Connect with us

Terkini

Ini Sebab Kenapa Cikgu Dari Kedah Ini Tular Di Sabah. Memang Terbaik!

Published

on

Ini Sebab Kenapa Cikgu Dari Kedah Ini Tular Di Sabah. Memang Terbaik!

Muhamad Haikal atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Aben, bukanlah asing lagi di Sabah. Cikgu yang berasal dari Kedah ini sedang melonjak naik di Sabah dikenali ramai kerana kemahirannya menyanyi lagu dalam bahasa-bahasa di Sabah. Unik sebenarnya jika difikirkan seorang yang bukan berasal dari Sabah tapi selesa menyanyikan lagu-lagu dalam pelbagai etnik di Sabah terutamanya. Seperti mana kita sedia maklum, Sabah terdiri dari pelbagai etnik seperti Dusun, Bajau, Rungus, Murut dan sebagainya.

Jom Kenal Cikgu Aben

Cikgu Aben berasal dari Sik, Kedah kini berkhidmat di Pitas Sabah dari tahun 2016. Beliau berumur 28 tahun dan sudah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya yang juga berasal dari Sabah. Isterinya juga merupakan seorang guru prasekolah di Pitas. Cikgu Aben dan isteri dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki. Beliau mengajar subjek bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di daerah Pitas Sabah. Kini, beliau boleh dikatakan mampu untuk bertutur dalam bahasa Dusun dan yang sangat istimewanya, beliau mempunyai single lagu Dusunnya sendiri! Wow! Boleh dikatakan masuk rekod dunia! Lelaki semenanjung pertama yang mempunyai lagu dalam bahasa Dusun!

Admin ada mengikuti perkembangan Cikgu Aben di facebook dan juga di youtube channel beliau. Cikgu Aben di samping banyak cover lagu-lagu Sabah, beliau banyak juga berkongsi tentang keunikan-keunikan yang ada di Sabah. Beliau merakamkan perkara sebenar yang terdapat di Sabah. Bukan bertujuan untuk memalukan sesetengah tempat, tapi bertujuan untuk membuka mata semua pihak tentang apa yang sebenarnya berlaku di Sabah.

Selain itu juga, sifat ramahnya bersama murid-murid memang mencuit hati.  Cikgu Aben sangat mesra dalam kalangan anak murid, menjadikan beliau mudah didekati. Cikgu Aben juga sempat berkongsi bahawa selama dia di sekolah itu, anak muridnya menjadi cikgu kepada dirinya jika dia tidak faham bahasa Dusun. Memang respect! Jadi ini jelas mengatakan bahawa Cikgu Aben juga menjadi pelajar biarpun dirinya itu seorang guru.

Minat kepada lagu-lagu Sabah terdetik apabila murid-muridnya sering mendendangkan lagu-lagu Dusun di sekolah, beliau terus tertarik untuk belajar tentang bahasa Dusun. Cikgu Aben juga belajar bahasa Dusun kerana murid-muridnya lebih selesa menggunakan bahasa ibunda di sekolah, jadi jika beliau mahir berbahasa Dusun, dia serba sedikit mampu meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap subjek yang diajar.

Dalam youtube channel beliau, beliau banyak membuat vlog tentang tempat-tempat menarik yang ada di Sabah. Beliau sempat masuk ke satu kawasan yang sangat mencabar di daerah Pitas dan dapat pelbagai reaksi dari pihak yang menonton video tersebut. Admin pun terkejut tengok video itu. Korang boleh check it out di bawah ni ok?

Banyak lagi video-video menarik dalam channel beliau tak sempat admin kongsikan di sini. Memang jelas nampak yang Cikgu Aben ini sangat menghormati adat dan budaya orang di Sabah kerana beliau bertungkus lumus untuk belajar bahasa-bahasa yang ada di Sabah. Beliau juga banyak berkongsi tentang pengalaman pahit dan manis sepanjang di Sabah. Sekarang, Cikgu Aben sudah ada 2 lagu dusunnya yang sendiri. Check it out guys! Kalau korang dengar lagu dia, mesti korang tak percaya yang beliau orang Kedah, kerana sebutannya sangat lancar! Amazing!

Single pertama beliau, “Ika Noh Tondu” hampir mencecah tontonan sebanyak 200 ribu di youtube. Memang dahsyat. Korang boleh tengok di atas ok? Dalam muzik video tersebut, Cikgu Aben dan isteri memakai baju tradisional dari etnik Dusun Kimaragang. Memang nice lah. Permandangan dalam video itu sungguh cantik! Admin pun macam teringin untuk ke sana.

Semoga Cikgu Aben lebih berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, mahupun cikgu atau artis. Boleh digelar artis Sabah kan?

Credit: Cikgu Aben

Terkini

Suami buat pngkuan mngejut pada istri bila mngaku jalin hubungn dengan mentua sendiri sehingga hammil

Published

on

Diluah mati emak, ditelan mati bapa! Seorang wanita buntu apabila mengetahui suaminya menjalin hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri. Walaupun sukar untuk dipercayai, namun itulah hakikat sebenar yang berlaku kepada wanita ini.

Suami curang dengan mak mentua..

Kisah yang dikongsikan menerusi live video Syed Azmi di Facebook ini menarik perhatian ramai yang rata-rata terkejut dengan pendedahan wanita ini. Dakwa wanita ini, dia tiada tempat untuk berkongsikan masalahnya kerana dugaan yang dihadapi olehnya begitu berat sekali.Menurut wanita berkenaan, suaminya berlaku curang bersama ibu kandungnya sendiri. Walaupun masih mempunyai ayah namun ayahnya sendiri tidak dapat berbuat apa kerana ingin menjaga hati dan perasaan anaknya itu.

Saya ada tiga orang anak. Benda ni berlaku semasa saya pregnant anak kedua. Sekarang anak kedua saya dah tujuh tahun.

Perkara ini mula diketahui olehnya ketika dia sedang mengandungkan anaknya yang kedua. Namun ketika dia bersalinkan anaknya itu, wanita tersebut sudah mengetahui sedikit demi sedikit apabila dia mendengar perbualan ibu dan suaminya itu.Perbalahan antara mereka berpunca apabila suaminya ingin memberitahu perkara sebenar kepada dirinya namun dihalang oleh ibu kandung sendiri.

Ibunya gugur anak suami sendiri..

Selepas bersalin, wanita itu terjumpa sepucuk surat di dalam rumahnya. Surat berkenaan mengandungi luahan suaminya yang mengakui mempunyai hubungan bersama ibunya. Ketika itu, suaminya meninggalkan dirinya bersama anak yang baru lahir dan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpantang di rumah keluarganya.

Ketika suaminya ingin menjemput isteri untuk pulang ke rumah sendiri, ibu dan suaminya bergaduh dan di dalam pergaduhan itu, ibunya mengatakan yang mereka pernah ‘bersama’.

Lebih mengejutkan ibunya pernah menggugurkan kandungan hasil daripada hubungan mereka dan wanita itu mengetahui perkara berkenaan melalui panggilan telefon daripada ayahnya.

Selepas kejadian berkenaan, dia bersama suami serta anak-anaknya berpindah ke Perak. Wanita terbabit nekad untuk bekerja demi menyara anaknya dan ketika itu dia telah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Saya maafkan sebab saya fikir saya tak ada kekuatan, anak saya kecil lagi. Takkan saya nak biarkan anak saya dengan saya tak ada kerja tetap.

Kantoi masih berhubung..

Kisah peritnya tidak terhenti di situ apabila dia mendapat tahu bahawa suaminya masih berhubung dengan mak mentua lagi. Walaupun sudah berjanji untuk berubah namun janji hanya tinggal janji apabila wanita itu melihat perbualan di antara mereka.

Lama-kelamaan bila kantoi tu saya jadi tawar hati. Bayangkan mereka buat hubungan bersama, bila dia nak bersama dengan kita, ada satu perasaan benci sebab saya teringat.

Dia juga mengatakan dia pergi ke Pejabat Agama Islam bagi mendapatkan kaunseling mengenai masalah yang dihadapi dan pihak berkenaan telah memberikan nasihat yang sepatutnya. Namun dia masih mempertahankan rumah tangganya kerana memikirkan nasib anak-anaknya.

Sumber : Syed Azmi

Posting Asal…

Continue Reading

Terkini

Remaja lelaki ini hilang tiga jari angkara mercun

Published

on

BESUT – “Saya benar-benar menyesal,” kata Muhammad Adam Hakimi Muhamad Sabri, 16, yang hancur tiga jari kanannya dan kabur mata kiri akibat terkena mercun dalam kejadian di Kampung Kelubi Putih, Jabi di sini pada 23 April lalu.

Dia juga mengakui sudah serik dan berjanji untuk tidak menyentuh mercun selepas ini.

Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi itu tidak menyangka kejadian yang berlaku selepas berbuka puasa pada 11 Ramadan lalu mengubah fizikalnya buat selama-lamanya.

Menceritakan kejadian, bapa angkatnya, Mohd Riduan Ismail, 42, berkata, Muhammad Adam Hakimi yang dijaga sejak kecil keluar rumah selepas berbuka puasa bersama keluarga kira-kira jam 7.30 malam.

“Sebelum kejadian, dia ada beritahu mahu keluar berjalan selepas berbuka puasa dan solat maghrib.

“Tidak lama selepas itu, kami sekeluarga terkejut kerana dia tiba-tiba pulang ke rumah dalam keadaan tangan dan muka berlumuran darah. Tiga jari tangan kanannya hancur akibat terkena mercun batang paip,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Riduan berkata, dia segera membawa anaknya ke Hospital Besut sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira sejam selepas itu.

“Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu perasaan saya. Ketika itu saya hanya mampu berdoa supaya anak saya dapat diselamatkan.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin sudah ketentuan sebab setahu saya, selama ini anak saya tidak pernah bermain mercun. Saya percaya ini kali pertama dia sentuh mercun dan ingin mencuba meletupkan sendiri mercun,” katanya.

Mohd Riduan berkata, Muhammad Adam Hakimi kini dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih seminggu dirawat di HSNZ.

Bagaimanapun, katanya, tahap kesihatan anak sulung daripada enam beradik itu masih belum memuaskan kerana belum pulih sepenuhnya.

“Anak saya masih dalam pemantauan dan rawatan. Saya harap dia segera pulih,” katanya.

Mohd Riduan turut menasihatkan remaja supaya mengambil pengajaran daripada kejadian menimpa anaknya itu.

“Bagi yang berjinak-jinak dengan mercun, saya harap dapat berfikir dua kali sebelum mencuba. Beringat sebelum kena kerana malang tidak berbau.

“Apabila sudah hilang jari, ia hilang selama-lamanya, tidak boleh dikembalikan seperti sedia kala,” katanya. – wowberita

Continue Reading

Terkini

Lebih dua bulan menghilangkan diri, JAIS dan polis terus bekerjasama kesan Sajat

Published

on

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata berikutan kuasa yang terhad pihaknya dan JAIS memerlukan bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah, termasuk waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan Februari lalu.

“Saya difahamkan, sudah ada perbincangan antara JAIS dan polis, justeru MAIS menyerahkan perkara ini kepada kedua-dua pihak terbabit untuk pelaksanaan perintah mahkamah.

“Buat masa ini, JAIS masih mengesan Muhammad Sajjad dan oleh kerana bidang kuasa yang terhad, bantuan polis diperlukan.

Bantuan bukan saja dalam kes Muhammad Sajjad, bahkan banyak kes syariah sebelum ini kita laksanakan dengan bantuan polis, terutama membabitkan perintah mahkamah,” katanya ketika ditanya perkembangan terbaru kes berkaitan usahawan kosmetik itu.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Sumber memberitahu, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Nur Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan JAIS.

Menurut sumber lain, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Nur Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.

Continue Reading

Trending