Kajian: Kemaluan mengecil antara simptom Covid-19

Satu kajian mendapati sebilangan individu di seluruh dunia mengakui mengalami lebih 200 simptom Covid-19 panjang yang memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka, termasuk saiz zakar semakin mengecil, lapor akhbar The Sun semalam.

Kajian secara online yang dijalankan di 56 buah negara itu menemui pelbagai masalah termasuk melibatkan otak, paru-paru dan kulit pesakit.

Hampir 3,400 responden yang mengambil bahagian adalah mereka yang disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19.

Daripada kajian tersebut, kumpulan penyelidik mengenal pasti sebanyak 203 simptom melibatkan 10 sistem organ manusia.

Antara masalah utama yang dialami responden adalah kegagalan fungsi seksual serta saiz zakar yang semakin mengecil.

Selain itu, beberapa masalah luar biasa yang dialami termasuk menopaus pada usia lebih muda, kegagalan untuk menguap dan menangis serta sikap agresif.

“Dalam kaji selidik unik ini, kami menyoal secara langsung penduduk di seluruh dunia untuk mendapatkan bukti.

“Jadi, ini adalah simptom Covid-19 yang paling menyeluruh yang dikesan setakat ini,” kata penulis kanan penyelidikan tersebut, Dr. Athena Akrami.

Tambah Akrami, kegagalan memori dan kognitif untuk berfungsi yang dialami oleh lebih 85 peratus responden merupakan gejala neurologi yang paling banyak dan berterusan.

“Selain itu, gejala seperti sakit kepala, kesukaran untuk tidur, vertigo, sensitif kepada bunyi bising dan cahaya serta halusinasi adalah antara simptom sensorimotor yang sering dialami,” ujarnya.

Berdasarkan penemuan tersebut, pasukan penyelidik turut melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan ramai lagi pesakit yang ‘menderita dalam diam’. – AGENSI

Pandemik COVID-19

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga , lebih daripada kes telah disahkan, dengan lebih daripada kematian disebabkan oleh COVID-19.

Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari.

Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Setakat ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri daripada pengurangan gejala dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.

Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin, pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, serta penutupan kemudahan. Ini termasuk kuarantin Hubei, kuarantin seluruh negara Itali, Sepanyol, Perancis, Republik Czech, dan Jerman, langkah-langkah pengurungan di China dan Korea Selatan, pelbagai penutupan sempadan atau sekatan penumpang yang masuk,  saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api, dan nasihat perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komuniti.

Pandemik ini telah membawa kepada gangguan sosioekonomi global, penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan, keagamaan dan kesukanan, dan ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah mendorong pembelian panik. Teori maklumat palsu dan teori konspirasi mengenai virus itu telah tersebar secara dalam talian, dan terdapat insiden xenofobia dan perkauman terhadap orang Cina dan orang Timur atau Asia Tenggara lain. – Wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*