Dalam. Confirm Suami Asyik Melekat Je

Published

on

Ini Khasiat Buah Manjakani Yang Membantu Wanita Cantik Luar Dalam. Confirm Suami Asyik Melekat Je

Merawat alat sulit wanita

Buah majakani dapat membersihkan bakteria di kawasan org4n intim wanita. Khasiatnya sangat bagus untuk mengatasi keputihan. Manjakani mengandungi tannin yang bagus untuk mengetatkan otot v4gina, vitamin A dan C, kalsium, protein, serta mengandungi elemen astringent untuk membasmi bakteria penyebab keputihan. Khasiat lain yang didambakan oleh kaum wanita adalah untuk menambah ‘kerapatan’ dan menjadikan lubang v4gina lebih anjal.

Buah majakani digunakan sebagai ubat perancang kehamilan

Buah majakani sudah tidak asing lagi di kalangan wanita yang sudah berumahtangga. Meskipun buah majakani sendiri mempunyai khasiat untuk menyembuhkan luka, namun jika ia diolah semula fungsinya dapat mencegah kehamilan.

Membersihkan bakteria

Buah majakani berkhasiat untuk membersihkan bakteria di kawasan organ intim kewanitaan. Selain itu ia sangat bagus untuk mengatasi cairan berlebihan di kawasan Miss V dan membasmi bakteria penyebab keputihan. Untuk rawatan lanjutan buah majakani juga bagus untuk mencegah kanser serviks

Buah manjakani memberi kenikmatan se ks

Buah manjakani berfungsi sebagai ubat herba yang dapat membantu kekentalan org4n intim wanita. Khasiat buah manjakani bukan saja dapat dirasakan oleh kaum hawa, tetapi secara tidak langsung ia juga membantu kepuasan sang suami ketika melakukan hubungan se ks.

  • Awet Muda – Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan.
  • Mencegah Kencing Manis – Asid galik di dalam buah ini dapat mencegah kencing manis dan lelah.
  • Mencegah k4nser payud4ra dan r4him – Antioksidan dalam buah manjakani boleh mencegah kanser buah d4da dan k4nser r4him.
  • Mencegah bau yang tidak diingini – Buah manjakani bersifat astringen, membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak enak pada Miss V.
  • Merawat otot-otot di dalam miss V – Tannin yang terdapat di dalam buah manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam Miss V dan menyebabkan ia menjadi sempit.
  • Mengurangkan lendir pada Miss V – Astringen juga mampu menyerap segala lendir pada miss v yang menyebabkan bau tidak enak.
  • Membersihkan lendir h4id dan nifas – Astringen juga mampu menyerap lebihan d4rah h4id dan nifas.
  • Mengetatkan otot – Astringen juga mengetatkan semula otot- otot di dalam Miss V terutamanya selepas bersalin.
  • Menegangkan dan mencantikan kulit – Astringen dalam buah manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  • Mata yang sihat – Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas
  • Merawat payud4ra – Buah manjakani mempunyai sifat menegangkan kembali otot-otot dan buah manjakani dapat memperbaiki payud4ra yang kendur.
  • Gigi dan tulang – Kalsium dalam buah manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  • Mulut – Astringen dalam buah manjakani dapat menjaga kebersihan mulut.
  • Kulit kering dan berminyak – Astringen juga dapat merawat kulit kering dan berminyak.
    Melancarkan pembuangan air besar – Disebabkan buah manjakani mempunyai serat makanan, ia dapat melancarkan pembuangan air besar. Vitamin dan zat serta karbohidrat dan protein
  • mampu meningkatkan kesihatan anda.
Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Published

on

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Tidak dinafikan ramai kaum wanita menyimpan niat untuk membeli emas. Emas diibarat sebagai kawan baik dan menjadi aksesori wajib ada pada setiap wanita. Malah nilai emas yang sentiasa meningkat menjadi satu pelaburan terbaik jika terdesak.

Perkongsian dari laman sosial facebook dari Chienta Mul’aien II ini yang memberitahu cara terbaik terutama buat surirumah untuk memperoleh barangan emas ini setiap tahun. Menurutnya dia telah menyimpan duit RM5 setiap hari dan hasilnya pada hujung tahun akan membeli emas sebagai satu pelaburan terbaik untuk masa depan.

Tips Kumpul Duit RM5 Untuk Beli Emas Hujung Tahun

Ini Caranya:

Saya nak share terutama untuk suri rumah. Dari awal kahwin saya didik diri untuk simpan duit RM5. Termasuklah duit belanja atau duit nafkah yang diberi suami.
Setiap kali balik kedai ada saja note RM5 saya akan terus masuk dalam tabung. Jika mampu boleh juga kumpul duit RM20. Tidak kira berapa baki RM5 pasti akan masuk dalam tabung. Begitu juga jika ada duit hasil berniaga tetap akan masuk dalam tabung juga.

Kena disiplin menyimpan duit setiap hari.

Hasilnya:

Cukup setahun hasilnya sangat memuaskan hati. Dan setiap hujung tahun pasti akan membeli emas hasil duit simpanan RM5 ini.

Cabarannya:

Tidak kisah walau pernah diperli pasangan lain (ketika di kedai emas) yang mengatakan saya korek tabung untuk membeli barangan emas berkenaan. Saya tidak marah dengan perlian berkenaan kerana hasil menabung ada juga faedahnya. Saya tidak malu beli emas menggunakan duit RM5 berkenaan kerana hasil dari duit menyimpan selama setahun.

Kebaikan Lain:

Boleh digunakan ketika kecemasan. Pernah berlaku apabila suami kemalangan dan tiada duit dan pilihan terakhir tukar beli emas dengan duit untuk baiki kendereaan yang rosak.
Nilai emas makin lama makin naik dan memang tidak rugi membelli emas kerana ia simpanan jangka panjang yang menguntungkan.

Continue Reading

Tips Bermanfaat

Tukang Urut Kongsi 4 Tempat Urutan Yang Diperlukan Kaum Wanita, Cegah Sebelum Sakit Teruk

Published

on

Tukang Urut Kongsi 4 Tempat Urutan Yang Diperlukan Kaum Wanita, Cegah Sebelum Sakit Teruk

Percaya atau tidak, urutan yang bagus mampu hilangkan tekanan harian kaum mak-mak. Sebenarnya bukan percutian dan membeli belah saja yang patut anda dahulukan, kalau sesekali dapat curi peluang pergi spa atau berurut, anda akan dapat hasilnya dan rasa puas satu badan. Tetapi bahagian mana yang patut anda urut? Nak tahu lebih jelas, anda boleh semak perkongsian daripada tukang urut, Emy Haznida Hazairul Sham ini.

Sis akan share tentang jenis urutan yang diperlukan seorang perempuan. Of course sebagai seorang perempuan (tambahan yang dah mempunyai anak), akan mengalami keletihan yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Ok, penat yang sis maksudkan bukan penat mental (tu dah satu hal), tapi yang ini more to physical exausted.

Walaupun seorang perempuan itu belum berkahwin atau melahirkan anak sekalipun, badan tetap akan letih dan memerlukan rehat yang secukupnya. Sesekali, korang kena trust your body. Bila dah mula rasa letih, jangan diabaikan (which is mmg selalu kita buat), atas alasan tak ada masa dan tak penting.

Mengurut ni terapi paling simple yang boleh anda buat. Pasang lilin atau penggunaan minyak pati aromaterapi memang membantu, tetapi kalau korang memerlukan ruang dan masa untuk berehat sambil dimanjakan, urutan adalah pilihan paling tepat. Ok, ini sis listkan beberapa urutan yang diperlukan oleh seseorg wanita gitchewww:

1. Kaki

Kalau tak sempat nak mengurut whole body, ambillah lebih kurang 30 minit untuk mengurut kaki. Semua stres badan ditanggung oleh kaki okay, sebab itulah bila kita mengurut, akan dimulakan dari kaki. Biasanya, bahagian ini jugaklah yang mempunyai banyak angin dan urat bersimpul. Bahagian kaki yang paling stres adalah betis dan celah peha.

Wanita dah bersalin khususnya, sakit di celahan peha ketika diurut adalah normal sebab uratnya bersangkut paut dengan rahim kita. Satu lagi kawasan azab sakitnya jika diurut pada kaki adalah bahagian belakang pelipat lutut. Jika anda obes atau seorang yang aktif, maka bersiap sedialah untuk merasai kesakitan ketika angin dan urat bersimpul dibetulkan semasa diurut.

2. Bahagian pinggang dan belakang badan

Normal sangat untuk rasa sakit pada kedua bahagian ini. Especially kalau korang jenis lasak dan main taram angkat barang-barang berat. Atau korang sejenis yang aktif dan suka buat aktiviti fizikal macam hiking ke, berzumba ke, atau apa saja aktiviti kecergasan yang mencabar kemampuan tubuh. Jangan pulak tak exercise lepas baca ni, actually semua aktiviti tu sangat bagus untuk memberi ruang kepada tubuh untuk recharge tetapi haruslah dilegakan dengan urutan. Jadi, tak adalah kes sakit badan and that’s it! Esok tak moh dah aku exercise. Tapi janganlah right after korang menggasak badan tu, hari tu jugak korang pi mengurut, terkujatlah urat-urat tu. Sebaiknya tunggulah 24-36 jam sebelum nak berurut.

Lagi satu, sakit pinggang ini normal kalau seorang perempuan tu selalu mendukung ank. Come on, kadang-kadang kita anak 4-5 tahun pun still berdukung. Betui dak? Terutama waktu nak mandikan ank atau nak hantar nurseri, memang akan berdukung. Lebih parah, kalau korang atau pengasuh duduk rumah tinggi, lagi melengkung tulang belakang tu. Jadi, biasanya kalau mengurut bahagian ini, ada beberapa point yang akan diberi perhatian lebih supaya korg akan lebih lega.

3. Bahu dan belikat

Selalunya yang akan rasa sakit pada bahagian ini adalah orang yang selalu menghadap komputer, photographer atau videographer misalnya, dan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian seperti tukang masak, baker ke atau tailor. Haaa.. Tak sangka kan?

Dok tatap skrin komputer dari pagi sampai petang tanpa merehatkan diri memang antara punca kenapa bahu dan belikat tu selalu sakit. Yang menjahit tu pulak asyik menunduk, yang memasak pulak banyak menggerakkan upper body, sebab itulah korang selalu sakit bahagian itu. Untuk melegakan bahagian ini, selalunya tekanan ketika mengurut akan dibuat pada bahagian belakang tengkuk, membawa ke atas bahu dan ditarik ke bahagian belikat.

4. Kepala

Ok, urutan kepala ni pun penting. Tapi takdelah ditekan-tekan macam mengurut badan. Selalunya orang perempuan ni mudah sakit kepala atau pusing-pusing, jadi penyelesaiannya, sapu minyak cap kapak kan?

Bila korg selalu sakit kepala dan masih tidak kronik, itu tidak semestinya migrain. Boleh jadi korang terlalu letih dan banyak berfikir menyebabkan urat di sekitar T zone stres dan menggalakkan rasa sakit kepala. Biasanya urutan kepala ni akan dimulakan dengan memberi kelegaan pada T zone dan atas kening, kemudian dahi. Lepas tu, barulah urutan lembut atas kepala akan dibuat. Tapi urutannya tu ada cara yang betul untuk dibuat.

Kalau korang rasa kepala berat sangat, sis cadangkan korang basuh kepala dan bersyampu macam biasa. Sebelum membasahkan kepala, jirus air pada bahagian kaki ke betis dan seluruh badan. Biarkan sekejap, korang akn dapat rasa macam wap keluar, lepas tu barulah basahkan kepala dan mandi macam biasa k!

Untuk next post, in sha Allah sis akan cerita tentang urutan kegemaran perempuan (dan penting juga ya), yang berkait dengan batin. Tq sebab sudi baca post sis dengan tabah.

Continue Reading

Trending