Ini Resepi Mudah Buat Colek Buah Thai, Tengok Pun Dah Kecur Air Liur

Rojak buah sering menjadi kudapan yang dimakan tidak kira waktu. Bagi penggemarnya, kesedapan rojak buah itu bergantung kepada kuahnya atau colek.

Ia dibuat mengikut resepi dan citarasa masing-masing atau lebih mudah beli sahaja di kedai.

Buat korang yang mungkin sudah jemu makan colek yang sama sahaja, korang boleh cuba buat colek buah Thai yang sangat menyelerakan.

Tengok pun sudah kecur air liur, apatah lagi jika sudah merasanya. Dengan beberapa bahan mudah, korang boleh membuat sendiri colek tersebut di rumah.

Tak perlu tunggu lagi, mari kita lihat resepi yang dikongsikan oleh Fia Sofia di bawah ini.

Sapa suka makan colek buah thai. Sedap

Bahan-bahan

1 Cawan Air, 6 ketul Gula Melaka, Belacan sikit, 1 sudu Garam, 1 sudu Sos ikan
Bawang merah 4 biji Hiris halus, Udang kering, Cili padi Secukupnya-Ikut citarasa Masing-masing.

Cara masak

1-Masukkan Air dan gula Melaka sampai mendidih
2-Masukkan belacan ,Garam dengan sos ikan
3-Tutup api.. Pastu masuk semua bahan-bahan tadi Udang kering , Bawang merah Cili padi ,kacau sampai sebati

Biar sejuk then cicah laaa apa-apa buah pun

#Serbuk colek Thailand senang je

Bahan-bahan

-Cili api 3 biji, buang biji Tumbuk dulu cili merah
-Gula 4 sudu
-Setengah sudu garam

Kacau sampai sebati dah siap

Sumber: Fia Sofia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*