Jong-un ugut untuk hapuskan peminat K-pop

PYONGYANG – Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-un menggelar budaya pop Korea Selatan (K-pop) ibarat barah yang merosakkan fesyen rambut rakyat Korea Utara dan mengvgvt untuk membvnvh peminat K-pop, lapor akhbar The Sun semalam.

Jong-un bimbang muzik, filem dan rancangan televisyen dari Korea Selatan yang diselvdup masuk ke negara itu akan mempengaruhi anak muda Korea Utara dan memberi pengarvh burvk kepada r3jim pemerintahannya.

Budaya di Korea Utara adalah ditentukan oleh pemerintah negara itu, namun anak mudanya dikatakan secara sembunyi telah menikmati muzik K-pop yang diselvdup dari sempadan.

Jong-un berkata, budaya K-pop telah merosakkan pakaian, gaya rambut, ucapan dan tingkah laku penduduk di negaranya, lapor akhbar New York Times.

Pada Disember tahun lalu, negara komvnis itu memperkenalkan undang-undang baharu bahawa sesiapa yang menonton atau memiliki bahan hiburan dari Korea Selatan akan dihantar ke kem buruh selama 15 tahun.

Sesiapa yang menyeludup masuk bahan hiburan seperti muzik, rancangan televisyen atau filem daripada negara seberang itu pula boleh dikenakan hukvman m4ti.

Und4ng-und4ng baharu itu dibuat selepas Jong-un menuduh pengaruh luar akan mer0sakkan r3jim pemerintahannya.

Menurut laporan, Jong-un memberi amaran bahawa perubahan serius melibatkan ideologi dan keadaan ment4l dalam kalangan generasi muda di negara itu sedang berlaku.

“Kita harus berhati-hati dengan sedikit pun tanda-tanda gaya hidup k4pitalis dan berjuang untuk menyingkirkannya,” tulis akhbar rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea.

Pemimpin utama itu juga melarang pemakaian kemeja-T yang menampilkan slogan dan tindik pada hidung dan bibir.

Pada bulan lalu, seorang lelaki di Korea Utara ditembak m4ti oleh skuad penembak di hadapan 500 orang awam kerana menjual muzik dan filem K-pop secara h4ram. -Agensi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*